08/02/2026
First, ebook pembuka tahun baru 2026.
TAJUK : KONTRAK 90 HARI
Berstatus anak dara, berhijab, matang dan berprinsip, Ariana Markisa bukan wanita yang mudah dipengaruh untuk dimiliki.
Bagi Haqeem wanita itu simbol pencapaian yang berisiko. Itu yang membuatnya tertarik.
Ariana tidak boleh dimiliki tanpa kejujuran dan tanggungjawab. Yang diinginkan bukan tubuh Ariana, tetapi hak untuk dipilih olehnya.
“Saya perlukan awak sebagai isteri saya. 90 hari. Itu sahaja tempoh yang saya perlukan." HAQEEM DZUL IMAN
"Saya belum bersedia nak bertukar status sebagai isteri orang, lepas tu di jandakan sebab lelaki tak bertauliah macam encik. I'm not for sale. Ingat saya kambing. Sila cari orang lain, saya tak berminat!" ARIANA MARKISA
Namun, ada satu nyawa yang perlu diselamat. Duit bukan segala-galanya, tetapi dengan duit Ariana terpaksa menggadaikan satu perkara yang paling dia jaga, dirinya sebagai wanita baik-baik dan berprinsip demi ibunya.
Maka, kontrak 90 hari, termetrai dalam sebuah perkahwinan.
Dan itulah kesilapan terbesar Haqeem Dzul Iman. Lelaki berduit, berpengaruh dan terbiasa mendapatkan apa yang dia mahukan. Ariana dibeli dan dimiliki.
“Gila ! Aku tak sangka kau dengan bos sendiri… kahwin senyap-senyap?
Kenapa, Ana? Kau dah mengandungkan anak Encik Haqeem ke?" KINAH
Bukan kerana harta atau status, tetapi kerana tanggungjawab, maruah dan yakin yang perkahwinan tetap satu ibadah.
Tanpa paksaan makan pakai Haqeem diuruskan walaupun lelaki itu tak pernah meminta dan ambil tahu. Ariana mula jatuh hati.
"Bekal lagi? Awak sengaja nak bagi saya gemuk ya? Boroilah perut saya." HAQEEM DZUL IMAN
Tidak kurangnya dengan Haqeem, hatinya juga s**a dengan layanan dan kematangan Ariana. Diam-diam dia jatuh hati. Namun cinta itu datang bersama satu kebenaran yang meranapkan segalanya.
“Saya tak boleh beri satu perkara yang paling biasa orang harapkan daripada sebuah perkahwinan. Anak." HAQEEM DZUL IMAN
Pengakuan itu merobek hati Ariana.
"You jadi isteri kontrak ke? Rugi perempuan yang kahwin dengan dia... nanti tak boleh mengandung. Tapi I boleh tolong you untuk dapatkan anak. You bagi Haqeem dekat I, kita share." LINA
Cinta yang wujud mula dihalang dengan rahsia dan fitnah. Dan wanita seperti Ariana… tidak pernah bersetuju untuk berkongsi suami.
Adakah mereka mampu mempertahankan perkahwinan sebenar walaupun tanpa kontrak?
Facebook Ebook Cici Aida