12/08/2026
Bagaimana komunikasi kecil antara embrio dan ibu pada hari ke 16 selepas AI menjadi faktor utama sebab lebih 60% kegagalan lekat bunting AI pada lembu.
Proses suai kenal atau jabat tangan antara embrio dan ibunya adalah dikenali sebagai Pengecaman Kehamilan Ibu. Dimana tanpa isyarat kimia dari embrio ini badan lembu ibu tidak dapat mendaftarkan embrio dan menganggap kitaran seperti biasa dan memusnahkan kehamilan.
1. Menghentikan kitaran biang, lembu betina tidak bunting biasanya hari ke 16 kitaran, rahimnya akan mengeluarkan hormon PGF2alfa untuk.memusnahkan corpus leteum(menghentikan penghasilan progesteron) menyebabkan lembu akan mula proses untuk biang. Tetapi embrio akan mengeluarkan isyarat kimia kepada ibu untuk menghentikan pengeluaran PGF2alpha ini.
2. Mengekalkan pengeluaran progesteron , oleh kerana isyarat embrio telah mengekalkan corpus leteum untuk terus mengeluarkan hormon progesteron yang berfungsi untuk mengeluarkan susu rahim (histotrof) sebagai makanan embrio yang tidak melekat dan memastikan otot rahim relaks supaya embrio tidak terkeluar.
3. Menyekat sistem imun ibu, embrio mengandungi bahan genetik dari lembu jantan, menjadikannya sebagai objek asing kepada sistem imun ibu. Isyarat kimia dari embrio menyekat sel imun ibu di dalam rahim memastikan ibu dapat menerima embrio dan bukan menyerangnya sebagai jangkitan.
4. Menyediakan rahim untuk pelekatan.semasa embrio memberi isyarat kimia kehadirannya ia mengubah transkriptom rahim tempatan (ekspresi gen). Ini mencetuskan laluan isyarat selular yang meningkatkan pembentukan saluran darah (angiogenesis) dan mengubah lekatan sel ke sel. Ini mengubah suai lapisan rahim, membolehkan plasenta melekat dengan selamat pada rahim pada hari ke-42.
Mengapa Isyarat Gagal (Kematian Embrio Awal)
Sehingga 60% kehilangan embrio dalam lembu berlaku semasa 3 minggu pertama disebabkan oleh isyarat kimia embrio yang tidak betul. Jika embrio tumbuh terlalu perlahan, ia tidak akan menghasilkan isyarat kimia yang mencukupi pada hari ke-16 untuk menyekat kemunculan PGF2α. Badan lembu mencetuskan luteolisis, memusnahkan CL, dan embrio kecil itu hilang tanpa disedari semasa kitaran biang seterusnya.
Dalam AIO brazil mengandungi bahan2 nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran embrio secara taklangsung embrio sihat dapat menegluarkan isyrat kimia yang betul kepada ibu selain mengandungi nutrisi untuk kekuatan hormon ibu pada masa kritikal ini. Oleh kerana itu dengan penggunaan Aio Brazil sebulan sebelum AI sehingga sebulan selepas Ai menyebabkan kejayaan bunting yang tinggi.