31/03/2016
Buku ini adalah kompilasi kepada cerita-cerita anak muda yang mahu berkongsi rasa mengenai kehidupan, tuhan, cinta, agama, sosial dan etika masyarakat.
Kehidupan manusia yang tak akan lari daripada cinta. Cinta yang diutarakan merupakan suatu bentuk harapan yang mana terkadang dikhianati manusia itu sendiri. Dan, cinta yang tiada sempadan dan batasan cuma cinta Tuhan. Cinta biasa gagal dan meruntuhkan manusia. Maka, ingin membangkitkan kembali, perlu kepada satu pemahaman dalam memberi makna kepada cinta yang digagalkan.
Manusia moden tidak lari daripada bertuhankan media sosial. Penulis menggambarkan parahnya manusia kini yang pergantungan mereka pada teknologi lebih daripada Tuhan Esa yang diimani. Malah, kebergantungan ini hanya memisahkan manusia dengan manusia yang lain sehingga menutup ruang muafakat. Masalah juga timbul jikamana inovasi yang diwujudkan sebagai satu jalan penyelesaian, hanyalah sekadar bahan untuk diagungkan semata.
“Dia tersenyum pada dunia. Sebab sesungguhnya kehidupanlah yang memberi kehidupan. Sedangkan kau, yang mengira dirimu seorang pemberi sebetulnya hanyalah seorang saksi. Dan kau, kaum penerima, ya engkau semuanya tergolong penerima” – Khalil Gibran
Memberi pencahayaan kepada pembaca tentang impak hidayah Tuhan yang hanya milikNya dan manusia tidak kurang lebih hanya medium penyampaian.
Golongan muda kini dihidangkan dengan semangat yang melawan. Melawan keadaan yang menyekat pemikiran. Pemikir-pemikir yang progresif bangkit mengkritik system pendidikan negara yang umpama kandang kambing, hanya pandai menternak dan kemudian akan disembelih. Baudrillard berkata sinis “Kebenaran adalah hal yang ditertawakan”. Ini membuktikan sikap manusia yang menafikan kebenaran hanya mengutamakan kepentingan diri. Dan akibat kebenaran yang terhalang , hanya terpinggir di sisi Tuhan yang bakal didedahkan di hari kemudian.
Melihat gerak tari anak muda dalam menjuarakan ilmu dari segala perkara. Kerna ilmu bakal menerobos segala dinding-dinding yang menghalang kebebasan.
Tuhan juga tak terlepas daripada dijadikan isu polemik dalam kalangan makhlukNya sendiri. Masyarakat yang pelbagai agama dijadikan platform untuk sesetengah golongan mencari untung dengan mempertaruhkan nama Tuhan dan perkauman.
Tuhan kini lemah sehingga perlukan pembelaan kerna takut namanya yang disembah manusia dipijak henyak. Manusia menyembah simbol Tuhan tapi bukan pada indahnya zat Tuhan.
Oleh itu, melalui buku ini anak muda cuba sedaya upaya untuk menyedarkan masyarakat yang dipermainkan agar peroleh tenaga untuk melawan kembali. Apakah cara yang paling dekat untuk mengubah masyarakat?
Dengan itu, buku ini menjawab persoalan, “Bagaimana kita mengubah dengan buku?”
Jangan ketinggalan!
Pm/WhatsApp ke talian 013-5990515