Zs bukan biasa-biasa

Zs bukan biasa-biasa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Zs bukan biasa-biasa, no. 27, Segamat.

TIPS NAK JIMAT BELI BARANG SEKOLAH DENGAN LEBIH BERBALOI DAN LOGIK❤️Walaupun  fika masih belom ada anak yang bersekolah ...
29/12/2019

TIPS NAK JIMAT BELI BARANG SEKOLAH DENGAN LEBIH BERBALOI DAN LOGIK❤️

Walaupun fika masih belom ada anak yang bersekolah tapi rase nak share la tips cara nak shopping barang sekolah untuk kawan2 yang ada anak bersekolah tu mane tahu boleh membantu kwn2 fika semua🥰

Boleh share dengan kawan2 yang lain jugak ok❤️

Tips nya:

1. Jangan tamak
➡️Sempena musim cuti sekolah, banyak pasar raya menawarkan harga-harga diskaun terhadap kelengkapan persekolahan. Jadi ibu bapa perlu membuat bajet sendiri untuk setiap anak mengikut keperluan, bukannya kehendak.

2. Uniform masih elok
➡️Bagi anak-anak yang sudah bersekolah, mungkin uniform sebelum ini masih elok, jadi anda boleh tambah pakaian baharu sehelai sahaja.

3. Kasut sekolah
➡️Tidak perlu membazir membeli sehingga tiga pasang seorang. Cukup sekadar bersederhana kerana kasut sekolah bewarna hitam lebih mudah dijaga. Kecuali jika anak anda pelajar lasak, mungkin anda boleh standby sepasang lagi selepas beberapa bulan bermulanya sesi persekolahan tahun depan.
Begitu juga stokin, biasanya budak lelaki lebih kerap p**ang dengan stokin berlubang. Jadi, cara paling elok siapkan stok untuk masa kecemasaan dan beli ketika adanya promosi. Lebih jimat!

4. Alat tulis
➡️Peralatan menulis sama ada pensil, pen, pembaris, pemadam dan pensil warna juga antara yang perlu disediakan untuk kegunaan anak-anak. Beli stok jika ada tawaran diskaun dan simpan di tempat khusus kerana biasanya barang-barang yang dibawa murid sekolah rendah kerap 'hilang' sama ada mereka lalai atau tersalah letak di kelas.

5. Pelajar sekolah menengah
➡️Biasanya bagi yang akan berpindah dari sekolah rendah ke peringkat menengah tentu sekali uniform baharu diperlukan. Bagaimanapun, kerenah pelajar sekolah menengah semestinya berbeza berbanding murid di sekolah rendah, tentunya lebih tenang menjelang musim persekolahan nanti.
Bagaimanapun, ragam si remaja ini lain p**a caranya kerana peralatan sekolah yang baharu seperti beg atau alatan tulis yang diinginkan tentu sekali dengan design lebih matang.

6. Beli awal
➡️Apa yang penting, ibu bapa jangan tunggu hingga akhir Disember untuk menyiapkan semua kelengkapan sekolah anak-anak. Kelengkapan tersebut disarankan dibeli lebih awal kerana selepas itu anda perlu memikirkan p**a yuran persekolahan dan buku anak-anak.
Semoga tips yang fika share ney dapat membantu kawan2 fika yang lain insyallah semoga urusan kita dipermudahkan❤️🥰

“SALAM JUMAAT”Sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyaam’ (Penghulu Hari...
27/12/2019

“SALAM JUMAAT”

Sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyaam’ (Penghulu Hari) yang paling utama dan paling mulia di sisi Allah Ta’ala.

“TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA”Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut...
26/12/2019

“TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA”

Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.

Address

No. 27
Segamat
85000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zs bukan biasa-biasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share