WasaEdu

WasaEdu Dimiliki oleh WasaPower Group Sdn Bhd (1401053-D)
Penerbit dan pengedar pelbagai koleksi buku-buku pendidikan.

Maulidur Rasul datang setiap tahun. Tapi semakin bertambah usia, semakin kita faham… mengingati Rasulullah ﷺ bukan sekad...
24/08/2026

Maulidur Rasul datang setiap tahun. Tapi semakin bertambah usia, semakin kita faham… mengingati Rasulullah ﷺ bukan sekadar mengingati satu tarikh.

Kita mungkin tak mampu jadi manusia yang sempurna. Ada hari kita sabar, ada hari kita terlepas marah. Ada masa kita rajin beribadah, ada masa kita leka dengan urusan dunia.

Tapi daripada perjalanan hidup Rasulullah ﷺ, banyak yang kita boleh bawa masuk dalam kehidupan kita hari-hari.

Belajar sabar bila diuji.
Belajar amanah bila diberi tanggungjawab.
Belajar berlembut dengan orang lain.
Belajar memaafkan walaupun hati pernah terluka.

Dan belajar terus melakukan kebaikan walaupun tidak semua orang melihat atau menghargainya.

Itulah antara perkara paling besar yang kita boleh dapat daripada Maulidur Rasul — bukan sekadar sambutan, tetapi peluang untuk muhasabah diri.

Hari ini mungkin kita belum mampu berubah banyak.
Tak apa.
Mulakan dengan satu perkara kecil.
Perbanyakkan selawat.
Jaga percakapan.
Baiki akhlak.

Buat satu kebaikan kepada orang lain.
Semoga semakin kita mengenali Rasulullah ﷺ, semakin baik juga cara kita menjalani kehidupan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ﷺ

Masuk fasa akhir pemindahan p**a… Kalau sebelum ni fokus kami banyak pada keluarkan stok buku, stationery dan barang-bar...
20/08/2026

Masuk fasa akhir pemindahan p**a…
Kalau sebelum ni fokus kami banyak pada keluarkan stok buku, stationery dan barang-barang operasi dari Wisma WasaPower, kali ni dah masuk fasa yang betul-betul hujung.

Yang banyak berbaki sekarang ialah perabot, meja, rak dan barang-barang besar yang masih belum bertemu tuan baru. 😅

Sebahagiannya terpaksa dipindahkan dahulu ke WasaFarm sebagai tempat persinggahan sementara. Bukan nak simpan lama-lama, sebab ruang farm pun ada kegunaannya sendiri.

Jadi selepas misi kosongkan wisma, sambung p**a misi seterusnya…

Tukarkan barang jadi duit.
Mana yang masih elok dan boleh digunakan, kita cuba cari tuan baru. Daripada tersimpan dan rosak, lebih baik berpindah kepada orang yang boleh manfaatkan.

Wisma dah semakin lapang…
Farm p**a sementara ni semakin penuh.
Sedikit lagi. Kita selesaikan satu demi satu sampai betul-betul habis.

Update hari ni… satu-satu kita selesaikan. Malam tadi selesai susun barang yang baru sampai di WasaFarm . Pagi ni sambun...
19/08/2026

Update hari ni… satu-satu kita selesaikan.
Malam tadi selesai susun barang yang baru sampai di WasaFarm . Pagi ni sambung rutin biasa dulu settle makan minum, bersihkan lantai reban ayam, itik dan angsa.

Petang kembali ke wisma, sambung kemas saki-baki barang yang masih ada.

Plan asalnya hari ni nak terus angkut keluar semuanya… tapi petang hujan p**a.Tak apa, kita buat mana yang sempat dulu.

Semoga esok cuaca mengizinkan dan dapat angkut semuanya sekali.Dah tinggal sikit sangat ni… teruskan sampai betul-betul kosong dan selesai.

Sedikit lagi sebelum Wisma WasaPower benar-benar kosong.Malam ini kami sambung lagi proses pemindahan antara barang-bara...
18/08/2026

Sedikit lagi sebelum Wisma WasaPower benar-benar kosong.

Malam ini kami sambung lagi proses pemindahan antara barang-barang terakhir yang masih berbaki di wisma.

Siang tadi ruang di farm sudah dikemaskan dan disediakan untuk menerima barang. Malam p**a sambung angkut, pindah dan susun satu demi satu.

Bila tengok wisma semakin kosong, memang terasa juga… tempat yang dulu penuh dengan team, stok, bunyi mesin dan macam-macam aktiviti, kini hanya tinggal saki-baki untuk diselesaikan.

Satu perjalanan sedang sampai ke penghujungnya.

Terima kasih kepada team yang masih sama-sama membantu di sebalik tabir. Dan terima kasih juga kepada bekas staff WasaPower yang masih sudi datang hulurkan tenaga, walaupun masing-masing sebenarnya dah ada perjalanan dan komitmen sendiri.

Bila sampai fasa macam ni, bantuan sekecil mana pun memang cukup bermakna.
Sedikit lagi, insya-Allah kita selesaikan semuanya.

