Sinergi Monalisa

Sinergi Monalisa Membekal, mengedar dan menjual buku. Membekal kambing untuk kurban dan akikah. Menjual makanan kering seperti keropok keping, keropok lekor dll.

Menjual cadar, sarung bantal dll. Sewa rumah di Kondo Rakyat Darul Iman, Kuala Terengganu.

13/12/2016

Lokasi: Kondo Rakyat Darul Iman (Kuala Ibai)
Negeri: Terengganu

Kemudahan:

3 bilik tidur
1 tandas
1 bilik air
Semua bilik disediakan kipas dinding
Lantai tile
5-10 minit ke bandar Kuala Terengganu
Berdekatan dengan Mydin Kuala Ibai, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Hospital Besar Kuala Terengganu

Sewa bulanan: RM350
Deposit: 3+1

Status: Kemas**an SEPTEMBER 2019.

Berminat? Hubungi Lisa 013-6357629.

21/10/2016

ALESYA MAISARAH masih lena dibuai mimpi. Di ruang makan, nampaknya
si ibu dan ayah sedang asyik menjamu selera. Rasanya, sudah tiga...

....LIMA bulan sudah berlalu. Hajar akhirnya berjaya mendapat status ibu. Ya. Dia sekarang telah bergelar mami. S**a di ...
17/10/2016

