04/09/2026
Untuk yg nak tahu wujud ke tidak BESI TULANG MAWAS. Temubual dengan salah seorang keturunan tukang buat keris dan golok. Cerita orang dulu dulu katanya berkenaan dengan mawas nak makan buah keranji. Tutuh dahan dengan lengan dia.
Penceritaan directnya dengan pemilik besi mawas( TOK NIK KOB) yg mendakwa jumpa besi tulang mawas bersama rangka mawas di dlm gua hutan Pahang. Tok Nik Kob berkawan baik dengan bapa saudara pencerita dan pernah berburu bersama. Pencerita juga pernah berjumpa Tok Nik Kob semasa hidupnya.
Setengah pendapat mengatakan adanya besi pada tulang mawas iaitu dibahagian sikunya hingga ada yang mendakwa telah bawa ke Lab dan telah mendapat laporan berkenaan dgn kandungannya dan disentuh adanya Kalsium. Adakah sumber kalsium itu dari Mawas? Bahan lain tiada yang menyumbang kalsium?
Ada juga mendakwa besi sebenar yang diolah menjadi besi yang berkualiti tinggi dengan campuran pelbagai bahan yang memberi impak yang cukup dahsyat bila terluka olehnya. Dipercayai besi ini adalah besi yang beracun.
Ada juga mendakwa kewujudan mawas itupun tidak dipercayai ada. Ianya mitos atau cerita yang direka atas sesuatu perkara juga sesuatu tujuan. Sebenarnya banyak lagi persoalan yang ada yang perlu kepada jawapan jawapan yang bukan HEARSAY dan sumber sumber itu juga perlu di siasat tentang kesahihah juga kredibilitinya.
Jika besi tulang mawas ini asalnya diproses...siapakah yg proses, ramai yg duk jual besi tulang mawas claimnya...dapat dari siapa? Jika betul ia besi proses kenapa cerita ianya dari tulang mawas tidak dimatikan? Haha..macam macam soalan ada kan...semata mata mahu mencari kepastian dan cerita yang sebenarnya.
Rekod dulu apa yang ada.. terima atau tidak kita sama sama kita cari lagi infonya.Video hakcipta Elir Keris.