07/08/2021
Assalamualaikum Selamat Pagi🌸
" Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah .
Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah .
Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan di tangan Allah .
Apa yang perlu engkau risau hanyalah satu perkara sahaja , iaitu bagaimana engkau membuat ALLAH REDHA kerana sekiranya engkau membuat Allah redha , Dia akan redha padamu .
Apabila Dia redha padamu , Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu " .
Imam Ibn Qayyim
𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗚𝗨𝗡𝗚.
Imam Asy Syafi'e رحمة الله تعالى ditanya,
“Apakah amalan teragung yang boleh mendekatkan diri seseorang hamba itu kepada Allah?”
Kemudian beliau menangis lalu berkata,
“Ketika Allah melihat kepada hatimu, Dia mendapati bahwa kamu tidak inginkan sesuatu apapun daripada dunia dan akhirat melainkan hanyalah redha-Nya semata.”❤️
Kredit : Kalam Sufi | KalamParaUlama | thetazkirahiman