....
LIMA bulan sudah berlalu. Hajar akhirnya berjaya mendapat status ibu. Ya. Dia sekarang telah bergelar mami. S**a di hati, hanya ALLAH yang tahu. Senyum sentiasa terukir di bibirnya yang mulus. Namun… di sebalik kegembiraan itu, ada sesuatu sebenarnya. Hmm…
Malam itu, Hajar masih tidak dapat melelapkan matanya. Sekejap dia berpaling ke kanan. Sekejap-sekejap dia berpusing ke kiri. Ada sesuatu yang sedang berlegar-legar di dalam benaknya. Ya! Sesuatu itu telah mengganggu fikirannya. Membuatkan dia berasa tidak tenang, tidak keruan dan berhati walang.
Berhati walang?
Entahlah. S**ar untuk diluah dan diungkap dengan kata-kata. Payah… rumit… menyesakkan dan sedikit sebanyak membebankan. Sungguh. Hajar buntu. Hendak bercerita dengan Ibrahim? Mungkin tidak. Khuatir mengundang kemudaratan yang lebih besar. Hajar sayangkan suaminya dan dia tidak mahu lelaki itu bercelaru memikirkan hati dan perasaannya. Biarlah dia… biarlah. Dia yakin. Dia tidak sendiri kerana ALLAH Maha Dekat dengannya. Lebih dekat daripada urat merihnya sendiri.
Sejak bila??
Entahlah. Bohong! Mana mungkin hati yang berdukacita tidak sedar bilakah perasaan sakit itu mula menjengah, mengganggu dan mengacau-bilau jiwanya. Perempuan… bukan mudah untuk melupakan sesuatu yang telah mengguris hati dan perasaannya. Setahun… dua tahun… sepuluh tahun. Bahkan sampai hujung nyawa dia akan mengenang peristiwa luka itu. Melainkan dia sudah nyanyuk. Mungkin, wanita ini tidak sedar. Berlapang dada dan memaafkan itu adalah lebih baik daripada menyimpan rasa. Secara tidak langsung, mendekatkan dirinya kepada ALLAH. Bukankah TUHAN sentiasa bersama hamba-hamba-NYA yang sabar?
Persoalan yang masih belum dijawab. Sejak bilakah Hajar berawan hati? Entahlah. Mungkin… mungkin sahaja semenjak Alesya Maisarah dilahirkan. Semenjak anak kecil itu mengenal dunia yang terlalu banyak mehnah dan tribulasinya ini…
Lima bulan sudah, Ibrahim dan Hajar telah menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Pasangan suami isteri manakah yang tidak berasa gembira? Senyum Hajar sampai ke telinga tatkala melihat kecomelan bayi yang telah dikandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari. Saat itu, barulah dia dapat menyelami pengorbanan besar seorang ibu buat diri sang anak.
Jadi, apakah puncanya Hajar bersedih hati???
Entahlah. Relevankah dia berperasaan sedemikian tetapi Hajar sama sekali tidak dapat membohongi hati dan perasaannya sendiri. Persoalannya, kenapa nama itu yang dipilih buat puteri pertamanya? Kenapa Sarah?
“Sayang tak tidur?” Ibrahim memegang lengan isterinya perlahan menyebabkan Hajar tersentak daripada lamunan panjangnya.
Hajar hanya tersenyum. Mengingatkan nama Sarah, menyebabkan dia bertambah sebak. Tidak mampu untuk bersuara. Dia menarik nafas perlahan. Tidak mahu keresahan hatinya disedari sang suami.
“Apa yang sedang sayang fikirkan?” soal Ibrahim lagi. Sah! Dia nampak kegelisahan isterinya.
Hajar tetap membatu. Dia cuba mengukir senyum manis buat Ibrahim meski dia tahu senyuman itu penuh dengan kepura-puraan. ‘Astaghfirullah,’ ucapnya di dalam hati. Khuatir suaminya terasa hati tetapi dia masih tidak berdaya untuk mengubat hatinya yang sedang terhiris. Sayang… luka itu terhasil dek tanggapan yang boleh jadi tidak ada apa-apa sebenarnya.
“Ada apa-apa yang sayang nak kongsikan dengan abang?” Ibrahim masih sabar melayan kerenah isterinya. Anak mata Hajar direnung dalam-dalam.
Hajar menggeleng. Dia cepat-cepat tunduk. Tidak sanggup bertentang mata dengan Ibrahim. Entah kenapa. Setiap kali mata itu bertaut, menyebabkan dia terkenangkan kisah lalu. Sarah! Mengapakah bayangan Sarah acap kali hadir dalam mimpinya sejak akhir-akhir ini? Dia tidak mahu tetapi…
Ibrahim mengeluh perlahan. Payah. Susah betul hendak memahami dan menyelami hati seorang wanita. “Apa yang sedang sayang fikirkan? Ada sesuatu yang mengganggu fikiran sayang?” Kali ini, senyumannya tampak sedikit hambar.
Menyedari perubahan intonasi bicara suaminya, Hajar segera menggenggam tangan Ibrahim dengan jemari halusnya. Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka yang sewenang-wenangnya membikin hati sang suami sakit. “Hajar okey saja, bang. Semuanya ditanggung beres.” Dia cuba untuk meredakan keadaan yang nampak neutral tetapi tidak menggembirakan.
Ibrahim diam sejenak. Dia melepaskan genggaman Hajar lalu bangkit daripada pembaringan. Dia melunjurkan kakinya ke lantai. Lelaki ini mengeluh lagi. “Sejak Alesya Maisarah lahir, Hajar banyak berubah. Banyak mengelamun. Tidak banyak bercakap. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran, sayang?” soalnya tanpa memandang wajah Hajar.
Hajar cepat-cepat mendapatkan suaminya. Lain macam sahaja. Merajukkah Ibrahim? Oh, tidak! Hajar tidak mahu menyakiti hati lelaki itu tetapi dia tidak berdaya mengawal hati dan perasaannya. Tubuh Ibrahim dipeluk erat. Cukup erat. Hanya itu yang mampu dilakukannya saat ini.
Hajar sedih.
Hajar sebak.
Hajar….
Hajar tidak bersedia menerima kehadiran wanita lain di dalam hati Ibrahim. Dia asyik terkenangkannya. Hajar terkenangkan Eisya Maisarah! Itu pasti…. Meski wanita itu telah pergi dan hilang entah ke mana, namanya tetap menyubur dalam hati dan jiwa Hajar. Bukan dia tidak mahu melupakannya. Mahu! Hendak! Namun, dia tidak mampu. Salahkah dia kerana berasa cemburu dan tidak selesa dengan kenangan lampau suaminya? Dia hanyalah seorang wanita yang lemah, yang banyak khilaf dan salahnya.
Persoalan yang masih belum dapat dirungkai sesiapa…
Kenapa Sarah?
Kenapa perlu adanya nama Sarah?
Kenapa Alesya Maisarah? Tidak Alesya Marina atau Alesya Qasmira.
Kenapa Sarah?
Ah! Siti Hajar nampaknya terlalu banyak berfikir. Bersangka dengan persangkaan yang bukan-bukan. Syaitan laknatullah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengeruhkan lagi keadaan. Musuh ALLAH itu tahu. Hati yang tenat s**ar untuk berfikir sewajarnya. Payah untuk meletakkan ILAH di hadapan dalam membuat keputusan. Akibatnya, jasad itu sendiri yang berasa sakit. Lebih parah, rumah tangga yang terbina menjadi semakin hambar. Sedarkah Hajar?
