20/10/2021
Episode 7
PRANKKKKK!!!! Bilik Syafiq bersepah dengan kaca-kaca dan bantal-bantal yang berselerak. Sungguh dia betul-betul kecewa dengan Datin Liana. Dari dulu, Datin Liana s**a mengarah dia buat benda yang dia tak s**a.
"Aku benci dengan semua ini!!!!" Jerit Syafiq kuat. Tak peduli semua mendengarnya. Dia sangat tertekan.
"Syafiq, Syafiq baik-baik saje ke nak?" Tanya Mak Embun dengan lembut. Memang kala Syafiq perlukan seseorang Mak Embun dan Pak Abu akan datang menemaninya dan memberi bahunya untuk meluahkan perasaannya.
Syafiq hanya mendiamkan diri sahaja. Dibiarkan Mak Embun masuk ke dalam biliknya. Mak Embun duduk disebelah Syafiq. Dia berasa kasihan melihat Syafiq dan Zahril kerana mereka tidak dapat kasih sayang mama dan papanya.
"Syafiq, okey ke nak?" Tanya Mak Embun sekali lagi. Dia memerhatikan keadaan bilik Syafiq sangat berselerak.
"Mak Embun rasa saya patut okey ke sekarang ini? Mama dah melampau sangat dah Mak Embun. Saya tak nak kahwin dengan Karina. Kenapa mama paksa saya? Hebat sangat ke harta di dunia ni? Sampai sanggup nak jual anak sendiri!!!!" Begitu lantang suara Syafiq meluahkan perasaan kepada Mak Embun. Bukan niat dia nak berkurang ajar tapi dia terlalu geram.
"Syafiq mungkin mama Syafiq dah pikir apa yang terbaik buat Syafiq. Syafiq sebagai anak kena dengar cakap mama," pujuk Mak Embun lembut. Mak Embun rasa Datin Liana sangat tidak patut buat anak-anaknya sebegitu rupa.
"Mak Embun cakap senanglah. Yang rasa sakit tu saya. Saya memang takkan kahwin dengan Karina!! Saya tak pernah cintakan dia!! Tak kira kehidupan akan datang sekalipun saya tetap takkan mencintainya!!!" Syafiq tetap dengan keputusannya.
"Sudahlah nak. Mak Embun tak s**a tengok keadaan Syafiq tidak terurus macam ini? Syafiq kan baik anak yang mendengar cakap. Dah Syafiq pergilah keluar mana-mana jumpa kawan ke? Mak Embun nak kemas bilik Syafiq yang dah berselerak ni. Mata Mak Embun dari tadi sakit je melihat bilik Syafiq ni," ujar Mak Embun sambil tertawa kecil. Mak Embun segera angkat bantal-bantal letak atas katil. Syafiq rasa sangat bersalah sebab sudah susahkan Mak Embun. Syafiq memeluk bahu Mak Embun dengan manja.
"Eh time ni nak manja-manja p**ak budak ni," Mak Embun pura-pura marahkan Syafiq.
"Mak Embun ibarat mak saya dah. Kalau lah saya dapat mak seperti Mak Embun, saya akan rasa beruntung seperti bintang yang sentiasa bersinar harapan," sungguh ikhlas Syafiq mengucapnya. Mak Embun terasa sangat terharu. Mak Embun hampir menitis air mata.
"Mak Embun pun anggap Syafiq dan Zahril seperti anak Mak Embun. Dahlah pi main jauh-jauh tak yah nak tangkap leleh dengan Mak Embun. Nanti mama dengar kecil p**ak hati dia nanti," ujar Mak Embun sambil mengemaskan bilik Syafiq.
"Kenapa p**ak dia nak kecil hati? Bukan dia sayangkan anak-anak dia pun," bersahaja Syafiq mengatakan.
"Astaghafirullah-al-azim, Syafiq ni. Ada p**ak cakap macam tu dekat mama Syafiq. Dia kan mengandungkan Syafiq dan Zahril. Dia pun menyus**an Syafiq dengan Zahril. Tak baik tau cakap macam tu dekat mama Syafiq," Mak Embun segera mengingatkan Syafiq bahawa Datin Liana tetap mamanya walaupun Datin Liana s**a memaksa mereka buat apa yang dia nak meskipun benda salah.
