13/02/2024
A๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐ "๐ณ๐๐๐๐
๐๐ ๐น๐๐๐"
Bilik dobi bukan hanya berfungsi sebagai tempat membasuh pakaian, malah ruang ini juga boleh dijadikan tempat menggosok baju, melipat pakaian, mengering dan menggantung pakaian.
Antara tips penting dalam rekaan bilik dobi atau Laundry Room Design:
1. Lokasi & Susun Atur Ruang
Pilih lokasi bilik dobi di bahagian yang jauh dari bilik tidur dan ruang public supaya bunyi mesin basuh tidak menggangu ruang lain. Susun atur bilik dobi mestilah mengikut saiz ruang tersebut. Rancang dulu di mana hendak letak mesin basuh, ruang sink, tempat menggantung dan menggosok baju selain ruang penstoran yang menjadikan bilik dobi lebih tersusun dan kemas.
2. Jenis Mesin Basuh & Pengering
Rekaan bilik dobi juga bergantung kepada jenis mesin basuh dan pengering sama ada dibeli secara berasingan atau dwi fungsi.
Walaupun saiz kedua-dua mesin itu adalah lebih kurang sama, namun anda masih boleh pilih sama ada membeli mesin front loader (dibuka di depan) atau top loader (dibuka dari atas). Jenis mesin basuh front loader lebih menjimatkan ruang kerana anda boleh tambahkan meja di atasnya.
3. Ruang Penstoran
Storage area atau ruang penstoran adalah sangat penting dalam rekaan bilik dobi. Maksimumkan ruang kabinet tak kira dalam bentuk terbuka atau tertutup. Bahan pencuci sesuai diletakkan di bahagian atas supaya susah dicapai oleh kanak-kanak. Sediakan ruang menggantung pakaian berhampiran dengan tingkap supaya pakaian mudah kering. Beli aksesori untuk menggantung setereka dalam kabinet jika anda mahu menggosok pakaian dalam bilik dobi.
4. Sink & Ruang Membasuh
Pilih sink yang lebih besar atau dalam jika anda s**a merendam pakaian sebelum membasuh.
Jika ruang dobi anda luas, panjangankan ruang kerja membasuh baju atau table top supaya memudahkan anda memberus pakaian di atasnya.
5. Dekorasi
Jika mahu menjadikan bilik dobi lebih menarik, anda boleh tambah tumbuhan renek, bakul dobi dengan rekaan ceria dan cermin supaya ruang nampak lebih luas.
Pemilihan jubin atau tiles juga boleh menjadikan laundry area nampak lebih luas dan cantik. ๐๐