THINK QURAN Pahang RAUB

THINK QURAN Pahang RAUB Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from THINK QURAN Pahang RAUB, Religious Bookstore, taman amalina perdana, Raub.

AssalamualaikumKepada yg belum cuba apps ajaib belajar bahasa Al Quran boleh klik link di komen.
23/06/2023

Assalamualaikum
Kepada yg belum cuba apps ajaib belajar bahasa Al Quran boleh klik link di komen.

Assalamualaikum, anda semua dijemput hadir ke ๐“๐ก๐ข๐ง๐ค ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐…๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ฏ๐š๐ฅ yang bakal diadakan selama 3 hari. Masuk adalah ๐๐„๐‘๐‚๐”...
16/06/2023

Assalamualaikum, anda semua dijemput hadir ke ๐“๐ก๐ข๐ง๐ค ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐…๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ฏ๐š๐ฅ yang bakal diadakan selama 3 hari. Masuk adalah ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€! ๐Ÿ˜

โœ…Pameran Artifak Rasulullah SAW & Para sahabat
โœ…Demo Think Quran
โœ…Pameran Cryptokhat
โœ…Persembahan Hijjaz dan artis lain
โœ…Pertandingan Mewarna
โœ…Roda Bertuah
โœ…dan banyak lagi ๐Ÿ˜ฑ

Yang paling best, banyak hadiah yang menarik untuk dimenangi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan cipta memori dan keseronokan di #๐“๐‡๐ˆ๐๐Š๐๐”๐‘๐€๐๐…๐„๐’๐“ bersama keluarga dan kawan-kawan. ๐Ÿฅฐ

09/06/2023

Jom berbelanja di Pasaraya Pantai Timor Raub dan dapatkan sebotol susu soya Soy Master secara percuma dengan hanya mengikuti langkah-langkah mudah!! ๐Ÿ˜๐Ÿคฉ๐Ÿฅณ

Tawaran ini berlangsung pada 8 hingga 14 Jun 2023.

"Ya Allah...bestnya kalau boleh faham makna surah yang dibaca waktu solat. Boleh feeling, khusyuk pun ya.Umur dah 40 tah...
03/06/2023

"Ya Allah...bestnya kalau boleh faham makna surah yang dibaca waktu solat. Boleh feeling, khusyuk pun ya.

Umur dah 40 tahun, kalau baca Quran dapat faham berganda-ganda alangkah bagusnya!"

Terkini! Ada aplikasi yang boleh bantu cepat faham Quran dengan cara menyeronokkan.

Mudah je cara gunanya. Macam main game, tapi ini game yang lagi lama main lagi banyak pahala!

THINK QURAN aplikasi pertama di Malaysia yang boleh bantu kita faham bahasa Quran dengan mudah dan cepat.

Kaedah mudah belajar bahasa Arab
๐Ÿ’œ15 minit sehari
๐Ÿ’œGuna teknologi A.I Al Quran
๐Ÿ’œTanpa asas bahasa arab
๐Ÿ’œ Sesuai semua peringkat umur
๐Ÿ’œ Faham 1000 kalimah, faham 80% Al Quran!

MasyaAllah semudah itu?

Ya syukur Alhamdulillah syarikat Think Osem Sdn Bhd sebuah syarikat pembangunan aplikasi dan pakar dalam IT hasilkan aplikasi ini.

Sebelum ini, mereka bangunkan aplikasi premium pendidikan Think Osem untuk UPSR & SPM.

Jom cuba Think Quran daftar PERCUMA di sini --->
MadrasahThinkQuran.com

27/05/2023
26/04/2023

Semalam saya duduk dengan anak saudara, anak kepada adik. Dia sedang belajar agama secara tradisional. Belajar 100 buah kitab.

Sekarang dia telah tamat 70 buah kitab.

Pada akhir pembelajaran 9 tahun, dia kena hafal al Quran, tamat belajar 100 buah kitab dan keluar berdakwah selama setahun.

Saya beritahu dia mudah sahaja. Apa jua yang kita belajar akan hilang jika tidak diulang dan sebati dalam jiwa.

