Midrajul Fawatih - Mishkatul Masobih

Call Directions Website Contact the business

Midrajul Fawatih - Mishkatul Masobih Tentang syarah Kitab Mishkatul Masobih dalam bahasa melayu yang pertama. Penerangan hadis diberi mengikut frasa-frasa penting dalam hadis.

Kitab Misykat ul-Masabih susunan Imam Muhammad bin Abdullah al-Khatib al-Tabrizi ialah penyempurna kepada kitab Masabih us-Sunnah karangan Imam Husain bin Mas`ud al-Farra al-Baghawi. Kitab ini mengandungi 5945 hadis dengan tambahan sebanyak 1511 hadis daripada kitab asal al-Masabih yang mengandungi 4434 hadis. Kitab al-Misykat menyentuh topik-topik penting, pelbagai dan luas dalam menjalani kehidupan sebagai seorang individu muslim secara khusus dan masyarakat Islam umumnya. Merangkumi aspek imaniyat, ibadat, muamalat, adab, fitan, fadail, manaqib dan lain-lain. Imam Ibnu Hajar al-Haytami al-Makki (973 H/1565 M) dalam kitab Fath al-Ilah mengatakan bahawa Kitab Mishkat adalah antara karangan hadis yang terbaik di zaman beliau. Maulana Muhammad Idris Kandhlawi dalam muqaddimah at-Taʿliq us-Sabih mengatakan bahawa tiada seorang pun yang dapat mencari antara kitab-kitab hadis yang dapat menandingi kesyumulan Misykat. Syah Waliyullah ad-Dihlawi (1174 H/1762 M) menganjurkan para ulama meningkatkan kemahiran dalam bahasa Arab agar mereka boleh mendalami kitab Misykat. Sumber utama hadis-hadis dalam kitab ini ialah Sihah Sittah, Muwatta Imam Malik, Musnad Imam Ahmad, Sunan Imam Baihaqi dan kitab Syuʿab ul-Iman, Musnad Imam Darimi, Jamiʿ Imam Razin bin Muawiyah, dan Sunan Imam Daraqutni. Kitab ini adalah antara kitab hadis yang paling masyhur dalam pengajian hadis dan mempunyai syarah dan hawashi (meta komentari) paling banyak selepas Bukhari dan Muslim. Sejak disusun kitab ini menjadi teks utama dalam silibus pengajian hadis dan sumber rujukan kepada perundangan Islam. Penyusun kitab ini Imam Khatib Tabrizi sendiri telah mengajar kitab ini di Herat, Iran, dan kemudian mengajarnya di Nizamiyah, Baghdad, Iraq. Kemudian kitab ini menjadi muqarrar pengajian Islam di Mesir, Syria, dan di Makkah al-Mukarramah pada tahun 983 H/1575 M. Sehingga ke hari ini ia kekal sebagai kitab utama di pusat-pusat pengajian Ulum Syarʿiyyah di Indo Pak seumpama Dar ul-ʿUlum, Deoband, Nadwat ul-ʿUlama, Lucknow, Mazahir al-'Ulum, Shaharanpur, Jami'ah al-'Arabiyah al-Islamiyah, Karachi, Dar al-'Ulum, Karachi, dan lain-lain. Kitab ini diperkenalkan di institut pengajian tinggi Islam di Malaysia seumpama Madrasah Miftahul ʿUlum Sri Petaling (sejak 2001), Madrasat ul-Quran Kubang Bujuk, Madrasat Tahfiz ul-Quran Hulu Langat dan lain-lain. Sehingga ke hari ini sudah 14 tahun kitab ini diajar di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling. Midraj ul-Fawatih Syar Misykat il-Masabih ialah kitab syarah al-Misykat yang pertama dalam Bahasa Melayu karangan Syaikh ul-Misykat Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling, Kuala Lumpur. Disertakan pada permulaan kitab ini Muqaddamah bagi pengajian hadis karangan Syah Waliyullah ad-Dihlawi beserta terjemahan dan syarahan ringkas mustalah hadis. TANGGA PEMBUKA ILMU

Pada setiap bab dimulakan dengan penerangan ringkas dan gambaran keseluruhan berkenaan dengan topik bab tersebut. Maulana juga menerangkan hubungkait sesuatu bab dengan bab sebelumnya dan kesinambungannya dengan bab seterusnya. Setiap hadis dalam bab diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan disertakan salasilah nombor keseluruhan hadis dan juga nombor hadis dalam setiap bab. Dinyatakan juga dalamnya pendapat-pendapat ulama dan ikhtilaf fiqh dalam kalangan imam-imam mujtahid terutama pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Syafiʿi. Turut disentuh permasalahan berkaitan dengan usaha dakwah dan lataif masyaikh dan para daʿi. Secara keseluruhan kitab ini ialah sebuah kitab rujukan penting yang perlu dibaca, dihayati, diamalkan dan disampaikan kepada seluruh umat.

14/10/2026

Surau Usj 9
Ms 219 Hadis 23(22)
Tajuk: Kesabaran Allah SWT

14/10/2026

Surau Dbkl 3
Ms 1 J2 Hadis 281(1)
Kitabut Toharah

13/10/2026

Surau Al Amin
Ms 243 Hadis 38(37)
Tajuk: Perkara Yg Mewajibkan Syurga

13/10/2026

Mardi
Ms 278 Hadis 1817(3)
Zakat Fitrah

12/10/2026

Masjid Bukit Mahkota
Ms 277 Hadis 55(7)
Tajuk: Tanda2 Munafiq

11/10/2026

Masjid Dato Klana Sikamat
Ms176 Ji Hadus 8(7)
Tajuk : Kemanisan Iman

10/10/2026

Surau Bukit Jalil
Ms 253 Hadis43(42)
Tajuk : Kunci Syurga

10/10/2026

Surau Annur Semenyeh
Ms 137 Hadis2(1)
Hadis Jibril

09/10/2026

Surau Bukit Mulia
Ms 348 Hadis
Tajuk: Manusia Dicipta Dalam Kegelapan

09/10/2026

Masjid Baitul Amin
Ms 121 J2Hadis 401(11)
Bab: Sunat 2 Wudu’

Address

Petaling Jaya
57000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Midrajul Fawatih - Mishkatul Masobih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Midrajul Fawatih - Mishkatul Masobih:

Shortcuts

Share