Mulaqa Bookstore

Mulaqa Bookstore Sebuah kedai buku yang dimiliki oleh Akademi Jawi Malaysia.

16/08/2026

Bicara Shaykh Abdullah Fahim bersama
- Shaykh Nazrul Nasir
- Dr Hasanuddin Yusoff
- Moderator: Muhammad Syukri Rosli

05/07/2026

Ikuti perbicaraan terbitan baharu Sastera Alam dari Alam Sastera bersama Dato Seri Zaini Ujang, Dr Norhayati Ab Rahman, Dr Wan Izar Haizan dan Rebecca Ilham

๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—ง ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฐBerita baik buat semua para pembaca dan pencinta buku! Akademi Jawi Malaysia bakal melangs...
27/11/2024

๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—ง ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ
Berita baik buat semua para pembaca dan pencinta buku!

Akademi Jawi Malaysia bakal melangsungkan Jualan Buku Akhir Tahun bermula 27 November sehingga 31 Disember 2024. Tawaran diskaun sehingga 90% untuk judul-judul terpilih!

Anda berpeluang memiliki hampir 150 judul menarik meliputi pelbagai genre seperti agama, sejarah, falsafah, bahasa, sastera dan sains daripada pelbagai rumah penerbitan.

Antara judul yang menarik:
โ€ข Historical Atlas of the Religions of the World
โ€ข The Cultural Atlas of Islam
โ€ข ISTAC Illuminated
โ€ข Set Monograf Pahang Dalam Sejarah
โ€ข Set Yayasan Karyawan

dan banyak lagi buat tatapan anda semua.

Lokasi:
Akademi Jawi Malaysia
8, Jalan Puteri 2A/6
Bandar Puteri Bangi
43000 Kajang, Selangor

Isnin - Jumaat | 9.00pagi - 5.00petang
Jumaat - Sabtu | 6.00petang-11.59malam

Risalah ini mengetengahkan wacana falsafah dalam bentuk cerita. Ceritanya bertumpu kepada watak Hayy Ibn Yaqzan dalam me...
19/11/2024

Risalah ini mengetengahkan wacana falsafah dalam bentuk cerita. Ceritanya bertumpu kepada watak Hayy Ibn Yaqzan dalam mencari kebenaran bersumberkan โ€˜aqal fikiran.

Istimewanya karya ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu-Jawi pada awal abad ke-20, iaitu pada zaman permulaan perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Penterjemah berjaya menggarap wacana falsafah dengan menggunakan kerangka tradisi bahasa Melayu-Jawi.

Dapatkan di pautan: https://www.akademijawi.my/product-page/risalah-hayy-ibn-yaqzan

๐Œ๐šโ€˜๐ฆ๐š๐ฅ ๐‰๐š๐ฐ๐ข โ€“ Diperkenalkan! Sebuah usaha buat anak bangsa untuk kita dapat bersama-sama Memasahadapankan Jawi. Kini and...
21/10/2024

๐Œ๐šโ€˜๐ฆ๐š๐ฅ ๐‰๐š๐ฐ๐ข โ€“ Diperkenalkan!
Sebuah usaha buat anak bangsa untuk kita dapat bersama-sama Memasahadapankan Jawi.

Kini anda boleh menerokai, mempelajari, dan mengโ€˜alami sendiri Jawi Tradisi di dalam satu tempat.

Istimewanya, ialah ruang belajar untuk memastikan anak-anak kita supaya kenal-cinta akan Jawi.

Untuk peringkat pengenalan ini, kami menawarkan pakej "Belajar-Mengajar Jawi Berkumpulan" khusus buat pelajar sekolah dan universiti berumur 15-25 tahun dengan harga yang istimewa.

Penyertaan sekurang-kurangnya adalah sebanyak 10 orang.

Rancang dan tempah sesi pembelajaran Jawi anda di www.akademijawi.my/makmaljawi

"Kitab Jaya Waras menghimpunkan cerita-cerita pendek yang sarat dengan nasihat dan pengajaran berkenaan 'ilmu perubatan ...
18/10/2024

"Kitab Jaya Waras menghimpunkan cerita-cerita pendek yang sarat dengan nasihat dan pengajaran berkenaan 'ilmu perubatan dan kesihatan. Acuan hikayat-hikayat pendek dalam buku ini juga mengadunkan pelbagai bidang 'ilmu lain seperti 'ilmu agama, akhlaq dan asuhan budi, politik, ketatanegaraan, perancangan bandar dan seni bina, peperangan dan ekonomi.

Kandungan Kitab Jaya Waras berlatarkan kehidupan seharian masyarakat yang disorot dari pelbagai sudut dan disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami oleh khalayak. Cerita-cerita dalam buku ini berjalan di atas watak seorang 'ilmuwan bernama Shaykh Nur al-Din. Beliau menjadi tempat masharakat mempelajari dan memahami hakikat kebersihan dan kesihatan yang menjadi sebahagian daripada paksi kehidupan beragama."

- Pasukan Penerbitan Akademi Jawi Malaysia

Dapatkan Kitab Jaya Waras: Hikayat Pelbagai Nasihat Supaya Diri Kekal Sihat dengan menghubungi kami wasap.my/601155027452 ataupun meneroka laman web kami akademijawi.my/mulaqabookstore


"Wa-ba'dahu. Inilah sebuah kitab lughat yang dinamai akan dia 'Qamus al-Hamidi mengandungi kalimat-kalimat 'Arab yang di...
18/10/2024

"Wa-ba'dahu. Inilah sebuah kitab lughat yang dinamai akan dia 'Qamus al-Hamidi mengandungi kalimat-kalimat 'Arab yang dipinjam dalam bahasa Melayu' disusunkan oleh al-faqir al-Hajj 'Abd al-Hamid bin Ahmad Malaka al-Rawi supaya diketahui akan asal hija'an sesuatu kalimat itu dan juga kayfiyyat menggunakannya. Maka sungguhpun kitab ini keadaannya tidak berapa sempurna tetapi harapan hamba amat besarlah, mudah-mudahan diperbaiki oleh tuan-tuan yang ber'ilmu akan segala kesalahannya dan digunakan akan dia pada segenap tempat pelajaran yang berhajat kepadanya."

