Mokcik Purple's Shop

Mokcik Purple's Shop Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mokcik Purple's Shop, Shopping & retail, Bukit Beruntung, Rawang.

28/10/2023

KEK COKLAT MOIST KUKUS. SEDAP & TAK MUAK. Senang jak buat. Simpan nanti cuba buat 😋

Resepi kek coklat
1 cwan serbuk koko
1 cwan gula pasir
1 cwan minyak masak
1 cwan susu pekat
1 cwan susu cair
semua bahan ni dimasak sekejap,jgn sampai menggelegak sekadar semua sebati tutup api ketepikan.
4 biji telur gred A

1 cwan tpg gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
ketiga bahan ni diayak.

dah agak suam bahan yang dimasak tdi masukkan kedlm blander, masukkan 4 biji telur, bland sekejap kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat,bland sehingga semua nyer sebati.
panas kn pengukus terlebih dahulu.
loyang sapukan sedikit Planta kemudian masukkan adunan kek.
nampak air dh mendidih masukkan adunan kek tadi.
kukus selama 45.
api sederhana yer.
cikza gandakan bahan tu nampak kek besar.

Kredit noriza awang hamat

28/10/2023

RESEPI MEE BANDUNG ABANG

2 sudu cili kering kisar (ikutlah nk pedas mana)
Air Rebusan daging
3 ulas bawang putih -
½ biji bwg besar..
udang kering kisar
daging /udang
sawi
garam, gula
1 sudu besar sos tiram

Bancuh air tpung jgung sikit je.. Bg pkat sikit je
-tumis bhn racik sampai wangi
-masukkn udang kering sampai wangi
-masuk sos tiram, daging rebus dulu
-masuk air sampai didih (terpulang nk b*k mana)
,garam, gula
-last baru masuk udang
*, pecah telur sebiji
*mee basuh, tos pastu rendam dgn air panas kejap
Kalau buat kat rumah.. Korang blend skali keledek.. Bg pekat.. Kalau buat mee kari blend kentang... Mmg sedapppp.. Pekat
Kalau nak kisar pon bole.. Tp sini buat bila org order... Ketuk2 campak je... Hihi
Ni untuk sorang makan

28/10/2023

PAPRIK AYAM THAI

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam- garam kunyit & goreng separuh masak
2 btg serai.- titik
6 helai d.limau purut
2 camb sos cili
2 camb sos tiram
2 camb sos tomato
2-3 sudu pes tomyam
2-3 sudu cili kering blend
1 bj bwg holland- potong bulat
1 bj cili benggala merah
Cili api ikut pedas masing2- belah 2 / ketuk je
Kacang pjg, bunga kobis , carrot & jagung muda
1 cawan air...(kl nk berkuah sikit..tambah air ikut kepekatan yg disukai).

Bahan tumbuk:
5 ulas bwg merah
7 ulas bwg putih
1 inci halia

Cara-Cara:
1. Tumis serai & bhn tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkn cili blend.Masak hingga garing dan pecah minyak.
3. Masuk sos cili, sos tomato, sos tiram, pes tomyam serta daun limau purut. Masukkn air
4. Bila dah didih, masuk ayam dan semua sayur yg disukai..
5. Isi garam, sedikit gula & perasa secukup rasa. Kacau sebati.
6. Masukkan bwg besar..tutup api.

[Resepi: Sheena Ainn]

28/10/2023

🌸 KERUTUK AYAM 🌸

1/2 ekor ayam..dipotong
1 cawan santan
2 sudu kerisek
7 tangkai cili kering.
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 bungkus rempah kerutuk adabi
1/2 bungkus rempah kari adabi
Air
Minyak
Garam
Gula melaka

Cara

Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blender...(rebus dulu cili kering )
Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar...masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka (supaya bahan tumisan cepat garing)...
Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk....masukkan sedikit air, kacau...kemudian masukkan ayam...
Gaulkan...masukkan kerisik dan santan..
Kacau sampai pekat dan agak kering...sebelum tu masukkan garam...rasakan...tengok pekat ikut cita rasa masing²

28/10/2023
28/10/2023

ROTI ARAB HOMEMADE

Bahan doh :
3 cawan tepung gandum
1 ½ sudu kecil yis mauripan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
1 cawan (lebih kurang) air suam

*Satukan tepung, yis, gula, garam dan minyak dalam satu bekas. Gaul sebati, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Adunan macam buat roti puri je. Uli beberapa minit kemudian rehatkan doh selama 1 jam. Selepas tu, tumbuk doh dan uli semula dan boleh bulat bulatkan doh sebesar penumbuk. Kemudian leperkan doh dan roll sedikit nipis.

Sedia untuk digoreng atas non-stick pan tanpa minyak. Guna api sederhana atau boleh dibakar guna oven. Roti akan nampak naik sedikit.

Satu adunan tu saya dapat buat 6 keping. Untuk makluman, roti ni tiada rongga. Potong 2 terlebih dahulu, kemudian belahkan bahagian tengah roti supaya jadi "poket". Sedia untuk masukkan inti kebab.

Bahan inti kebab daging :
1 Paket Daging Burger Ramly
1 Biji bawang Holland (potong dadu)
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Sedikit lada sulah
Timun (dipotong dadu)
Tomato (dipotong dadu)
Mayonis

*Panaskan kuali, Masukkan daging burger dan hancurkan. Biar daging keluarkan minyak dan sedikit kecut. Masukkan bawang holland. Tambahkan sos sos yang ada. Masukkan juga lada sulah, seasoning dan kacau hingga daging masak. Tambahkan timun dan tomato, kacau sebati dan tutup api.

Ambil roti yang telah dihiris, sapukan mayonis pada bahagian dalam roti, kemudian sumbatkan inti daging burger yang sudah dimasak. Tambah sos jika perlu. Sedia dihidangkan.

kredit : Cik Puan Masz

27/10/2023

Kek coklat moist

Bahan A :
1 cwn serbuk koko (guna yg dark lg sdp)
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
**masak atas api perlahan, kcau hingga x berketul..

Bahan B :
1 1/4 cwn tepung gandum
1sk soda
1sk baking
*ayak bahan di ats..
3 biji telur gred A
1sk esen vanila

Cara-cara :
1) Masukkan telur sebiji2 ke dlm bahan A.. setiap kali msukkan telur mix 1 minit..
2) Masukkan esen vanila..
3) Masukkan bahan2 yg diayak dan mix sebati..
4) Sapu minyak pada loyang size 8.. mmg sje guna loyang besar nk bg kek nipis😁 lapik baking paper tuangkan adunan..
5) Kukus 50 minit atau hingga masak, api sederhana ye...

Utk toping plk, Ira xdk sukatan main agak2 rse ok, manis smua tu.. kek choc ni klau pahit2 skit bru ad umphhh😜

Toping :
Serbuk koko
Susu cair
Susu pekat
Shortening @ minyak sayuran
*masak ats api perlahan.. tnggu kek dh sejuk bru tuang ats kek..

Kredit: Nurul Syafirah

27/10/2023

Address

Bukit Beruntung
Rawang
48300

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+60132485727

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mokcik Purple's Shop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share