"Entah Mak Embun. Syafiq rasa makin hilang hormat kalau mama tetap buat macam ni. Syafiq nak mandi dululah. Syafiq nak balik apartment Syafiq ajelah. Malas nak tinggal sini," Syafiq cepat-cepat masuk dalam bilik mandi sebelum Mak Embun balas.
"Hish budak bertuah ni. Dasar Lee D**g Wook Malaysia punya orang," Mak Embun sengaja nak mengusik Syafiq. Sebab dia tau Syafiq tidak s**a disamakan dengan Lee D**g Wook. Dia pun tak tahu kenapa Syafiq tidak s**a bandingkan dia dengan Lee D**g Wook.
"Mak Embun saya dengar tau Mak Embun sebut apa tadi," Syafiq mengeluarkan kepalanya separuh dan memandang Mak Embun dengan bulat matanya. Dahlah mata sepet ada hati nak bulatkan mata.
Mak Embun tergelak besar melihat Syafiq buat macam tu. Tanpa mereka sedari, ada seseorang yang mendengar dan melihat gelagat mereka. Sungguh dia berasa cemburu dan terkilan. Datin Liana menggigit bibirnya dengan kuat.
DATIN LIANA berjalan ke hulur ke hilir memikirkan sama ada betul atau tidak keputusannya buat. Bukankah keputusannya akan buat anak-anaknya lagi bertambah marah terhadapnya. Tetapi dia merasa sangat cemburu dengan keakraban Syafiq, Zahril dengan Mak Embun.
Dia mama mereka kenapa mereka lebih memilih Mak Embun untuk meluahkan perasaan mereka. Pintu diketuk terlihat Mak Embun di muka pintu. Karina turut berada disitu.
"Puan panggil saya?" Tanya Mak Embun.
"Haah, silakan duduk dulu Embun," jawab Datin Liana lembut.
Mak Embun pelik mesti ada sesuatu yang dia buat salah ni. Tapi salah apa ye? Dia tertanya-tanya p**ak.
"Ada apa ye Puan? Puan panggil saya mesti ada sesuatu kan?" Tanya Mak Embun.
Tiba-tiba Datin Liana melemparkan sampul surat di atas meja. Mak Embun pelik apa isi didalam sampul itu. "Apa ini Puan? Saya tak faham? Sampul ini untuk apa Puan?" Tanya Mak Embun lagi sekali.
Datin Liana menarik nafasnya dalam-dalam. "Ni duit gaji kau selama yang kau buat kerja di rumah. Lepas ini, aku tak nak tengok muka kau lagi dalam rumah ini," begitu sombong keputusan Datin Liana menguturkannya.
"Tapi puan apa salah saya puan. Jangan pecat saya macam ini puan. Kasihankanlah saya puan. Apa nasib anak-anak saya kalau saya tak ada kerja?" Mak Embun merayu kepada Datin Liana. Air matanya bergenang. Dia sangat terkejut kenapa dia harus dipecat.
"Dah aku kata aku tak nak kau kerja kat sini. Tak naklah. Apahal kau nak merayu-rayu lagi. Aku peduli apa, kau nak buat apa ke jual diri kau ke? Ada aku kisah? Kau cuba nak rampas anak-anak aku dari aku kan? Kau nak buat anak-anak aku bencikan aku kan? Apa lagi pergilah hadap anak-anak kau kat rumah," tengking Datin Liana. Dia menghadap Mak Embun dengan perasaan benci. Kata-kata Karina sedikit sebanyak memakan dirinya.
"Auntie kenapa Karina tengok Mak Embun rapat sangat dengan Syafiq?" Tanya Karina yang sedang memulakan jarumnya.
Datin Liana pelik "Mereka memang rapat dari kecil. Kenapa Karina?" Datin Liana menanya kembali kepadanya.
"Bukan apa auntie tak jeles ke tengok anak-anak auntie makin lain dengan auntie tapi baik je dengan orang gaji auntie?" Sengaja Karina bermain kata-kata dengan Datin Liana.
Datin Liana tersentak mendengar kata-kata Karina. Dia mula makan dengan ayat-ayat Karina. Karina berasa sangat gembira melihat permainannya sudah terkena.
"Maksud Karina, auntie ni mama Syafiq dengan Zahril tapi kenapa Syafiq dengan Zahril macam bencikan auntie? Auntie tak boleh biarkan macam ni lama-lama auntie. Auntie kena bertindak. Orang gaji tu boleh hasut anak-anak auntie bencikan auntie tau. Karina cakap je semuanya terp**ang kepada auntie," ujar Karina sambil menghirup minuman yang disediakan. Datin Liana terdiam. Sedikit sebanyak kata-kata Karina membuatkan dia termakan.