Pagi sampai tengah hari tadi kita kemas kawasan WasaFarm . Buat ruang, susun mana yang patut dan pasang lampu siap-siap....
18/08/2026

Pagi sampai tengah hari tadi kita kemas kawasan WasaFarm . Buat ruang, susun mana yang patut dan pasang lampu siap-siap.

Elektrik belum ada lagi… jadi generatorlah yang membantu bagi terang malam nanti.Sebab malam ni, barang-barang dari wisma akan masuk lagi ke farm.

Rasa sayu juga bila fikir… 🥹
Barang yang dulu ada di tempat kita bekerja, satu demi satu dah mula meninggalkan wisma.
Sekarang farm ni jadi tempat persinggahan sementara sebelum semuanya bergerak ke perjalanan seterusnya.

Kita siapkan tempatnya, kita angkut barangnya… dan perlahan-lahan kita tutup satu perjalanan yang pernah kita bina bersama.

Sikit lagi. Selesaikan sampai habis.

Dulu ruang Level 1 ni antara tempat paling bising di Wisma WasaPower. 😌Bunyi mesin laser berjalan, orang panggil sana si...
17/08/2026

Dulu ruang Level 1 ni antara tempat paling bising di Wisma WasaPower. 😌

Bunyi mesin laser berjalan, orang panggil sana sini, meja kerja penuh dengan team HQ… hari-hari ada saja projek nak disiapkan.
Hari ni bila masuk semula… sunyi.

Mesin dah tak ada.
Meja kerja pun dah banyak kosong.
Tinggal saki-baki barang yang perlu dikemas dan dibawa keluar.

Walaupun sesi pemindahan utama dah selesai, kerja saya dekat Wisma belum habis lagi. Kita sambung perlahan-lahan, kemas apa yang berbaki dan betul-betul kosongkan ruang ini sampai selesai.

Bila tengok ruang yang pernah penuh dengan manusia dan aktiviti jadi kosong macam ni, memang lain rasanya. 🥹

Dulu penuh cerita.
Sekarang tinggal kesan dan kenangan.
Sikit lagi. Teruskan berjalan sampai habis. 🤍

Mulakan hari dengan rutin yang sama — buka reban, isi makan minum dan tengok satu-satu keadaan mereka.Nampak sederhana, ...
14/08/2026

Mulakan hari dengan rutin yang sama — buka reban, isi makan minum dan tengok satu-satu keadaan mereka.

Nampak sederhana, tapi setiap hari ada benda baru yang saya belajar.

Tentang sabar, disiplin dan amanah.
Semoga Jumaat ini Allah mudahkan segala urusan kita, lapangkan rezeki dan berkati setiap usaha yang sedang kita jalankan. 🤲🏻
Salam Jumaat dari WasaFarm

10/08/2026

Hadza Min Fadli Rabbi
31 Julai 2026 — secara rasminya tamat perjalanan WasaPower dalam bidang penerbitan buku.

Tetapi selepas tarikh itu, masih ada baki amanah yang perlu kami selesaikan.

Barang-barang di Wisma perlu dikemas dan dipindahkan ke WasaFarm sebagai tempat persinggahan sementara untuk baki stok yang masih ada.

Bila pandang rak-rak sekarang, terasa juga. Dulu penuh dengan buku, kotak dan barang. Hari ini banyak yang sudah kosong.
Dalam tempoh yang singkat memang mustahil nak habiskan semuanya. Jadi setiap hari kami cuba buat apa yang termampu — LIVE, buat offer, lelong dan clear stok.

Prinsipnya satu: apa yang boleh, kita jadikan barang sebagai duit. Lagi banyak barang berjaya dijual, lagi kurang yang perlu dipindahkan dan diuruskan selepas ini.

Alhamdulillah, selepas kita berusaha, Allah hadirkan rezeki. Ramai yang membeli dan memberi sokongan. Sedikit demi sedikit stok berkurang dan proses mengemas juga menjadi semakin mudah.

Terima kasih kepada semua yang pernah membeli dan menyokong perjalanan terakhir ini. Semoga setiap buku yang sampai ke tangan kalian terus memberi manfaat.

WasaPower dalam dunia penerbitan kini tinggal kenangan.
Sekarang kita selesaikan baki amanah — kemas, pindah dan habiskan apa yang masih berbaki.

Hadza Min Fadli Rabbi Bila dah berpindah ke farm, kena fikir strategi baharu p**a nak kurangkan stok. Tak boleh bergantu...
06/08/2026

Hadza Min Fadli Rabbi
Bila dah berpindah ke farm, kena fikir strategi baharu p**a nak kurangkan stok. Tak boleh bergantung pada live semata-mata. Moga Allah permudahkan segala urusan.

Address

HQ WasaPower, 17-G, Jalan Kenanga 1/7, Salak Perdana Business Park
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
19:00 - 20:00
Wednesday 09:00 - 18:00
19:00 - 20:00
Thursday 09:00 - 18:00
19:00 - 20:00
Friday 09:00 - 12:30
14:30 - 18:00

Telephone

+60387061880

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WasaEdu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to WasaEdu:

Shortcuts

Share