Tiada kitab yang lebih autentik selain dari al Quran. Di Barat hari ini rata rata mereka yang memeluk Islam lantaran mula ambil tahu apa yang ada dalam al Quran.

Sebelum ini mereka tidak tahu pun apa yang ada dalam al Quran kerana propaganda memburukkan Islam oleh barat.

Sebaliknya berlaku dalam masyarakat kita.

Orang yang mengajar atas masjid dan surau, kurang membawa bahasa al Quran sebaliknya banyak menggunakan perkataan manusia - mengepek, membebel dan marah marah.

Anak saudara bertanya, maksudnya?

Saya beritahu, merewang dan bergebang pakai otak sendiri. Ucapan tanpa adab dan akhlak penceramah p**a tidak sebanding dengan apa yang dituturkan.

Hati manusia tidak akan terbuka dengan menggurui - aku penceramah orang baik, mung (anda) pendengar orang jahil.

Sebaik baik perkataan adalah dari al Quran, kita berkongsi belajar memahami bahasa al Quran.

Saya beritahu lagi, cuba ingat surah al Hajj ayat 5. Ia tentang bagaimana penciptaan manusia.

Pada hujung ayat itu Allah menyebut,

"Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air (hujan) di atasnya, hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan (tetumbuhan) yang indah."

Itu terjemahan bahasa Melayu.

Cuba semak bahasa Inggeris - sahih international menyebut, "And you see the earth barren, but when We send down upon it rain, it quivers and swells and grows [something] of every beautiful kind."

Dan Yusof Ali menterjemahkannya, "thou seest the earth barren and lifeless, but when We pour down rain on it, it is stirred (to life), it swells, and it puts forth every kind of beautiful growth (in pairs)."

Quivers adalah bergetar untuk menyebabkan (sesuatu) partikel halus di bumi bergerak naik ke dalam dan melalui udara atau air . Zarah kecil memulakan gerakan zigzag yang serampangan

Stirred (to life), it swells, and it puts forth every kind of beautiful growth (in pairs) digerakkan (untuk hidup), ia membengkak, dan ia menumbuhkan segala macam tumbuh-tumbuhan yang indah (berpasang-pasangan).

Satu. Bahasa al Quran itu sangat tinggi. ia kekal begitu sejak 14 abad yang lalu. Tidak berubah. Autentik.

Kedua, al Quran mengadungi fakta sejarah dan saintifik yang jelas dan terbukti. Lihat ayat di atas ianya hanya di temui dalam ilmu botani oleh Robert Brown pada tahun 1827.

Apabila hujan turun, bumi bergetar dan zarah kecil naik ke udara dalam bentuk serampangan (haphazard zig zag motion)

Semua ini akan membawa banyak pencerahan apabila kita faham bahasa al Quran dan bukan sekadar mendengar celoteh antara maghrib dan isya.

Saya berpesan kepada anak saudara gunakan ilmu untuk kebaikan dan dalami apa jua yang ada dalam al Quran dan kita akan temui banyak lagi khazanah berharga super mahal dan bukan sekadar mengutip cengkerang tanpa mutiara di pantai.

Ketiga, al Quran menyebut nilai nilai yang universal. Di terima oleh semua manusia. Tiada perdebatan.

Yang salah adalah manusia yang berkongsi,tidak mempamerkan personaliti seperti apa yang dituturkan.

Orang Islam lebih banyak membaca buku moden dan kurang menggali khazanah supermahal dalam al Quran.

Orang Islam moden ramai (bukan semua) ambil rasuah dan riba tanpa takut dan kerjakan umrah seperti melancung dan kalut dengan konten tanpa fokus pada ibadat atas masjid.

Kita berharap dengan Islamnya pemikir barat, mereka akan bantu menemukan keindahan al Quran yang terlindung selama ini lantaran lupa akan pentingnya menguasai bahasa al Quran.

Insya Alllah. Think Quran.

Address

Taman Amalina Perdana
Raub
27600

Telephone

+60137679824

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when THINK QURAN Pahang RAUB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to THINK QURAN Pahang RAUB:

Shortcuts

Share