“Aaaa…”
Baru sahaja Hajar hendak meminta maaf kepada suaminya, Sarah tiba-tiba menangis. Cepat-cepat Ibrahim bangkit dari katil dan berjalan ke tempat puterinya beradu. Dia kemudiannya menepuk belakang Sarah perlahan, namun anak kecil itu masih mahu menyanyi nyaring.
“Sayang, puteri abah. Tidurlah, sayang. Mami letih. Sarah jangan menangis, ya.” Dia membujuk lembut. Alesya Maisarah masih mahu menangis. Entahlah. Anak kecil itu seolah-olah telah diresapi unsur negatif dari dalam kamar tidur itu.
Ibrahim mengangkat Sarah dan membawanya kepada Hajar. Isterinya itu tetap membatu. Masih keliru dan buntu. Dia hanya duduk di tepi katil memandang lantai. “Hajar…” panggilnya lembut.
Siti Hajar mendongak. Dia terkelip-kelip memandang suaminya yang sedang mendukung bayi mereka.
Ibrahim mengangguk perlahan lalu menyerahkan Sarah kepada Hajar. “Abang ke dapur sekejap. Dahaga p**a,” ujarnya perlahan. Dia tetap mengukir senyum. Entahlah. Senyum yang lain daripada biasa. Mungkin ada sesuatu yang sedang mengganggu benaknya. Hanya dia yang tahu. Hajar dan Ibrahim memilih untuk sama-sama memendam rasa. Simpan dalam. Membuat telahan sendiri, mungkin. Adakah bisa menyelesaikan masalah? Entahlah…
Hajar yang sedang membelai Sarah memandang tepat anak mata suaminya. “Abang nak Hajar ambilkan?” Dia bertanya lembut. Cukup halus suaranya.
Ibrahim menggeleng. “Abang ambil sendiri,” balasnya lalu beredar dari situ.
Mulut Hajar ternganga separuh. Terasa komunikasi antara mereka tidak hadir dari dalam hati. Hajar serba salah. Astaghfirullah… bukan dia mahu berperilaku sebegini. Semuanya berlaku di luar kawalan dan dia tidak berdaya untuk menahan rasa hati yang sedang rawan. Sedih… pilu… Hanya TUHAN tahu. Bukan sehari dua Hajar memendam rasa tetapi sudah menjangkau lima bulan! Kalau ayam, tiga bulan sudah boleh disembelih dan dijual. Ini… lima bulan!
‘Abang, maafkan Hajar.’ Dia merintih di dalam hati. Penyelesaian mungkin ada tetapi dia tidak bersedia untuk mengusahakannya. Bukan tidak mahu tetapi tidak tahu. Tidak tahu bagaimana untuk memulakan. Tidak tahu bagaimana hendak meluahkan. Ah! Payah juga untuk menyelami hati wanita. Adakah semua jasad yang bergelar hawa ini memiliki sikap dan sifat sebegini?
LAMA Ibrahim merenung peti sejuk yang tidak bernyawa di hadapannya. Dia mengeluh perlahan. Langsung dia tidak dapat menduga hati dan perasaan isterinya.
Di manakah silapnya?
Apakah yang masih belum beres?
Pintu peti sejuk ditarik tanpa bunyi. Ibrahim melihat ke dalam. Tidak ada apa yang menarik. Kemudian, pintu tersebut ditutup kembali. Dia berjalan longlai ke ruang tamu. Dia duduk di atas sofa. Siling rumah ditenung tembus sampai ke langit. Namun, tidak nampak p**a bintang-bintang yang berkerdipan. “Hajar…” Nama isterinya disebut perlahan.
Ibrahim pun buntu sebenarnya. Hajar telah berubah dengan sekelip mata. Setelah Alesya Maisarah dilahirkan, isterinya itu seolah-olah telah menjadi orang lain. Bukan itu sahaja bahkan jasadnya macam tidak punya roh. Mati… kosong… zero… sifar…
“Mustahil kerana Sarah.” Dia berkira-kira sendiri lagi. Ibrahim mendengus kecil.
Alesya Maisarah dan Eisya Maisarah adalah individu yang berbeza. Tidak ada kena mengena langsung nama puteri sulungnya dengan wanita itu. Mungkin sahaja namanya hampir sama tetapi… tetap berbeza!
Siap minum beberapa teguk air kosong, Ibrahim pun berlalu ke ruang tamu. Dia duduk di atas sofa, masih lagi mahu mengelamun sendiri. Tidak lama… apabila jam pada dinding rumah sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, Ibrahim lantas bangkit dan masuk ke dalam kamar tidurnya. Didapati, Sarah sudah terlena di pembaringan manakala Hajar p**a duduk di atas kerusi empuk di sebelah katil puterinya.
“Anak abah memang berjurus,” ujarnya perlahan lalu mengusap-usap rambut puterinya yang masih sedikit.
Kemudian, dia membelai-belai rambut isterinya. “Sayang…” katanya dengar tidak dengar.
Hajar pun berdiri mendekatkan dirinya kepada Ibrahim. “Ya, bang,” balasnya pendek. Dia memandang wajah Ibrahim sambil tersenyum manis. Benar… wanita ini sedang cuba sedaya upaya mengukir senyum yang paling menawan buat suaminya. Hajar tidak betah menyakitkan hati lelaki itu. Dia akui… dia terlalu mengikut perasaan yang selalu sahaja tidak mendasari iman dan takwa. Bukankah iman seorang manusia itu kadang-kala menaik dan acap kali juga menurun? Meningkat apabila hati dekat dengan TUHAN. Menjauh apabila menjadikan syaitan sebagai teman.
“Ada apa-apa yang sayang hendak kongsikan dengan abang?” soal Ibrahim lembut. Anak mata isterinya direnung tajam. Dia mahu Hajar berterus terang. Kemudian, insya-ALLAH dia akan berusaha mencari penyelesaian yang terbaik buat mereka. Dia mahu kegembiraan ini dikecapi bersama. Bukan hanya dia yang s**a tetapi tidak bagi isteri kesayangannya. Ya! Siti Hajar adalah umpama permaisuri di hatinya.
Hajar menggeleng. Soalan itu membuatkan dia kembali sebak. Kongsi? Mampukah dia berkongsi dan menyatakan sesuatu yang tidak pasti? Bukan Hajar tidak tahu…
Ibrahim mengeluh kecil. Hajar masih tetap mahu membisu. Apa lagi yang mampu dilakukannya???
“Abang nak Hajar tahu yang abang sangat menyintai Hajar. Abang cintakan Hajar sepenuh hati abang. Abang sayangkan Hajar. Abang redha pada Hajar sepanjang hidup Hajar,” kata Ibrahim perlahan. Sebak juga hatinya mengenangkan Hajar yang tampak suram dan tidak ceria. Senyumnya bagai dipaksa-paksa. Tawanya? S**ar benar hendak mendengarnya sejak akhir-akhir ini.
Hajar menjadi semakin serba salah. Bukan dia mahu berkelakuan begini di hadapan sang suami. Demi ALLAH, tidak sama sekali. Bukannya dia mahu menyakiti dan mengguris hati Ibrahim. Namun, entahlah. Kenapa tiba-tiba bayangan Eisya Maisarah acap kali hadir dalam benaknya? Lebih-lebih lagi setelah nama Alesya Maisarah dipilih. Persoalan yang masih belum dirungkai sesiapa. Mengapa Sarah?...

