Seremban Vintage Market

Seremban Vintage Market Seremban vintage Market

Pasar karat port dickson 8.9.2024  7pagi -12 tengah hari
06/09/2024

Pasar karat port dickson
8.9.2024 7pagi -12 tengah hari

08/01/2022

2022

21/12/2020

10 Kata-kata semangat buat sesiapa sahaja yang baru mahu memulakan bisnes.

1. Buat sajalah dengan berani. Tidak ada teknik betul atau salah. Cuma ada untung dan rugi. Buat dulu baru tahu.

2. Kawal nafsu berguru. Belajar dan terus buat satu persatu. Bukan belajar dan terus belajar sampai nipis poket kita itu.

3. Mulakan dengan langkah kanan. Mulakan langkah dengan berani. Kalau berani tak usahlah takut-takut lagi. Jika takut jangan berani-berani.

4. Gagal adalah guru paling jujur dalam hidup kita. Lebih baik gagal berkali-kali berbanding terus termakan puji. Gagal itu bukan mati. Gagal itu penghidup berkali-kali.

5. Bila sudah mula bisnes, usah toleh ke belakang lagi. Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menyakitkan kepala.

6. Mulut orang tak boleh tutup. Tak usah sakit otak fikir fasal apa orang cakap. Kita bukan berniaga untuk orang itu. Kita berniaga untuk semua orang yang menyokong kita.

7. Menyimpan bila buat untung dan berjimat bila bisnes sedang berkembang. Ramai orang lingkup dalam masa dua tahun kerana tidak ada tunai di tangan, bukan kerana tidak pandai berjualan.

8. Bina hubungan dengan semua orang. Usah jadi orang bisnes yang s**ar didekati. Orang yang berasa 'senang' dengan kita akan senang berurusan dengan kita. Satu senyuman, satu saham kita naik.

9. Tak usah berlawan-lawan dengan sesiapa. Kita tidak ada pesaing pun. Itu semua persepsi kita sahaja. Orang itu pun tak kenal siapa kita. Lebih baik fokus kepada usaha kita.

10. Mesti agresif setiap hari. Hasil kita bergantung kepada usaha kita. Rehat bila penat, bukan rehat bila berasa selesa. Biar demam, biar kurus cuping telinga. Momentum mesti selalu deras.

11. Bisnes itu ada beberapa tahap. Tahap pertama ialah tahap awal yang banyak ajar kita erti susah payah dunia bisnes. Tahap pertama ajar kita kenal orang. Tahap pertama ajar kita bertahan. Itulah tempoh 2 tahun pertama.

12. Tahap kedua ialah fasa bertahan. Waktu ini juga banyak dugaan. Fasa bertahan ini akan saksikan banyak perubahan. Waktu ini juga banyak kisah kawan makan kawan. Teruskan bertahan.

13. Tahap seterusnya ialah fada bisnes terus berkembang. Waktu ini hati kita sudah kuat, jiwa kita sudah kental. Tolak tak tumbang, ditekan tak pernah goyang. Akar sudah kuat, pasak sudah ampuh. Orang nak kata apa katalan.

Terimalah hakikat bahawa berniaga itu adalah pilihan yang datang bersama pakej penat lelah. Tenang sahaja hadapi semuanya.

Tuhan tidak berjanji siapa berniaga akan Kaya Raya. Tetapi Tuhan berkata, siapa yang bertawakkal kepadaNya pasti dicukupkan keperluannya.

Tetap semangat! Tahniah.

Cerita Disebalik Lambakan Barangan dan Produk Terpakai di Malaysia
18/11/2020

Cerita Disebalik Lambakan Barangan dan Produk Terpakai di Malaysia

Urusniaga melibatkan barangan terpakai yang dijual semula mula melonjak naik selepas permintaan masyarakat dunia khasnya mereka yang tinggal di negara maju dalam menukarkan barangan-barangan mereka m...

