09/01/2026
Starlink telah menurunkan hampir 10,000 satelitnya ke orbit yang lebih rendah, iaitu sekitar 480 kilometer dari permukaan Bumi, berbanding 550 kilometer sebelum ini.
Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan ruang angkasa, kerana orbit yang lebih rendah berpotensi mengurangkan risiko perlanggaran dengan kapal angkasa lain serta sampah-sarap angkasa (space debris).
Dengan berada pada altitud yang lebih rendah, satelit yang tidak berfungsi juga akan mengalami pereputan orbit dengan lebih pantas dan terbakar di atmosfera Bumi, sekali gus mengurangkan tempoh ia menjadi ancaman di ruang angkasa.
Namun, keputusan ini juga mengundang perbincangan. Ada yang mungkin menganggap tindakan tersebut bersifat self-interest, terutamanya apabila diingatkan bahawa orbit Bumi kini semakin sesak dengan pelbagai satelit dan spacecraft daripada pelbagai negara serta syarikat swasta.
Starlink sahaja sudah mengoperasikan sekitar 10,000 satelit, dan syarikat milik Elon Musk ini bukan satu-satunya entiti besar dan berpengaruh dalam industri angkasa global.
Persoalannya, jika risiko perlanggaran di orbit dapat dikurangkan, bagaimana p**a dengan risiko di Bumi? Adakah satelit pada altitud lebih rendah benar-benar mengurangkan kebarangkalian impak ke permukaan Bumi, atau sekadar memindahkan risiko daripada ruang angkasa kepada atmosfera Bumi?