LIMAbulan sudah berlalu. Hajar akhirnya berjaya
mendapat status ibu. Ya. Dia sekarang telah bergelar mami. S**a di hati, hanya
ALLAH yang tahu....

06/09/2016

Lokasi: Kondo Rakyat Darul Iman (Kuala Ibai)
Negeri: Terengganu
Sewa: RM380

Kemudahan:
3 bilik tidur
1 tandas
1 bilik air
Semua bilik disediakan kipas dinding
Disediakan tikar getah

5-10 minit ke bandar Kuala Terengganu
Berdekatan dengan Mydin Kuala Ibai, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Hospital Besar Kuala Terengganu

Status: Dibuka untuk kemas**an OKTOBER 2016

Berminat? WhatsApp 013-6357629 (Liza)

“Alhamdulillah. Rezeki ALLAH buat aku dan Hajar. Semuanya dengan izin ALLAH,” balas Ibrahim pendek. Senyumnya sudah samp...
14/06/2016

“Alhamdulillah. Rezeki ALLAH buat aku dan Hajar. Semuanya dengan izin ALLAH,” balas Ibrahim pendek. Senyumnya sudah sampai ke telinga. Terpancar kegembiraan pada wajahnya. Tidak dapat disembunyikan lagi.
Zulkarnain mengangguk berkali-kali. Benar kata Ibrahim. Segalanya adalah dengan izin DIA yang mencipta dan merencanakan. Apabila DIA katakan kunfayakun, maka jadilah. Tidak ada yang mustahil bagi ALLAH dan tidak ada yang payah bagi DIA yang Maha Berkuasa.
Hanya kita sahaja yang acap kali mahu meraguinya. Tidak yakin dengan ketentuan ALLAH. Kita mungkin terlupa. Rukun iman yang enam itu turut menyebut tentang kepercayaan terhadap qadak dan qadar. Ini tidak… Bila mana doa lambat dimakbulkan, kita katakan DIA tidak mendengar… tidak peduli pada rintihan hati. Astaghfirullah. Sesungguhnya, manusia itu acap kali lalai lagi lupa.
“Kau bila lagi?”
Ibrahim menepuk belakang Zulkarnain menyebabkan dia tersedar daripada lamunan. Dia bukannya mengelamun! Sedang bermuhasabah sebenarnya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menarik nafas panjang. Tidak cukup panjang sebenarnya. “Aku nak kumpul duit dulu. Dah cukup, aku kahwinlah, insya-ALLAH. Aku…”
“Banyaklah kau punya kumpul duit. Kau ada niat nak kahwin dengan artiskah? Biarlah bersederhana, Zul. Nanti, kau sendiri yang pening kepala. Apabila kau pening, bisa memberi ancaman kepada negara,” sampuk Ibrahim sebelum sempat Zulkarnain menghabiskan kata-katanya.
Ancaman negara? Dahi Zulkarnain berkerut. Dia berfikir-fikir sendiri di sebalik kata-kata sahabatnya itu.
“Iyalah. Apabila kau stres, secara tidak langsung bagi impak kepada rumah tangga kau juga. Apabila rumah tangga kau tak stabil, secara tidak langsung bagi kesan pada negara,” sambung Ibrahim lagi, semacam sudah tahu apa sedang bermain di dalam benak Zul.
Zulkarnain tersenyum sumbing. “Insya-ALLAH. Apa-apa, aku akan beritahu kau. Kau doakan saja,” katanya lalu membukakan pintu kereta buat Ibrahim.
Ibrahim mengangguk perlahan. “Aku tunggu pengkhabaran gembira daripada kau. Jangan biar aku terus ternanti-nanti. Dah letih aku tunggu Hajar dulu,” ujarnya seraya tergelak kecil. Kisah dia dan Hajar sebelum bergelar suami isteri tiba-tiba menerjah fikirannya.
“Insya-ALLAH,” balas Zulkarnain pendek. Tidak tahu apa yang boleh diungkapkan lagi.
Ibrahim berlalu dari situ. Dia membunyikan hon keretanya sekali. Zulkarnain hanya tersenyum kecil….
Lima minit sudah berlalu tetapi Zulkarnain masih setia berdiri di situ. Dia tidak berganjak walau satu langkah. Zulkarnain mengeluh perlahan. Entahlah. Dia merasakan yang dia sudah redha tetapi… entahlah. Hanya ALLAH yang tahu jiwa dan perasaannya. Kata hatinya tergantung di awangan…

SIAPmenunaikan solat zohor secara berjemaah di surau
Ar-Rahman, Zulkarnain berjalan mengiringi Ibrahim ke tempat lelaki itu memarkir
keretanya.

“Tahniah kerana bakal bergelar...

“Jadi, lepas ni… Hajar akan minta kerja balik?” Asma’ semacam masih tidak dapat menerima keputusan yang diambil Hajar. B...
13/06/2016