BELAJAR LAH BERNIAGAJika kita perhatikan gambar ini, di mana pernah kita nampak selalu jika kita ke luar negara?INDIA?IN...
19/10/2020

BELAJAR LAH BERNIAGA

Jika kita perhatikan gambar ini, di mana pernah kita nampak selalu jika kita ke luar negara?

INDIA?

INDONESIA?

Ya... Itu dahulu kala, dan sekarang kita dah biasa dengan fenomena ini di negara kita

Mengapa?

EKONOMI

KADAR PENGGANGGURAN?

PELUANG PEKERJAAN?

YA...

Itu adalah SEBAHAGIAN antara punca yang mendorong kita kehadapan, membuang rasa malu, untuk kita berniaga.

Jangan beharap ada orang POLITIK. Mereka ada tekak mereka sendiri, mereka mencari kita hanya setiap 5 tahun ketika mengundi

Apa nasib kita dalam 5 tahun itu?

Jika dulu bangsa melayu MALU berniaga, saya BANGGA bangsa MELAYU antara ramai yang berniaga.

Setkan dalam pemikiran kita

"KITA BUKAN TERLAMBAT, TETAPI KITA BARU BERMULA"

Kita belum menjadi JUTAWAN, tetapi kita selangkah untuk menjadi JUTAWAN.

Jangan takut berniaga, tetapi takut untuk tidak berniaga. Kerana berniaga 99% adalah punca REZEKI.

Dan bila kita mula berniaga, jangan dipikirkan kata-kata orang, REDAH sahaja...

Buat kesilapan tu biasa, dari kesilapan kita belajar untuk BANGUN.

Dan jika ada peluang, belajar lah berniaga, kerana dengan ILMU yang betul, sebenarnya tidak susah berniaga

60% MAJORITI penduduk malaysia adalah BUMIPUTRA. Jadi gunakan kelebihan itu untuk kita berniaga.

Jika bangsa lain yang minoriti boleh berjaya di MALAYSIA. Mengapa tidak kita?

MELAYU BUKAN BANGSA PEMALAS

Melayu adalah bangsa TERHEBAT dalam berniaga, lihatlah sejarah kita dahulu yang hebat BERNIAGA sehingga ke seluruh pelosok dunia

Siapa mereka itu?

Nenek moyang kita...

Siapa kita?

Cucu cicit mereka!

Jadi BANGUN mulakan langkah untuk kita berniaga. Buang perasaan MALU untuk berniaga.

Ingat kita belum TERLAMBAT. Tetapi kita BARU bermula!

IMPIAN kita adalah garisan penamat kita. Lari dan terus belari ke arah IMPIAN kita

Jangan takut TERJATUH. pandang anak cucu kita, mereka menanti sesuap nasi di rumah.

Mereka tak kenyang dengan MALU kita

Mereka tak kenyang dengan PUJIAN kita

Mereka tak kenyang dengan kata kata SEMANGAT kita

Kita yang perlu bertindak. Jadi BERTINDAK dan mulakan langkah sebagai USAHAWAN yang berjaya!

Copy paste

VintageApa itu Vintage:Vintage bermaksud sesuatu yang klasik, lama dan berkualiti tinggi .Konsep vintaj adalah rujukan k...
02/10/2020

Vintage
Apa itu Vintage:
Vintage bermaksud sesuatu yang klasik, lama dan berkualiti tinggi .

Konsep vintaj adalah rujukan kepada masa lalu dan merujuk kepada tahun 1920-an, 1930-an, 1940-an, 1950-an dan 1960-an, dan digunakan dalam pakaian, kasut, perabot dan hiasan.

Oleh itu, vintaj boleh dikaitkan dengan apa-apa objek seperti pakaian, perabot, kereta, motosikal, cakera, dan lain-lain.

Fesyen vintaj
Pakaian vintaj yang lama, pakaian klasik, seperti jeans atau pakaian yang disalin dari dekad terdahulu, seperti pakaian cetak, sebagai contoh.