Mak Embun sangat terkejut. Dia betul-betul tak sangka Datin Liana yang dia anggap sebagai adiknya menuduh dia nacam tu.
"Puan, saya tak pernah ada niat nak rampas anak-anak puan dari puan. Saya sayangkan mereka seperti anak sendiri puan. Dari mereka kecil sampai ke besar saya bersama dengan mereka. Saya jaga mereka bila puan dengan tuan kerja. Semua saya buat ikhlas," bukan niat Mak Embun nak mengungkit tetapi dia sayangkan mereka seperti anak sendiri. Dan dia jugak sayangkan Datin Liana seperti adiknya.
Kata-kata dari Mak Embun membuatkan darahnya naik mendadak. Karina hanya memerhatikan dengan senyuman sinis. "Kau memang melampaukan Embun. Dasar orang gaji tak kenang budi. Ooo sekarang kau nak mengungkit segala-galanya? Kau nak aku bayar berapa dekat engkau? Yang penting, aku tak nak kau dekat keluarga aku!! Aku benci dengan orang miskin macam kau!!! Hari ni last kau kerja dekat sini. Bukan aku tak nampak anak-anak aku dah bencikan aku sebab orang tak sedar diri macam kau!!! Syafiq keluar bermakna kau kena keluar jugak dari rumah ini!!! Kau paham tak!!!!" Jerit Datin Liana lantang. Dia menarik Mak Embun dan menolak kuat di luar.
"Mama!!!!" Jerit Syafiq. Dia betul-betul tak sangka mamanya bersikap kejam dengan Mak Embun. Dia bergegas ke arah Mak Embun dan membangunkan Mak Embun. Mak Embun menangis teresak-esak membayangkan nasibnya. Sungguh, dia sangat terasa dengan kata-kata Datin Liana.
"Syafiq, tolong Mak Embun. Mak Embun tak ada niat pun nak rampas Syafiq dari mama Syafiq," teresak-esak Mak Embun merayu. Dia bersandar dibahu Syafiq. Lagi berapi Datin Liana melihatnya.
"Eh kau s**a-s**a nak peluk tunang aku kenapa? Aku je yang boleh peluk tunang aku. Dasar orang gaji tak sedar diri!! Tepi!! Lepaskan tunang aku!!" Karina menolak Mak Embun sehingga Mak Embun jatuh tersungkur. Mak Embun terus tak sedarkan diri.
Pangggggggg!!! Tamparan yang kuat hinggap di p**i Karina. Semua yang ada di situ terkejut dengan keberanian Syafiq. Syafiq terus pergi ke arah Mak Embun. Cemas sungguh wajahnya.
"Syafiq!!! Makin kurang ajar kan sekarang!!!" Tengking Datin Liana. Dia memandang anaknya dengan mata yang terbeliak. Dia sudah berdiri menghadap anaknya.
"Kalau tamparan tu elok untuk perempuan tak tahu malu memang layak penampar tu singgah daripada Syafiq tumbuk," Syafiq meninggikan suaranya. Matanya sudah merah menyala. Syafiq turut berdiri menghadapnya Datin Liana.
Panggggg!!! Tamparan yang sangat berbisa membuatkan bibir Syafiq berdarah. Syafiq memandang mamanya dengan pandangan yang tidak percaya. Tidak pernah-pernah mama menamparnya. Hanya kerana. Karina, mamanya sanggup tampar p**inya.
Datin Liana terkejut dengan tindakan melulunya. Dia melihat Syafiq yang sedang merenungnya dengan pandangan kecewa. Dia berasa sangat bersalah. Dia cuba memegang p**i Syafiq. Tetapi Syafiq menepisnya dengan kasar.
"Terima kasih atas 'tamparan' yang maha hebat. Terima kasih sangat-sangat," selepas mengucapkan katanya. Syafiq mengendong Mak Embun yang tidak sedarkan diri dan segera bawak ke klinik. Dalam perut kereta, Syafiq menitiskan air matanya.
Karina sudah tersenyum sinis. 'Macam menarik je cerita ni. Hehe aku takkan biarkan kau lepas dari aku Syafiq!!' Desis hati Karina.
Bersambung...