07/09/2020
❤Assalamualaikum & Selamat Pagi❤
🌹Tazkirah subuh pagi itu benar-benar mengusik jiwa. Ustaz yang mengajar memberi nasihat ringkas, namun amat tuntas. Katanya,
🌹"Tanda Allah cinta, Allah berikan hati yang mengingatiNya. Sering Allah uji dengan musibah, untuk memaksa hati mengingatiNya.
🌹Lalu benarlah bukti Allah cinta. Allah akan menguji. Dan ada Jannah, di sebalik musibah."
🌹Begitulah. Kadang Tuhan mahu uji itu ia akan datang dengan pelbagai pakej rupa dan cara. Pahit, kelat, sampaikan susah nak lupa.
🌹Namun bila ingat kembali sudah banyak juga musibah Tuhan telah selesaikan untuk kita.
🌹Fokus pada apa yang dimiliki sekarang ini. Jalan terus, itulah membahagiakan.
🌹Tetap tenang. Tuhan sedang mengingati kita.
🍀Sharing from Arif Sukri