02/02/2022
Tips untuk membeli barang kemas dalam store PG Jewel
Harga
1. Cek harga pergram di Banner store PG Jewel dalam Pgmall, harga barang kemas PG jewel ni ikut kempen , sebagai contoh jika ada kempen khas seperti Minggu Gaji, kempen Hari Ibu, kempen Gold Cultural Day dan apa-apa jua kempen yang lain
2. Tengok juga dekat banner kadang-kadang ada promosi upah tukang yang diberi diskaun sehingga 50% ( upah tukang yg normal sehingga tarikh nota ni ditulis ialah RM30/gram) kalau ada diskaun maknanya dapatla RM15
3. Kadang-kadang ada juga offer diskaun caj epp premium ,Caj EPP premium pada kadar biasa tanpa offer ialah RM10/gram. If ada offer boleh juga dapat RM5/gram
Tips seterusnya, macam mana nak pilih barang kemas di alam maya ni? Maklumlah selalunya boleh pegang , belek, test pakai dan sebagainya.
Namun disebabkan pendamik covid-19 ni kita kena belajarla baca.. baca…baca…. Description setiap barang yang nak beli
1. Ukur dulu.. Cara nak ukur paling bagus ialah pakai tali tape yang orang buat menjahit tu, lebih tepat.
Tips nak ukur pergelangan tangan ni sebaiknya ikut pengalaman cikjun better lebihkan sedikit sebab apa lebih, at least boleh pergi potong, kalau terkurang jenuh kena tambah p**akla sikit. Ini untuk rantai tangan yang boleh potong
Jika jenis yang pandora, bangle wajib ambik ukuran yang paling ideal dengan tangan sebab tak boleh potong dik!
2. HOLLOW @ SOLID ( hollow – kosong, solid- padu)
Dua dua informasi ni ada ditulis di bahagian description dalam setiap design barang kemas PG Jewel
Nak pakai yang solid atau hollow terp**ang masing-masing punya cara pemakaian, jika lembut lemah gemalai macam cikjun ( eh korang kena baca lasak, keras,kalut malut), pilih yang solid dan design simple2 jangan nak ngada-ngada ketum bagai buat pakai harian, cangkul tanah, cat rumah lepas tu daun tu hilang terus claim produk tak kualiti. Tengok design saying saying smeua.. tengok design.. dan pakailah dengan berhati-hati, masa nak buat kerja lasak, tanggalkan dulu barang kemas tu, bukan sapa nak tengok kita cangkul rumput di laman ataupun goreng ayam dalam kuali mahal tu kan
3. Design dan berat pada kadar padan patut
jika kita beli rantai tangan berat 3 gram, maka kita tak boleh aspect macam beli 20 gram dari segi halus, tebalnya tu. Padan patut dengan design, sudah pasti halus serta kebarangkalian putus amat tinggi.
Barang yang kita dapat padanlah dengan gram emas yang dibayar, jadi elakkan” over expectation”kata orang kampung saya
4. Lepas dah bayar, tunggulah dengan sabar. Minimum seminggu hari bekerja, sampainya barang u alls tu InsyaAllah sebab postage PG Jewel ada insurance coverage. Incase lah hilang ada procedure untuk claim. Bagi yang buat EPP dan dah habis bayar, tunggu barang sampai