“Jadi, lepas ni… Hajar akan minta kerja balik?” Asma’ semacam masih tidak dapat menerima keputusan yang diambil Hajar. Bukan apa…
Hajar tersenyum. Wajahnya berubah kemerahan. Baru dia tersedar yang sebentar tadi dia sudah menyampaikan taklimat lima minit. “Tengok dulu macam mana. Hajar dan Abang Yim belum berbincang lagi. Macam… nak jadi suri rumah sepenuh masa,” jawabnya berterus-terang.
Aisyah mengangguk-angguk. Bukan dia tidak tahu. Hajar sebenarnya mengimpikan gelaran isteri solehah yang ketaatan dan kepatuhannya hanya untuk suami. Macam Siti Muthiah. Dia bukanlah seorang pejuang agama yang turun berperang menegakkan kalimah tauhid di medan tempur. Namun, namanya tetap disebut Rasulullah sebagai wanita contoh yang dijanjikan syurga buatnya.
“Tetapi…” Sumayyah tiba-tiba mencelah.
“Macam mana p**a dengan hari mendatang? Kita tak tahu apa yang akan berlaku esok hari. Macam-macam boleh berlaku. Hati manusia pun berubah. Sekurang-kurangnya, kita perlu sentiasa bersedia.” Nah! Tulus benar Sumayyah dalam kata-katanya.
Wajah Hajar berubah. Bukan dia tidak memikirkannya. Sudah puas dia berfikir tetapi… entahlah. Jalan ini juga yang menjadi pilihannya. Dia diam seribu bahasa.
“Bukan apa, kita takut jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, kita akan terkapai-kapai sendiri. Lebih-lebih lagi, kita tak bekerja. Sepenuhnya mengharapkan sang suami. Kalau dia berubah hati… macam mana?” Sampuk Asma’. Mungkin dia tidak menyedari perubahan riak wajah Hajar.
Hajar menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak menyalahkan teman-temannya andai mereka berfikiran begitu. “Insya-ALLAH, Hajar serahkan segalanya pada ALLAH. Hajar yakin yang Hajar tidak akan dipersiakan. ALLAH ada dan Hajar tidak meletakkan pergantungan Hajar pada Abang Yim. Dia hanyalah wasilah bagi ALLAH untuk memberikan rezeki dan kebahagiaan kepada Hajar,” jawabnya tenang.
Ya. Bukan mudah sebenarnya untuk mengambil keputusan itu tetapi…
Entahlah. Susah p**a hendak meluahkan dengan kata-kata. Payah hendak memahamkan orang lain. Bukan Hajar tidak risau dan takut tetapi…
Ah!!! ‘Astaghfirullah. Ya ALLAH, teguhkan pendirianku,’ ucap Hajar di dalam hati.
Aisyah segera berdiri. Dia dapat melihat sesuatu yang tidak kena pada wajah Hajar. Mungkin dek terjahan yang bertubi-tubi. Dia tahu. Rakan-rakannya bukan hendak mencelarukan fikiran Hajar. Mereka sayang, kasih dan prihatin sebenarnya.
“Laparlah. Jom kita masak,” ujar Aisyah bersahaja. Lagipun, waktu makannya sudah sampai. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12.01 tengah hari. Tidak boleh terlalu lewat. Dibimbangi mendatangkan gastrik. Gastrik?
Semua mata berkalih ke arahnya. Perbualan yang semakin hangat tadi terbantut seketika. Mereka akur. Sumayyah dan Asma’ yang tadinya begitu bersemangat dalam menyatakan pandangan mereka terkaku seketika. Seolah-olah baru tersedar daripada sesuatu yang berada di luar kawalan. Mereka tunduk memandang lantai rumah Hajar. Khuatir Hajar terasa dengan ketelusan mereka dalam berkata-kata.
“Duduklah dulu. Hajar masak ekspres. Istimewa buat semua,” ujar Hajar lalu bangkit dari sofa berjalan ke dapur.
Cepat-cepat Sumayyah memegang lengan Hajar. Dia menggeleng berkali-kali. “Tak payah, sayang. Kami yang akan masak untuk Hajar,” katanya lembut. Matanya dikenyit berkali-kali.
“Betul, betul, betul. Serahkan sahaja kepada kami. Hajar berboraklah dengan Ecah. Kalau lima-lima masuk dapur, tsunaminya jadinya. Kalau setakat kami bertiga, mungkin setakat gempa bumi.” Asma’ menyampuk. Dia tersengih macam kera baru dapat pisang. Ops… kasarnya bahasa. Astaghfirullah.
Aisyah mengangguk-angguk. “Cadangan yang paling bernas untuk bulan ini,” dia membenarkan. Bukannya dia malas untuk masak. Cuma tidak cukup rajin sahaja…
Tiba-tiba, telefon bimbit Hajar berdering. Keriuhan tadi terhenti seketika. Mereka saling berpandangan.
“Assalammualaikum...” ucap Hajar dari corong telefon.
