30/01/2018
Assalamualaikum & Selamat pagi semua...
Hari ni nak share tips2 rezeki dalam berniaga..
7 TIPS REZEKI DALAM PERNIAGAAN
🔅USAHA - Allah swt yang menentukan rezeki hamba2Nya. Namun, kita tetap perlu berusaha mendapatkannya. Jangan leka kerana dalam mengejar keuntungan, kerugian juga tetap menanti di depan mata.
🔅AMANAH - Jujur dan amanah dalam berniaga menjadikan sesuatu perniagaan itu kekal dan berkat. So, jangan sekali-kali cuba menipu dalam sukatan dan timbangan yer..
🔅BERSYUKUR - Berniaga mengajar kita erti sabar, redha, tabah, jujur dan cekal. Oleh itu, sentiasa bersyukur atas nikmat dan rezeki yang diperolehi.
🔅SENYUM - Senyum umpama magnet rezeki untuk peniaga. Sentiasala senyum terutamanya pada pelanggan. Senyum tu kan sedekah..🙂
🔅BERSIH - Kebersihan tempat berniaga juga boleh memberi kesan pada kita. Jadi, pastikan tempat berniaga sentiasa bersih. Kebersihan juga separuh daripada iman..😉
🔅KEJAR ILMU - Menimba ilmu tidak akan pernah cukup. Jangan sombong dalam mencari ilmu berniaga. Hormati ilmu tak kira tahap mana pun perniagaan kita.
🔅JAUHI RASUAH - Jauhkan diri dari gejala rasuah. Jangan memberi atau menerima rasuah. Ia merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia kerap berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam perniagaan.