Pin-up 50s dan 60s - profil wanita klasik dan feminin, tetapi dengan udara retro, menggoda dan naif pada masa yang sama - adalah contoh fesyen vintaj .

Gaya vintaj
Tetapi pakaian vintaj bukan hanya vintaj . Menurut para wartawan fesyen dan stylists, pakaian dengan kain yang sengaja dipakai juga dipanggil vintage, tepat kerana mereka kelihatan tua, digunakan, dan haus.

Walaupun baju dan seluar pendek rock 'n' roll dan seluar pendek dari '80s dan' 90s dapat dimuatkan ke dalam konsep fesyen vintaj, sebagai sebahagian daripada gaya yang dianggap ketinggalan zaman dan menandakan era. Pakaian vintaj mudah dijumpai di kedai-kedai berjimat cermat dan bazar.

Jadi, vintaj juga merupakan gaya fesyen yang boleh dibina dengan menggunakan pakaian yang tidak tua tetapi diterbitkan semula dalam gaya pakaian dan aksesori yang sama yang digunakan dalam tempoh sejarah yang lain.

Hiasan vintaj
Seperti fesyen vintaj, hiasan dalam gaya ini menggunakan perabot atau objek yang dimiliki oleh usia yang lalu. Dalam jenis hiasan ini adalah perkara biasa untuk menggunakan perabot yang mungkin telah pulih atau dipulihkan, tetapi yang belum menjalani proses pemodenan dalam gayanya.

Hiasan vintaj mempunyai udara yang lebih sedap, klasik dan juga bucolic. Penggunaan cetakan klasik, nada umur, perabot kayu, permaidani dan objek yang terdapat di kedai antik adalah sebahagian daripada hiasan gaya vintaj .

Bilakah objek dianggap vintaj ?
Sesetengah orang mula mempertimbangkan beberapa objek atau pakaian sebagai vintaj apabila mereka berusia sekurang-kurangnya lebih daripada 20 tahun.

Artikel dari tahun 80-an dan 90-an juga boleh diklasifikasikan sebagai " vintage baru", manakala artikel dengan sekurang-kurangnya 50 tahun dikategorikan sebagai "vintage benar". Mengikut klasifikasi ini, objek yang sudah mempunyai lebih daripada 100 tahun dicirikan sebagai barang antik.

Seperti perabot, hiasan, dan pelbagai barang lain, istilah vintaj juga digunakan untuk merujuk kepada kereta lama, menarik, dan banyak yang diperlukan untuk upacara perkahwinan.

Wain vintaj
Satu lagi istilah yang dikaitkan dengan perkataan vintage adalah asal Anglo-French, dan digunakan oleh pembuat wain untuk menetapkan tahun hasil panen anggur yang baik, di mana keadaan iklim dan faktor-faktor lain menyukai pengeluaran wain dengan kualiti yang berbeza.

Ini adalah salah satu penjelasan untuk asal perkataan vintage . Ekspresi akan berasal dari bahasa Inggeris dan akan mengambil makna menuai kebun anggur, juga dipanggil vintaj. Oleh itu, perkataan itu akan secara langsung berkaitan dengan peringkat penuaian anggur.

Sebagai contoh, Port Wine yang terkenal, menerima penamaan ini apabila penuaiannya adalah kualiti yang diiktiraf. Juga disebabkan oleh keupayaan besar penuaan, harganya lebih tinggi.

Vintage, Retro dan Antik
Terdapat persoalan mengenai perbezaan antara konsep vintage, retro dan lama.

Istilah vintage merujuk kepada keping pakaian, kereta, perabot dan apa-apa objek yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 tahun kewujudan.

Konsep retro (berasal dari perkataan rétrospectif Perancis) merujuk kepada artikel yang keluar dari gaya semasa pada masa ini. Sesetengah orang mendefinisikan bahawa gaya retro sebenarnya akan menjadi pembiakan atau pembacaan semula objek atau pakaian baru dengan ilham dalam masa lalu.