Ibrahim yang sedang duduk di ruang rumah Zulkarnain membalas. “Waalaikumussalam...” Dia terdiam sejenak. Dia bangkit dan berjalan ke penjuru rumah.
“Sayang, keluarga Zul minta abang makan tengah hari dengan mereka. Maklumlah, dah lama abang tak menjengah ke sini. Aisyah and the gang ada lagi?” tanya Ibrahim.
Hajar tersenyum. “Ada lagi. Hari ni, Sumayyah and the gang akan masak untuk Hajar. Abang makanlah dengan mereka. Sampaikan salam Hajar buat Zul dan keluarga,” ujarnya perlahan.
“Okeylah, sayang. Mak Zul dah panggil. Assalammualaikum. Jaga diri baik-baik. Sebelum buat apa-apa, ingatlah insan tersayang,” balas Ibrahim.
Hajar mengangguk-angguk. Gagang telefon pun diletak perlahan. “Abang Yim makan tengah hari di rumah Zul.”
“Yes!” Aisyah bersorak gembira.
Asma’ menari, entah apa jenis tarian. “Bolehlah kita naik minyak dan berkuasa di sini hari ni,” sampuknya riang.
Hajar, Sumayyah dan Khaulah menggeleng. Adik-beradik lain ibu dan ayah ini nampaknya sudah bersatu hati. Hilang keayuan mereka pagi tadi. Sikap sebenar terserlah sudah…
USAI makan tengah hari, Aisyah dan Hajar mengambil alih tugas membersihkan pinggan mangkuk yang sudah digunakan tadi. Macam berada di rumah sewa p**a. Tidak pun, seperti kerja di kilang. Bekerja mengikut shif…
“Macam mana sekarang?” soal Aisyah lembut. Wajah Hajar dipandang sekilas. Kemudian, dia meneruskan kerjanya membilas pinggan yang sudah dicuci dengan sabun. Anak dara lainnya? Sudah terbaring di ruang tamu. Maklumlah, ketua rumah tidak ada. Bolehlah bermaharajalela.
Hajar tersenyum. “Macam mana apa, long?” Dia bertanya kembali tanpa menjawab soalan Aisyah.
Aisyah menjelir. “Bahagia?” Katanya bersahaja.
Hajar mengangguk berkali-kali. “Alhamdulillah. Berkat kesabaran, doa dan keyakinan pada ALLAH. Sekarang, masih dalam proses mengenali dan memahami. Walaupun demikian, hidup berlangsung aman.” Dia berterus-terang.
Aisyah menyusun pinggan yang sudah dibilas di atas rak di tepi sinki. Hajar p**a hanya menjadi mandur yang memerhati. “Berapa lama ambil masa untuk memupuk cinta?” soal Aisyah lagi.
Hajar menarik nafas dalam-dalam. Dia tersenyum manis ke arah Aisyah. Cukup manis. Macam madu. “Bercintalah dengan ALLAH. Insya-ALLAH, DIA akan kurniakan rasa cinta kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA,” pendek sahaja jawapan yang diberi tetapi terkandung sejuta pengertian yang cukup mendalam.
“Alhamdulillah,” ucap Aisyah. Dia menepuk-nepuk belakang Hajar perlahan. Benar apa yang diperkatakan sahabatnya itu. Cintai ALLAH sepenuh hati. Cinta makhluk di atas muka bumi ini akan dapat ditakluki. Benar? Apapun, ALLAH lebih tahu segala sesuatu yang tidak kita ketahui.
Hajar berjalan ke arah jag yang terletak di atas meja bersebelahan dengan peti ais lalu menuangkan air ke dalam gelas yang tertulis ‘Ibrahim sayang Hajar’. Dia pun menghirupnya perlahan. Dia tersenyum memandang Aisyah.
“Namun, adik pasti bahawa dugaan ALLAH akan tetap ada. Cuma, tidak tahu bila dan bagaimana. Adik pun tak tahu. Adakah adik cukup bersedia untuk menghadapinya? Bukankah roda kehidupan ini sentiasa berputar? Sekejap-sekejap, kita berada di atas. Selepas itu, tengok-tengok sudah tersungkur di bawah,” tambah Hajar lagi. Mendatar sahaja suaranya.
Aisyah mengangguk membenarkan. Dia diam sejenak. “Dijah bagaimana?” Dia bertanya pendek. Wajah Khadijah tidak semena-mena muncul di benaknya.
Hajar hanya tersenyum. Tidak ada kata yang terluah dari bibirnya. Dia membiarkan sahaja soalan Aisyah tergantung di situ. Biarlah…
“Adik…” Aisyah memanggil Hajar lembut. Wajah Hajar ditenung tanpa kerdipan.
Hajar mengangguk perlahan. “Insya-ALLAH, semuanya baik-baik saja,” jawabnya dengar tidak dengar. “Dijah adalah seorang adik yang baik buat abangnya.”
Ya. Siti Khadijah merupakan seorang adik yang baik buat abangnya tetapi tidak untuk kakak iparnya. Hajar tidak berbohong. Apa yang pasti, hatinya acap kali terguris dan terluka kerananya. Hanya ALLAH yang tahu dan kepada DIA sahaja tempat dia mengadu.