Dapatkan Qamus al-Hamidi: Iaitu Mengandungi Perkataan-Perkataan 'Arab yang Dipinjam dalam Bahasa Melayu dengan menghubungi kami wasap.my/601155027452 ataupun meneroka laman web kami akademijawi.my/mulaqabookstore


Pesan Sayyidina 'Ali kepada anak-anaknya"Hai anak-anakku, bahawasanya hati budi kita manusia ini seperti keadaan soldadu...
18/10/2024

Pesan Sayyidina 'Ali kepada anak-anaknya

"Hai anak-anakku, bahawasanya hati budi kita manusia ini seperti keadaan soldadu-soldadu yang berhimpun ramai-ramai: antara seorang dengan seorangnya mereka merasa kasih sayang dan tulus mesra yang sulit kepada lainnya, dan di dalam batin semangat masing-masing mereka bertutur kata dengan ramahnya antara sama sendiri. Maka demikianlah juga hati kita ini pada perasaan benci akan seseorang. Oleh itu apabila kamu menunjukkan kasih mesra kepada seseorang dengan tidak ada sesuatu sebab kebaikannya kepada kamu dahulu daripada itu, bolehlah kamu berharapkan baik daripadanya; dan apabila kamu berbuat benci kepada seseorang dengan tidak ada sebab sesuatu kejahatannya kepada kamu dahulu daripada itu, maka beringat-ingatlah kamu daripadanya."

Dapatkan Ringkasan Riwayat Hidup al-Khulafa' al-Rashidin dengan menghubungi kami wasap.my/601155027452 ataupun meneroka laman web kami akademijawi.my/mulaqabookstore

"Buku ini adalah lanjutan kepada buku saya Pendidikan Estetika daripada Pendekatan Tauhid (1992), oleh itu kedua-dua buk...
17/10/2024

"Buku ini adalah lanjutan kepada buku saya Pendidikan Estetika daripada Pendekatan Tauhid (1992), oleh itu kedua-dua buku ini perlu dibaca bersama, dengan memberi tumpuan kepada buku pertama itu dahulu untuk memudahkan buku kedua ini difahami. Pendekatan tauhid yang dihuraikan dalam buku pertama itu dirumuskan sebagai satu gagasan dalam falsafah kritikan dan penulisan (kreatif dan 'bukan' kreatif) yang diberi nama Persuratan Baru. Penjelasan pendek ini diperlukan supaya tidak timbul kekeliruan di kalangan pembaca yang baharu hendak mengenal gagasan Persuratan Baru.

Untuk melengkapkan pemahaman terhadap gagasan Persuratan Baru, pembaca perlu juga meneliti pandangan saya tentang persuratan Melayu dalam buku Medan-Medan dalam Sistem Persuratan Melayu (1994). Ketiga-tiga buku ini saling melengkapi satu sama lain, oleh itu pembaca yang serius harus membaca ketiga-tiganya untuk mendapat gambaran yang jelas tentang gagasan Persuratan Baru."

- Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan

Dapatkan Gagasan Persuratan Baru: Pengenalan dan Penerapan serta semua karya-karya berkaitan:
[] Teori-Teori Sastera Barat dalam Tangan Sarjana Malaysia
[] Anugerah Sastera Negara dalam Kesusasteraan Melayu Moden
[] Pujangga Melayu
[] Hikayat Salim Adil
[] Intelektualisme dalam Wacana Persuratan Baru
dengan menghubungi kami wasap.my/601155027452 ataupun meneroka laman web kami akademijawi.my/mulaqabookstore


"Hamzah dan rumah-rumahnya mempunyai tugas tertentu dan telah disesuaikan menuruti sifat dan gaya persuratan Melayu. Tid...
16/10/2024

"Hamzah dan rumah-rumahnya mempunyai tugas tertentu dan telah disesuaikan menuruti sifat dan gaya persuratan Melayu. Tidak seperti Bahasa 'Arab yang telah menetapkan beberapa qa'idah terperinci untuk menyuratkan Hamzah dan rumah-rumahnya, qa'idah Hamzah dalam Bahasa Jawi agak mudah dan longgar dalam beberapa keadaan. Meskipun pelbagai pengarang mempunyai kecenderungan tertentu untuk qa'idah ejaannya berkaitan Hamzah, namun didapati terdapat suatu qa'idah sejagat (universal) yang mentadbiri 'ilmu pengarangannya - sungguhpun pengarangan itu merentasi pelbagai zaman dan tempat."

Dapatkan Hamzah dalam Tradisi Ke'ilmuan Bahasa Jawi dengan menghubungi kami wasap.my/601155027452 ataupun meneroka laman web kami akademijawi.my/mulaqabookstore


Address

8 Jalan Puteri 2A/6
Selangor
43000

Opening Hours

Monday 10:00 - 20:00
Tuesday 10:00 - 20:00
Wednesday 10:00 - 20:00
Thursday 10:00 - 20:00
Friday 10:00 - 20:00

Telephone

+601155027452

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mulaqa Bookstore posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mulaqa Bookstore:

Shortcuts

Share

Category