23/02/2026
PROGRAM PELANCARAN PRODUK BAJA & LAWATAN KILANG
Alhamdulillah, Syarikat Sah Pengedar Baja Seri Panji Alam berbesar hati menerima jemputan daripada pihak Union Harvest bagi menghadiri Program Pelancaran Produk Baja Baharu & Lawatan Kilang Baja.
Dalam program ini, pihak Union Harvest telah memperkenalkan produk baja terbaharu mereka, Kali Xtra, yang bakal memasuki pasaran Malaysia. Produk ini dijangka memberi nilai tambah kepada sektor pertanian melalui formulasi yang lebih efektif dalam meningkatkan kualiti serta hasil tanaman.
Lawatan kilang ini turut memberi peluang kepada kami untuk melihat sendiri proses pengeluaran, sistem kawalan kualiti serta teknologi yang digunakan dalam memastikan setiap produk yang dikeluarkan berada pada tahap piawaian terbaik.
Terima kasih kepada pihak Union Harvest atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada Seri Panji Alam sebagai pengedar sah. Semoga pelancaran Kali Xtra ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dan terus menyokong kemajuan industri pertanian negara.
PertanianMalaysia