Sudah menjadi konsep lama adalah rujukan kepada mana-mana objek yang berusia sekurang-kurangnya 100 tahun.

Kredit https://uzvisit.com

Sumber gambar dari kedai
Tokmatt Antique & Kopitiam jln jelebu seremban

Ramli sarip.. Muzik! buku dan bundle
26/09/2020

Ramli sarip.. Muzik! buku dan bundle

PAPA ROCK: DARI KOLEKSI BUNDLE KE RAK BUKU

Dari lagu Perjalanan Hidup dan Bukan Kerana Nama ketika menyanyi solo - atau mengingatkan semula era Sweet Charity dengan lagu Kamelia dan Sejuta Wajah - rentas suara penyanyi ini kekal relevan selama lima dekad.

Sebagai penyanyi, komposer, penulis lagu dan lirik - Datuk Ramli Sarip sudah melalui pelbagai era dalam perkembangan muzik rock Melayu.

Sebagai peminat, wartawan dan pernah menulis lirik nyanyiannya - saya melihat Ramli melebihi daripada sekadar artis pop**ar.

Peribadinya yang sederhana jelas terpancar ketika kami merentas lebih 15 lokasi mengadakan persembahan pada 2013.

Dia lebih s**akan peminatnya di pedalaman - atau mengadakan showcase di pentas kecil sekitar perkampungan.

"Saya OK untuk tambah dua atau tiga lagu. Bukan selalu dapat jumpa orang kampung," katanya.

Secara personal Ramli tidak gemarkan "lime light". Dia kekal sederhana; s**akan warung, sarapan di kedai kecil dan berbual hal-hal yang mudah dihadam.

"Muzik memang kehidupan tetapi kehidupan bukan muzik," katanya ketika kami berada di Lapangan Terbang Kepala Batas, Kedah.

Kalau itu ungkapannya, mana mungkin dia seorang yang "simple" dan kasual.

Selama mengenalinya - itulah kata-kata paling s**ar difahami walaupun bunyinya mudah.

Senang cakap - Ramli nampak "simple" dan kasual; tetapi fikirannya sangat tajam terhadap kehidupan.

Ramli tidak kedekut berbelanja wang yang banyak bagi mendapatkan buku-buku biografi muzik.

Walaupun artis sohor ini sudah 50 tahun berada dalam industri muzik - dia tidak mengejar dunia profil yang mewah.

Dari kasut, pakaian, jam dan kenderaannya, Ramli sangat ala kadar.

Wangnya dirasakan lebih berbaloi dibelanjakan untuk buku.

Soal fesyen - dia sentiasa simple. Lebih s**a mengenakan pakaian bundle.

*RAMLI DAN RAK BUKU

Setiap kali bertemu, saya tetap akan mencuri pandang pada bajunya. Koleksinya nadir. Sama ada t-shirt vintaj Led Zepelin, Queen, Earth Wind & Fire atau Bob Marley.

Walaupun meremehkan soal pakaian dan sentiasa menyarung baju dan seluar bundle - Ramli sangat prihatin pada buku.

Itu antara dorongan dirinya berasa berbaloi untuk turut berbelanja besar bagi mendapatkan buku idaman.

"Kalau buku, perasaan kita berbeza. Kita sanggup berbelanja mahal kerana nilai buku ialah ilmu," katanya.

Buku punya nilai sentimental kepada Ramli. Sesuatu yang dianggap lebih wajar dibayar harga mahal berbanding gaya hidup fizikal.

Apa dihairankan kalau sejak 2013, setiap kali mengitari Malaysia mengadakan persembahan, kenderaannya hanya Myvi.

Itu juga kereta yang digunakan kalau kami bertemu di restoran sekitar Bangsar.

Ramli juga sentiasa berkasut kanvas dan jeans lusuh; identiti klasik sejak muncul bersama band Sweet Charity pada 1967.

