Buku IBDE

Buku IBDE Menterjemah Dunia IBDE digerakkan oleh sekump**an penggemar buku, pencinta bahasa dan individu yang berpengalaman dalam penerbitan dan penterjemahan.

Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai satu usaha untuk merancakkan kerja-kerja penterjemahan, memperkaya perbendaharaan ilmu dan khazanah bacaan dalam bahasa Melayu. IBDE memberi tumpuan kepada kegiatan penterjemahan dan penerbitan karya-karya penting dunia merangkumi karya-karya falsafah, islamik, sastera, politik dan biografi. Sasaran jangka panjang projek ini adalah untuk memperkaya bacaan berbahasa Melayu yang bakal terhasil menerusi kegiatan penterjemahan dan penerbitan.

Buku Pedoman Buat Muda-mudi Muslim: Mengharung Dunia Moden membincangkan bagaimana seorang Muslim muda boleh memahami du...
13/10/2026

Buku Pedoman Buat Muda-mudi Muslim: Mengharung Dunia Moden membincangkan bagaimana seorang Muslim muda boleh memahami dunia moden tanpa kehilangan identiti, nilai dan pandangan hidup Islam. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian utama:

Bahagian 1: Risalah Islam
Bahagian 2: Sifat Dunia Moden
Bahagian 3: Menjawab Cabaran Moden

Dapatkan naskhah anda hari ini.

Walaupun buku asal ditulis 33 tahun lalu, tetapi persoalannya masih relevan untuk direnungkan sebagai panduan menghadapi...
13/10/2026

Walaupun buku asal ditulis 33 tahun lalu, tetapi persoalannya masih relevan untuk direnungkan sebagai panduan menghadapi kekeliruan zaman.

A Young Muslim's Guide to the Modern World (1993) kini hadir dalam bahasa Melayu, Pedoman Buat Muda-mudi Muslim: Mengharung Dunia Moden.

Terlaris 1 – 11 Oktober 2026Terima kasih bukuwan budiman yang telah mendapatkan buku-buku kami. Muslihat Mahathir menjej...
12/10/2026

Terlaris 1 – 11 Oktober 2026

Terima kasih bukuwan budiman yang telah mendapatkan buku-buku kami. Muslihat Mahathir menjejaki tempat pertama dan 2 buah buku baru iaitu Ali bin Abi Talib dan Pedoman Buat Muda-mudi Muslim turut menjadi perhatian.

Buku apa bakal mengisi carta minggu hadapan?

IBDE Menterjemah Dunia

Siapa perlu baca Pedoman Buat Muda-mudi Muslim: Mengharung Dunia Moden?Kita tak kekurangan maklumat. Kita kekurangan ped...
09/10/2026

Siapa perlu baca Pedoman Buat Muda-mudi Muslim: Mengharung Dunia Moden?

Kita tak kekurangan maklumat. Kita kekurangan pedoman. Dapatkan naskhah anda hari ini.

Pedoman buat Muda-Mudi Muslim Mengharung Dunia Moden karya Seyyed Hossein Nasr ini ditulis khas buat umat Islam terutama...
09/10/2026

Pedoman buat Muda-Mudi Muslim Mengharung Dunia Moden karya Seyyed Hossein Nasr ini ditulis khas buat umat Islam terutamanya golongan muda.

Buku ini mengajak kita mengenali agama Islam dengan lebih mendalam, sambil memahami dunia moden dengan kaca mata Islam, agar kita mampu menghadapi cabaran zaman dengan lebih bijak dan bermakna sebagai seorang Muslim.

Buku ini turut memperkenalkan garis besar tradisi keagamaan dan intelektual Barat bagi membantu pembaca memahami latar pemikiran yang membentuk dunia moden.

Pengarang menegaskan bahawa dunia Barat telah melahirkan ramai orientalis yang mengkaji Islam dari sudut pandang mereka sendiri. Namun begitu, dunia Islam masih kekurangan oksidentalis—sarjana yang mampu meneliti pelbagai aspek tamadun Barat, daripada sains hingga seni, daripada agama hingga perilaku masyarakat, dari sudut pandang Islam.

Buku ini mengajak golongan muda-mudi daripada tradisi agama supaya menjadi insan yang bertanggungjawab dan berpendirian dalam dunia moden, dengan menyedari betapa pentingnya identiti budaya dan warisan mereka sendiri.

7 IDEA PENTING BUKU PEDOMAN BUAT MUDA-MUDI MUSLIM1️⃣ Tauhid ialah pusat pandangan alamIslam melihat realiti sebagai satu...
08/10/2026

7 IDEA PENTING BUKU PEDOMAN BUAT MUDA-MUDI MUSLIM

1️⃣ Tauhid ialah pusat pandangan alam

Islam melihat realiti sebagai satu kesatuan yang berakar daripada Allah SWT. Maka agama bukan hanya satu ruang bernama “ibadah”, tetapi merangkumi segenap aspek kehidupan.

