24/06/2026
🕌 JANGAN LEPASKAN PELUANG BERHARGA INI!
📝 Catat dan ambil perhatian tarikh penting berikut:
📅 9 Muharam 1448H (Tasu'a)
🗓️ Khamis, 25 Jun 2026
📅 10 Muharam 1448H ('Asyura)
🗓️Jumaat, 26 Jun 2026
✨ Hari 'Asyura merupakan antara hari yang penuh kelebihan dalam Islam. Pada hari ini, umat Islam dianjurkan untuk berpuasa kerana ganjaran yang sangat besar daripada Allah سبحانه وتعالى.
Daripada Abu Qatadah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ ditanya mengenai puasa hari 'Asyura, lalu Baginda ﷺ bersabda:
"Puasa 'Asyura menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu."
📖 (Riwayat Muslim, no. 1162)
🌿 Selain itu, umat Islam juga disunatkan berpuasa pada **9 Muharam (Tasu'a)** bagi menyelisihi amalan kaum Yahudi dan mengikuti hasrat Rasulullah ﷺ.
Baginda ﷺ bersabda:
"Jika aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan (Muharam)."
📖 (Riwayat Muslim, no. 1134)
🤲 Rebutlah peluang ini untuk menambah amalan, meraih keampunan dan menghidupkan sunnah Rasulullah ﷺ.
Puasa Tasu'a dan 'Asyura, dua hari yang ringan untuk dilaksanakan tetapi besar ganjarannya di sisi Allah.
🔄 Kongsikan peringatan ini kepada keluarga dan sahabat agar lebih ramai mendapat manfaat.
Dapatkan Buku Kumpulan Puasa Sunnah, Hukum & Keutamaannya Berdasarkan Al-Qur'an & As-Sunnah di https://shp.zone/2ihI