Memulakan karier muziknya ketika berusia 15 tahun - Ramli mengakui buku biografi memiliki tarikan luar biasa.

"Ada masa saya beli buku online. Tempah buku lama yang dijual. Kalau buku Beatles atau Rolling Stones, harganya mencapai ratusan," katanya.

Kami berbual lagi soal buku pada pertemuan Januari lalu, di Petaling Jaya. Sisi hidup Ramli jarang dikaitkan dengan buku.

Penyanyi, komposer dan penulis lirik ini jarang diajak berbual soal koleksi rak bacaannya.

"Buku biografi memberikan kita perasaan lain apabila membaca dan memilikinya. Ada umphhh... untuk disimpan kerana isinya ialah falsafah seni dan pemikiran serta sejarah perjuangan hidup artisnya," kata Ramli.

*BUKU BIOGRAFI SEBAGAI RUJUKAN ZAMAN

Bagi peminat buku muzik, membaca biografi tidak mudah. Apa lagi buku-buku lagenda muzik yang muncul pada era 60-an dan 70-an.

Buku biografi seniman legenda seperti John Lennon (In his Own Write, The Life, Being John Lennon, A Spaniard in Works) memerlukan fokus dan tenaga tinggi untuk dihadam.

Begitu juga buku biografi Rolling Stones (The Rolling Stones 50, Let it Bleed), Bob Marley (A Brief History of Seven Killing, So Much Things To Say) dan Jimmy Hendrick (Starting At Zero, The Jimmy Hendrick Experience).

Semua judul buku biografi ini perlu dibaca dengan memahami sejarah latar zaman, agenda genre muzik serta falsafah perjuangan seninya.

Biografi muzikal era hippie dan woodstock beriring dengan gerakan kebangkitan kesedaran politik dalam muzik. Terutama kebangkitan seniman yang menentang amalan perang dan penghasilan bom nuklear.

Biografi woodstock mewakili zaman White House dan Pentagon berseteru hebat dengan artis rebel.

Malah, FBI dan CIA dikaitkan dalam usaha 'melupuskan' suara pemuzik yang membangkitkan gerakan anti White House dan Pentagon.

Tanpa memahami latar politik dunia dan sikap campur tangan ketenteraan AS di Korea dan Vietnam pada era Perang Dingin - kita tidak akan memahami muzik John Lennon, Jimmy Hendrick, Bob Dylan, Janis Joplin dan Chuck Berry.

Buku-buku biografi muzik era itu sangat berharga di pasaran. Pemuzik rebel zaman selepasnya, menjadikan biografi seniman hippie sebagai aspirasi.

Falsafah anti perang berubah menjadi perjuangan kemanusiaan dan nasionalisme baharu pada pemuzik intelek AS dekad 90-an.

Bono U2, Sting dan Bob Geldof, Beyond antara suara muzik sejagat yang berjuang menuntut keadilan terhadap akses makanan, kesihatan dan pendidikan di benua Afrika.

Bob Dylan dan Bruce Springteen bersuara tanpa henti menuntut terbentuknya AS yang lebih adil, bermaruah dan tidak menindas.

Selain kisah politik, buku-buku biografi artis hippie dan woodstock juga dicari kerana pembaca mahu mengetahui - komplikasi dan pengaruh buruk dadah yang memusnahkan ramai profil artis tersohor pada zaman havoc itu.

Begitulah buku memperkayakan lagi observasi kita terhadap kehidupan. Seterusnya menggerakan akal menjadi lebih tajam ketika berfikir dan "merasa" persekitaran realiti kehidupan.

Saya percaya - ratusan lagu karya Ramli tidak dicipta dengan mimpi. Melodi dan aspirasi liriknya terisi oleh pengalaman.

Semuanya hasil perjalanan hidup dan pengembaraan dunia pembacaannya.

22/09/2020

APAKAH BAJU VINTAGE ??

