13/06/2022
MEMPERKENALKAN RIWAYAT
โnak mulakan kedai buku, bukanlah sesuatu yang kami impikan atau pasang angan-angan untuk esok, minggu depan atau 3-4 tahun lagi TETAPI sesuatu yang kami nekad perlu buat sejak semalam, minggu lepas atau 3-4 tahun yang lepasโ
Saya ingin mengumumkan penubuhan sebuah kedai buku independent di tengah-tengah Kuala Lumpur, yang kami namakan sebagai RIWAYAT. Masing-masing tentunya mempunyai cerita atau pengkisahan sendiri, dan kewujudan entiti ini tentunya sebuah permulaan riwayat kami.
RIWAYAT ini merupakan sambungan daripada Kedai Buku Titiwangsa. Ada sedikit perbezaan dalam arah dan hala tuju yang mencetuskan idea, selain membuka kotak pandora yang kami belum terokai selama ini.
RIWAYAT akan menjadi sebuah ruang fizikal penjualan buku-buku, antara baru dan lama, antara biasa dan langka, antara sastera dan fakta dan yang paling penting, dikelola untuk memberi akses kepada bahan-bahan berkualiti dari luar dan juga tempatan. Ada peluang interaksi, peluang untuk aktiviti dan ruang untuk komuniti.
RIWAYAT akan teruskan denyut nadi perjuangan pengusaha-pengusaha kedai buku sedia ada, RIWAYAT akan cuba menambah selera peminat-peminat buku yang ada, RIWAYAT akan cuba mengisi ruang-ruang kosong dan lompong dalam ekosistem industri buku kita dan RIWAYAT juga akan cuba menambahkan sedikit warna pada imej dan karakter KUALA LUMPUR.
AKAN DATANG!