30/04/2023
Genap lah setahun buka
Dari satu chiller sekarang dah lima belas chiller dan freezer. Dalam setahun permulaan macam-macam ragam jumpa.
Cerita bab sale ,
Paling rendoh Sebulan boleh RM 2k- 2.5k kalau duduk bawah vendor nong . Paling rendah lagi 1.5k gitu la, tapi sore dua jah. Tu paling rendah.. Jarang benar jupo.
Bab tangungjawab,
Mungkin ramai Tak nampak betapa struggle nyo nong, nak buie orang kenal kedai, nok jaga perasaan vendor, jaga makanan demo. Sampai terlampau jaga perasaan perniaga2 vendor terabai perasaan sendiri. Dengan family tak soh cerita la, Kadang tu anak pun jumpa sejam jah sehari..
Sedangkan peniaga2 vendor yang letak makanan duduk rumah stay tunggu nong update apa habis.
Tunggu nong yang transfer,tak pun datang kedai ambik payment masing-masing.
Memang la vendor dah bayar payment sewa kat nong, tapi ketahuilah sewa tu tersangat murah berbanding vendor sewa kedai sendiri. Belum bab sewa mana nak bayar Bill api, air, staff. Erm Belum kira bab jualan tak habis, kadang makanan yang tak habis nong tolong bayar. Kesian kat perniaga2 yang modal tak seberapa.
Jangan kerap cerita bab orang susah sebab nong dah lalui fasa susah tu sebelum nong jumpa fasa sekarang.
Waktu susah kita usaha "hargai" orang yang bantu kita.
Waktu senang lagi laa kita kena seronok bantu orang ramai lagi.
Bukan nong minta lebih cukup sekadar ucap Terima kasih atau belanja la staff nong makan tak banyak, sikit pun jadi la.
Ni perjalanan Allah dah atur lancar , tapi kita leka .. kita terlampau selesa di level yang sama..
Kadang promote makanan sendiri pun tidak..
Naik tangga letak makanan , turun balik ulang benda yang sama..kadang tu makanan tak susun, mari letok pah g, nong OK lagi.
Promote memang dop doh, harap ke nong semua.. Tapi yang paling nong terasa pergi join vendor orang famous molek-molek jer promote.. Ermm
Tak bersuara macam...
Boleh kata.. Huishh berlemakk sangat dah semuaπ
Bermula bulan baru, nong nekad azam baru, kali ni nong kena tegas.. yang OK masih bersemangat kami kekal kan dan hormat, yang tak OK kami terpaksa remove.
Maafkan nong dan team kalau kami silap.
Sebab nong pun manusia biasa yang sentiasa cuba buat yang terbaik untuk semua yang ada dibawah nong π«Άπ»
Gitu la adat nya, orang berbahasa pada yang berbudi..
Nong nak bagi peluang kepada peniaga2 vendor baru yang ingin bersama nong. Boleh wasap 0166681700 untuk hantar tester.