-semestinya barang barang terpakai/baru yg dikeluarkan lebih dr 15thn yg lepas
-akan menjadi vintage setelah dikeluarkan selepas 15thn (automatically)
-terdiri daripada baju band , filem , kartun , sport brand , vintage printed shirt , western shirt,
jacket dan segala macam yg dikategorikan sebagai baju
-tetapi rata2 manusia di pelosok dunia mencari baju band dan sport brand utk dijadikan koleksi
-band t menjadi kegilaan disebabkan music is a must to everybody.tak kisah dimanapun kita
dilahirkan,pastinya dari kecil kita akan mendengar lagu.nasyid,rock,metal dan sebagainya.
-antara lainnya baju2 yg dikeluarkan pada zaman dahulu pada harga yg tinggi ataupun baju yang
dikeluarkan secara limited
-baju2 yang dipakai oleh selebriti,tokoh2 juga menjadi rebutan dan hangat dipasaran
-bagi kategori sport brand p**a baju2 seperti nike air jordan shoe hanging,nike ballwing,levis
olympic,adidas trefoil dan sebagainya
-contoh2 gambar baju2 yg disebutkan di atas akan diupload pada ruangan akan datang

CIRI - CIRI BAJU VINTAGE

-kebanyakan yg dinobatkan baju vintage pada masa sekarang terdiri dari baju yg dikeluarkan
pada sekitar tahun 1996 dan kebawah.
-beredar mengikut masa.contohnya lima tahun dari sekarang iaitu pada thn 2015,baju yg
dikeluarkan pada tahun 2000 akan menjadi vintage secara autmatik ( berdasarkan format
barangan akan menjadi vintage setelah 15 tahun)
-baju2 yg dikeluarkan pada thn 1996 kebawah kebanyakannya adalah single stitch,kain 100%
kapas yang nipis , kain campuran 50% kapas 50% polyster,kain campuran kapas,polyster,
rayon.
-boleh dibezakan lagi menerusi tag2 label,copyright yg ditulis pada masa tersebut.

BAJU VINTAGE MEMANG X ADA TULANG TEPI ??

-anda salah sama sekali jika anda hanya mengatakan bahawa baju vintage dari thn 1996 ke
bawah tiada tulang tepi
-perlu diingatkan bukan semua baju tiada tulang
-pernah pakcik dimarahi budak yg beli baju mengatakan pakcik menipu.dalam add cakap
original takda alter tapi bila baju sampai baju alter
-baju bertulang biasanya adalah baju vintage / band tour.kebiasaan baju album tiada tulang
-tidak kisahlah baju t shirt ataupun 3qtr
-tulang original pada tepi baju yg dikeluarkan pada msa dhulu adalah kecil.jahitannya tersangat
kecil tidak seperti baju bertulang pada zaman sekarang ( contoh gambar akan disertakan)
-mengapakah ini terjadi?? ini disebabkan pengeluar,merchandiser yg ingin mengeluarkan baju
pada waktu itu menggunakan baju2 dari pengilang2 kecil lain setelah baju tidak mencukupi
utk dicetak/dikeluarkan.contohnya seperti brockum merchandiser yg tidak menggunakan
baju mereka sendiri tetapi menggunakan baju sportswear,ched atau lainnya bagi menggantikan
baju keluaran mereka setelah baju tidak mencukupi dan akan ditulis copyright oleh mereka.
-kebanyakan baju adalah baju adalah baju yg dikeluarkan semasa tour berjalan.baju2 ini adalah
baju2 yg dijual semasa tour ataupun baju2 yg diberikan utk sesiapa yg membeli tiket2 terawal
utk konsert2 tersebut
-kebiasaan baju2 ini hanya mempunyai cop C utk copyright atau TM pada tulisan baju band
sprti iron maiden C/TM.tulisan chop ini adalh kecil dan berada dibawah...
-baju2 ini ditempah pada saat akhir oleh band2 semasa tour berjalan dan pengeluar /
merchandiser tidak mempunyai bahan/baju yg mencukupi utk mencetak baju tersebut
-sumber pengetahuan ini diperolehi daripada otai2 lama dan forum2 luar negara yg saya
menjadi ahli forum.antara pengetahuan2 ini diperolehi daripada Jochen dari band S.O.D
menerusi forum yg dikelolakan oleh beliau serta collector2 maut seangkatan beliau

BAJU TAK ADA COPYRIGHT ??