SELESAImenunaikan solat sunat dhuha, Hajar pun berjalan
menghampiri suaminya yang begitu khusyuk membaca al-Quran. Dia duduk bersimpuh
di sisi Ibrahim. Sejak berbadan...

Wajah Hajar ditenung dalam-dalam. Dia tahu, senyum yang terukir pada bibir isterinya itu tidak cukup tulus. Ada sesuatu ...
01/06/2016

Wajah Hajar ditenung dalam-dalam. Dia tahu, senyum yang terukir pada bibir isterinya itu tidak cukup tulus. Ada sesuatu yang sedang bermain-main di dalam hatinya. Ibrahim cukup pasti! Meski sudah lebih seminggu Hajar sah bergelar isterinya, wanita itu tampak masih kekok untuk bermesra dengannya. Segalanya dilakukan bagai dipaksa-paksa. Senyumnya dalam paksa. Bicaranya juga tidak lahir dari dalam jiwa.
‘Astaghfirullah,’ ucap Ibrahim di dalam hati berkali-kali. Ujian apakah ini? Kehadiran Sarah pada hari persandingannya seolah-olah telah merencatkan segalanya.
Salahkah TUHAN yang telah mendatangkan ujian? - TIDAK!
Salahkah Sarah yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya? - Pun TIDAK!
Jadi, siapakah yang bersalah? Siapa p**a yang menjadi pesalah dan yang harus dipersalahkan? Entahlah… Ibrahim mendengus perlahan.
“Abang…” Hajar bersuara perlahan. Cukup perlahan. Hampir sahaja tidak didengari Ibrahim.
Ibrahim tersenyum. Kedua belah tangannya yang kasar menyentuh p**i gebu Hajar. Rambutnya panjang mengurai membuatkan hati lelaki itu berdegup kencang. “Ya, sayang,” balas Ibrahim lembut.
“Maafkan Hajar kerana membuat abang berasa serba salah. Maafkan Hajar, bang,” ucap Hajar setulusnya. Dia pun mencapai tangan Ibrahim lalu menciumnya berkali-kali. Bukan Hajar tidak berasa berdosa tetapi hatinya… Ah! Terlalu s**ar untuk dinyatakan. Terlalu payah untuk diluahkan. Hatinya terlalu pilu mengenangkan peristiwa semalam.
Ibrahim menggeleng berkali-kali. “Sayang tidak pernah berbuat salah pada abang…” Hanya itu yang mampu diperkatakannya.
Suasana sepi seketika. Hajar ingin bersuara tetapi bicaranya terlekat pada kerongkong. Dia tunduk memandang lantai. Ibrahim p**a, begitu sabar menanti. Dia tahu, Hajar memerlukan masa.
“Sayang…” Ibrahim memanggil Hajar lagi.
Hajar mendongak. Air matanya sudah membasahi p**i. Dia cuba menahan sebak tetapi semakin disekat, semakin kuat terjahannya. Hajar mengukir senyum tawar buat Ibrahim. Dengan harapan, senyum itu bisa menyenangkan hati suaminya.
“Sememangnya Sarah pernah hadir dalam hidup abang,” kata-kata Ibrahim terhenti di situ. Dia menarik nafas panjang. Kecelaruan ini harus diselesaikan segera. Khuatir akan berpanjangan. Mereka baru sahaja hendak bermula tetapi cabaran yang datang… tidak terjangkau dek fikiran sama sekali. “Manusia merancang. ALLAH juga merancang dan DIA jualah sebaik-baik perencana.” Dia terdiam lagi.
Dia cuba untuk menyusun ayat yang paling halus untuk diperdengarkan kepada isterinya. Khuatir hati wanita itu terluka lagi. “Ya. Sarah adalah wanita pertama yang hadir dalam hidup abang. Namun, cinta abang yang sebenar dalam sebuah ikatan perkahwinan yang sah, halal lagi diredhai ALLAH bukanlah untuknya. Wanita yang terpilih itu adalah Siti Hajar Sulaiman. Bukankah Hajar itu pasangannya Ibrahim?” Ibrahim terus mendakap erat tubuh isterinya membuatkan Hajar terpana seketika. Dia tetap membatu.
“Apa yang penting, sedari sekarang, kita sama-sama berusaha untuk membahagiakan rumah tangga kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kita sendiri yang membuat pilihan. Sayang, bantulah abang dalam menunaikan amanah ini. Kerana, abang tidak akan dapat melakukannya seorang diri. Abang memerlukan sayang dan sememangnya kita saling memerlukan.
Mulai hari ini juga, kita sama-sama berusaha mengejar redha dan cinta ILAHI. Cinta ini kita pupuk dan semai kerana-NYA. Itu pasti! Cinta kita bukan sekadar cinta di dunia tetapi biarlah sampai syurga. Abang menyayangi Hajar kerana ALLAH dan abang berjanji akan membahagiakan Hajar selamanya kerana ALLAH,” sambung Ibrahim lagi. Dia melepaskan dakapannya. Kemudian, dahi Hajar dikucup lama.
Air mata Hajar mengalir deras. Berasa berdosa p**a pada sang suami. Bukan dia hendak cemburu buta tetapi hatinya tetap mengkehendakinya. Semakin dibuang, semakin p**a ia mahu datang. “Ampunkan Hajar, bang…”