2️⃣ Krisis moden bukan sekadar krisis moral

Masalah utama dunia moden ialah cara manusia memahami realiti. Apabila manusia kehilangan dimensi transenden, dunia menjadi semata-mata objek untuk dieksploitasi.

3️⃣ Ilmu tidak semuanya neutral

Dalam tradisi Islam, ilmu berkaitan dengan hakikat, kebenaran dan tujuan kewujudan. Pengetahuan moden mungkin sangat berjaya menjawab: “Bagaimana sesuatu berlaku?”

Tetapi tidak semestinya mampu menjawab:
“Mengapa kita wujud?”
“Apakah tujuan kehidupan?”
“Apakah yang baik?”

4️⃣ Teknologi ialah alat, bukan tujuan

Seyyed Hossein Nasr tidak menyeru manusia supaya menolak teknologi. Persoalannya ialah: Siapa yang mengawal siapa?

Jika manusia menggunakan teknologi sebagai alat, ia membantu manusia. Jika manusia membentuk hidupnya semata-mata mengikut logik teknologi, manusia akhirnya menjadi hamba kepada ciptaannya sendiri.

5️⃣ Tradisi bukan bererti anti-kemajuan

Ini salah satu kekeliruan yang perlu dielakkan. Tradisional ≠ mundur.

Tradisi bermaksud kesinambungan hidup kini dengan prinsip-prinsip yang lebih tinggi dan transenden. Seorang Muslim boleh berhadapan dengan dunia moden tanpa perlu menanggalkan akar tradisinya.

6️⃣ Pendidikan bertujuan membentuk manusia

Pendidikan moden mudah menjadi latihan untuk: kerjaya → produktiviti → ekonomi → pasaran.

Tetapi pendidikan Islam idealnya bertanya: “Manusia apakah yang sedang kita bentuk?”

Ilmu sepatutnya membawa kepada kebijaksanaan, bukan sekadar maklumat.

7️⃣ Muslim muda perlu bersikap kritis

Kita tidak sepatutnya menerima atau menolak Barat secara membuta tuli. Sebaliknya kita perlu memahami dan menyaring pandangan Barat supaya kita dapat ambil yang perlu dan tolak yang bercanggah dengan prinsip Islam.

Pedoman Buat Muda-Mudi Muslim: Mengharung Dunia Moden karya Seyyed Hossein Nasr mengajak kita melihat dunia moden dengan...
08/10/2026

Pedoman Buat Muda-Mudi Muslim: Mengharung Dunia Moden karya Seyyed Hossein Nasr mengajak kita melihat dunia moden dengan lebih kritis—bukan dengan sikap membenci segala yang moden, dan bukan juga dengan menerima semuanya tanpa soal.

Anak muda Muslim perlu memahami zaman, memahami akar pemikirannya, mengenal pengaruhnya terhadap ilmu, pendidikan, ekonomi, masyarakat dan kehidupan, kemudian menilainya berdasarkan prinsip Islam.

Menjadi Muslim dalam dunia moden bukan bermaksud kita perlu menyembunyikan diri daripada zaman.

Kita perlu memahami zaman supaya tidak hanyut bersamanya.

Bacaan yang mengajak kita kembali berfikir tentang Islam, ilmu, manusia dan dunia yang sedang kita diami.

Jangan sekadar ikut arus. Fahami arus dan pilih arah kita.

Kami berpandangan bahawa anda perlu berikan pandangan. Cuba nyatakan dalam komen. 😬
07/10/2026

Kami berpandangan bahawa anda perlu berikan pandangan. Cuba nyatakan dalam komen. 😬

Suasana sekitar hari kedua IIUM Book Festival 2026. Mungkin di sini ada buku untuk anda?Terjemahkan kemungkinan itu bers...
07/10/2026

Suasana sekitar hari kedua IIUM Book Festival 2026. Mungkin di sini ada buku untuk anda?

Terjemahkan kemungkinan itu bersama kami! 😁

📍 KAED Gallery, UIAM Gombak
🗓️ 6 – 9 Oktober 2026
🕘 9 pagi – 6 petang

Jom warga UIAM, Gombak dan sekitar, jumpa kami di sini. 😉

Kita hidup dalam zaman penuh maklumat. Tapi adakah kita semakin bijaksana?1. Bagaimana kita menempuh kehidupan moden yan...
06/10/2026

Kita hidup dalam zaman penuh maklumat. Tapi adakah kita semakin bijaksana?

1. Bagaimana kita menempuh kehidupan moden yang mencabar?
2. Bagaimana kita menjalani hidup yang berprinsip?
3. Bagaimana hati dan jiwa kita sentiasa terpandu?
4. Bagaimana p**a kita berhadapan dengan cabaran ekonomi semasa yang mungkin menggoyahkan sanubari?

Empat persoalan, empat karya. Sebuah perjalanan membina manusia yang lebih baik.

Address

Wisma IBDE, 11, Jalan Ara 7/3b, Bandar Sri Damansara
Petaling Jaya
52200

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Telephone

+60126601601

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buku IBDE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Buku IBDE:

Shortcuts

Share

Category