-kes yg sama berlaku seperti baju bertulang dimana baju original dari merchandiser juga
kadang2 tidak mempunyai copyright
-ramai yg tidak mahu membeli kononnya takut baju tersebut tidak original/reprint
-sememangnya ada perbezaan bagi baju yg bukan original dan original jika tidak mempunyai
copyright
-printing / material juga sudah berbeza
-biasanya baju yg tidak mempunyai copyright akan mempunyai cop C/TM pada tulisan band
tersebut.sama seperti kes baju bertulang
-ini berlaku utk baju2 band yg ditempah pada saat2 akhir semasa tour sama seperti kes baju
bertulang.
-ada antara kes2 berlaku disebabkan oleh band2 menghubungi merchandiser yg kecil utk
mengeluarkan baju mereka.bukan semua merchandiser mempunyai lesen utk meletakkan cop
copyright/TM.tidak kira utk baju atau barngan lain.cop C/TM tidak boleh sewenangnya diguna
sekiranya tidak mempunyai lesen yg sah utk berbuat demikian
-dan baju2 yg tidak mempunyai date copyright adalah baju2 tour yg diberikan secara percuma
untuk pembeli tiket terawal atau yg dijual semasa tour berjalan.dan baju2 inilah yg dinobatkan sebagai RARE dan mempunyai harga yg sgt tnngi di psaran tak kira antarabangsa mahupun dalam malaysiakerana
bilangan /volume yg dikeluarkan adalah sedikit.
-gambar2 mengenai isu2 ini akan disertakan

BAJU2 YG MEMPUNYAI COPYRIGHT DATE

-baju2 ini adalah baju2 album/ baju yg dicetak selepas tour berakhir dan dijual di kedai2 muzik
atau kedai2 yg menjual baju2 merchandise
-dikeluarkan dalam volume yg banyak
-namun begitu..ada juga baju2 yg mempunyai date copyright ini dikeluarkan pada masa tour
berjalan.
-baju2 ini telah ditempah khas oleh band2 sebelum tour2 berlangsung dan dijual pada venue2
tour tersebut diadakan