IBRAHIMmemilih untuk membawa isterinya berbulan madu di
Resort Tasik Raban yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Pekan Lenggong.
Nampaknya, lokasi percutian yang...

Kemudian, Khadijah berpaling p**a memandang sekeliling. Dia mencari-cari kelibat seseorang. Tidak ada! Dia melihat jam y...
31/05/2016

Kemudian, Khadijah berpaling p**a memandang sekeliling. Dia mencari-cari kelibat seseorang. Tidak ada! Dia melihat jam yang tersarung di pergelangan tangan kirinya. Sudah pukul 2.30. Dia mengeluh lagi. Namun tiba-tiba…
Matanya tertumpu pada susuk tubuh seseorang. Khadijah senyum sampai ke telinga. Dia terus berjalan laju menghampiri gadis itu. “Kak Sarah datang tepat pada masanya. Jom, kita jumpa abang.” Tangan Eisya Maisarah ditarik kuat.
Sarah terpana tetapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Tindakan Khadijah terlalu cepat. Alih-alih, dia sudah berdiri di hadapan Ibrahim dan isterinya. Waktu itu, Ibrahim sedang ralit melayan tetamu yang hadir. Sarah berdiri kaku.
“Abang…” Khadijah memanggil abangnya.
Ibrahim segera berpaling. Matanya membulat. Peredaran masa seolah-olah terhenti seketika. Mulutnya melopong. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Zulkarnain dan Aisyah yang berada tidak jauh dari situ turut terlopong mulut mereka. Sarah???
Khadijah tersenyum s**a melihat Hajar yang tidak berkelip memandang Ibrahim. Abangnya p**a tidak berkedip melihat gadis yang pernah hadir dalam hidupnya itu.
Wajah Hajar berubah. Kenapa hatinya tiba-tiba berasa lain macam? Seperti ada sesuatu dan sesuatu itu adalah perkara yang sama sekali tidak dikehendakinya. Dia berkalih ke arah gadis yang masih kaku tunduk memandang jalan tar.
“Selamat pengantin baru, Ibrahim,” ucap Sarah perlahan. Dia masih tidak berani untuk mendongak.
Ibrahim terkesima mendengar suara itu. Dia turut sama tunduk memandang jalan. Hatinya yang tadinya berbunga girang kerana sudah berjaya memetik bunga di taman tidak semena-mena menjadi gundah-gulana. Dia pun tidak dapat mengenalpasti sebabnya. Suasana sepi lagi.
“Baru-baru ni, terjumpa dengan Dijah di KLCC. Dijah yang jemput untuk menghadiri kenduri abang. Tahniah, bang,” sambung Sarah lagi.
‘Abang???’ Hajar menjerit sekuatnya di dalam hati. Dia memandang wajah Ibrahim dan gadis yang sedang berdiri di hadapan suaminya bersilih ganti. Adakah dia…
Khadijah yang sedari tadi hanya memerhati dengan senang hati berjalan mendekati Hajar. “Kak Hajar, perkenalkan… Kak Sarah,” ujarnya perlahan dan bersahaja.
Nafas Hajar turun naik. Seperti yang diduga, gadis itu adalah Sarah! Matanya berkedip berkali-kali. Hendak menangis sebenarnya. Kegembiraannya seolah-olah direntap kuat. Dia berpaling ke arah Ibrahim. Suaminya tetap tunduk. ‘Abang…’ bisik hatinya sayu. Reaksi Ibrahim tatkala berhadapan dengan Sarah cukup-cukup mengguris hatinya. ‘Ya ALLAH, berilah aku kekuatan.’ Dia merintih pilu.
Zaleha yang baru sahaja keluar dari rumah terkejut melihat Sarah yang sedang berdiri di samping Ibrahim dan Hajar. Tanpa lengah, cepat-cepat dia berjalan ke arah mereka. “Yim, Hajar…pergi layan tetamu,” arahnya lembut.
Ibrahim tetap tidak berganjak.
“Yim…” panggil Zaleha lagi.
Ibrahim mendongak. Dia tersenyum memandang emaknya. Kemudian, dia pun berjalan ke arah Zulkarnain yang masih memerhatikannya. Terlupa p**a pada Hajar yang tetap terpinga-pinga di hadapan Sarah. Entah. Akal Ibrahim seolah-olah gagal berfungsi dengan baik.
“Jemput makan, Sarah.” Zaleha mempelawa tetamunya makan.
Sarah segera menyalami Zaleha. Kemudian, dia berpaling ke arah Hajar semula. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Salam disambut. Hati mereka sama-sama berdegup kencang sebenarnya. “Tahniah,” ucap Sarah pendek.
Hajar hanya tersenyum kambing. Hatinya benar-benar terguris…
SIAP mengambil makanan, Sarah berjalan ke arah sebuah meja kosong. Dia mengeluh perlahan. Nasi minyak gulai kawah diperhati dengan pandangan kosong. Kemudian, dia menyuap nasi ke dalam mulutnya perlahan. Seleranya mati. Bukan setakat hari ini. Sudah berhari-hari dia tidak punya selera untuk makan.
Aisyah yang sedari tadi memandang Sarah dari kejauhan segera menghampirinya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan doktor muda itu.
“Apa khabar, Kak Sarah?” Aisyah memulakan bicara.
Sarah mendongak. Dia tersenyum kecil. “Alhamdulillah. Sihat,” balasnya pendek.
Aisyah duduk di sebelah Sarah. Kemudian dia memandang sekeliling. “Seorang saja, kak? Mana yang lain?” Dia berbasa-basi.
Sarah berhenti menyuap. Dia memandang tepat wajah Aisyah. Juniornya di UKM ini tetap seperti dahulu. Ramah dan tampak ceria. Cuma, badannya sahaja yang bertambah gempal. Bahagia agaknya.
“Akak datang berseorangan saja. Masih lagi bujang dan sekarang sedang menyambung sarjana di USM, Kubang Kerian.” Sarah berterus-terang.
Aisyah sedikit terkejut. Masih belum berpunya rupanya. Dahi Aisyah tidak semena-mena berkerut. Apakah motifnya Sarah hadir ke majlis perkahwinan Ibrahim? Pertanyaan itu tiba-tiba menerjah otaknya. ‘Kak Sarah, baik orangnya. Mustahil ada niat tersembunyi,’ Aisyah cuba menyedapkan hati.
‘Astaghfirullah,’ ucap Aisyah lagi. Tidak baik untuk bersangka-sangka kepada seseorang. Lebih-lebih lagi, persangkaan yang buruk. Bukan Aisyah tidak tahu. Kalau dia bersangka yang tidak baik kepada seseorang, terdapat kebarangkalian satu bilion manusia lainnya bisa bersangka buruk kepadanya. Bukankah ALLAH itu Maha Adil dan Maha Teliti penghitungan-NYA? Lagipun, Eisya Maisarah yang dia kenal bukanlah seorang yang sebegitu… busuk hatinya.
Sedang asyik Aisyah memerah otak merungkaikan apa yang sedang bermain di benaknya, dia tiba-tiba terpandang Khadijah. Gadis itu tersenyum lebar sampai ke telinga. Ekor matanya menjeling tajam kakak iparnya. Aisyah menggeleng berkali-kali. Dia pasti… dia sudah bertemu dengan jawapan yang dicari. ‘Khadijah, Khadijah…’
DARI satu sudut, Ibrahim nampaknya baru tersedar daripada kesilapannya sebentar tadi. Dia beristighfar berkali-kali. Cepat-cepat kakinya melangkah ke arah Hajar yang tetap setia mengukir senyum manis buatnya. Isterinya itu berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku, namun dia tahu, pasti ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik senyuman manisnya itu. “Sayang…” ungkapnya perlahan. Wajah Hajar ditatapnya.
Hajar hanya tersenyum. Tidak ada kata yang terkeluar dari bibirnya. Dia berasa sedih sebenarnya tetapi Hajar tetap berusaha keras menahan kepiluan itu. Hebat! Rasa hiba pun boleh ditahan-tahan.
“Sayang…” Ibrahim bersuara lagi.
Hajar tunduk memandang jalan. Dia menarik nafas dalam-dalam. ‘Astaghfirullah,’ ungkapnya berkali-kali di dalam hati. Kemudian, dia mendongak ke arah suaminya. “Abang…” Suaranya terketar-ketar.
Ibrahim memegang kedua belah lengan Hajar. Kuat. Lebih erat daripada genggaman tangannya tadi. Ikut hati, mahu sahaja dirangkul tubuh isterinya tetapi keadaan tidak mengizinkan. Banyak mata yang sedang memerhati. Dia tahu, Hajar sedang berhati walang saat ini. Senyumnya dalam paksa. Penuh kepura-puraan.
“Hajar nak jumpa Ecah kejap,” tambah Hajar lagi, memohon keizinan. Dia memandang tepat anak mata Ibrahim.
Ibrahim mengangguk perlahan. Hajar berlalu meninggalkan Ibrahim terkebil-kebil sendiri. Ibrahim buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Hajar pun seperti tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Air matanya mengalir perlahan pada hari pernikahannya…

Sesungguhnya… jodoh pertemuan, ajal maut
adalah di tangan TUHAN. DIA yang menemukan dan DIA jua yang kelak memisahkan.
Bukan itu sahaja bahkan...

Address

Putrajaya
62200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sinergi Monalisa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sinergi Monalisa:

Share