BAGAIMANA HARGA BAJU2 VINTAGE INI DIBUAT

-harga dibuat berdasarkan keadaan kondisi baju , pop**ariti band tersebut , umur baju (lebih
lama lebih mahal ) jenis baju ( t's atau 3qtr), genre musik,keluaran baju,saiz
-baju deadstock sudah semstinya mempunyai value yg lebih tinggi kerana baju tersebut tidak
pernah dipakai/dicuci selama berada di dalam pasaran
-pop**ariti band juga banyak membri impak pada harga baju.lebih pop**ar band tersebut maka
lebih tinggilah nilainya
-semestinya baju2 yg mempunyai date lebih lama mempunyai harga yg lebih tinggi.ini kerana
lebih lama baju tersebut lebih susah baju tersebut didapati (seakan makin lama makin pupus)
-t's dan 3qtr mempunyai harga yg berbeza.harga 3qtr selalunya lebih tinggi.namun terdapat juga baju2 t shirt yg mempunyai value tersangat tinggi.ini berdasarkan design,volume pengeularan baju tersebut dan samada baju tersebut mempunyai sentimental value/ makna
tertentu kepada sesuatu band (selalunya baju tour)
-makna tertentu/sentimental value pada sesebuah band bermaksud kejayaan album pada masa
tersebut ataupun konsert dan tour tersebut merupakan konsert paling berjaya
-juga bermaksud pengakhiran bagi sesebuah band/ahli band tersebut.tidak lupa juga 1st tour
bagi setiap band.
-bagi genre musik p**a baju band metal dan punk mendominasi carta ialah
1) metal/punk
2) hair metal
3) rock / glam rock
4) pop
5) genre musik lain2
-pun begitu 70's band shirt juga tergolong dalam kategori band t termahal
-antara band band yg boleh dikategorikan sebagai mahal ialah iron maiden,accept,saxon,black
sabbath,led zeppelin,ac dc , rolling stone , venom, slayer, sepultura, misfits , ramones ,
testament, exodus , overkill , s*x pistols , holy mosses dan lain2 ( perincian lebih akan diberikan dalam ruangan lain)
-baju2 yang mahal ni kebanyakan dikeluarkan antara thn 1981-1990 kerana pada masa inilah
segala kisah2 ataupun history terjadi.
-bagaimana p**a dengan band2 yg established pada sekitar awal 90 an seperti soundgarden,
nirvana dan senatero dengannya?
-bagi band2 pada era ini,baju2 mereka dari album/tour mereka yg terawal secara automatik
mendapat pengiktirafan harga seperti baju pada lewat 80-an.biasanya sekitar Rm150-RM200
-harga mungkin menjadi lebih tinggi jika terdapat unsur2 yg boleh melonjakkan lagi harga baju
tersebut seperti yg saya sebutkan sebelum ini ( 1st tour / album , volume yg dikeluarkan adalah
sedikit dan sebagainya)
-saiz juga memainkan peranan yg agak penting dalam penentuan harga
-baju yg bersaiz s dan xl berada pada harga yg lebih mahal dari m serta L
(saiz s pit to pit 16-18 , xl pit to pit lebih dari 21)
-mengapakah sedemikian rupa? menurut rakan-rakan dari luar negara,ini disebabkan oleh
pada era 80an kebanyakan baju dikeluarkan dalam range saiz m dan l dek kerna saiz badan org barat pada masa itu.ini juga disebabkan oleh org2 barat lebih menyukai memakai baju
yg fit to body.jika difikirkan secara logik akal sememangnya betul kerana saiz badan mereka tidak memungkinkan mereka memakai saiz s.jadi merchandiser mengeluarkan baju bersaiz m dan L secara banyak dan saiz s serta xl dikurangkan.bagi saiz xl p**a,harga yg dijual pada masa itu lebih sedikit dari harga biasa baju2 s,m,l..(jika saiz biasa dijual 20usd,xl akan dijual pada 29 usd) dan sememangnya agak susah untuk mendapatkan baju bersaiz s dan xl.pakcik nyelam pun jumpa m dgn l ja banyak.
-utk pasaran luar negara atau negara2 barat khususnya,mereka tidak menekankan material
baju utk pricing.bermaksud,mereka tidak kisah samada baju tersebut kain 100% cotton/kain
campuran polyster.bagi mereka copyright atau thn baju dikeluarkan menjadi keutamaan
dalam menentukan harga baju.tetapi rata2 kita mengkehendaki baju 50/50..mungkin
disebabkan lebih sedap pakai.tetapi menurut seorang rakan dari german,pada thn 80an dahulu
baju baru yg diperbuat daripada kain 100% cotton lebih mahal dari kain campuran 50/50
-pengurangan penggunaan kain 50/50 pada akhir 80an disebabkan oleh enviromental cares.
pengeluar bersetuju utk tidak banyak menggunakan bahan2 sintetik seperti polyster dan lain2

Perkongsian:copypaste by
Cc:Blogspot melodramatic

SEREMBAN VINTAGE MARKETSTAY TUNED FOR ANY INFO..
19/09/2020

SEREMBAN VINTAGE MARKET
STAY TUNED FOR ANY INFO..

18/09/2020

Address

Seremban
70300

Telephone

+601137987612

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seremban Vintage Market posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Seremban Vintage Market:

Shortcuts

Share