INFAQ Specialist by Ustaz Iqbal

INFAQ Specialist by Ustaz Iqbal Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from INFAQ Specialist by Ustaz Iqbal, Shopping & retail, Seremban 2, Seremban.

18/12/2025

Jangan Fikir banyak sgt..

BERTINDAK!

Dalam rezeki kita, sbnrnya ada rezeki org lain..nak simpanan anda ada hibah?
09/12/2025

Dalam rezeki kita, sbnrnya ada rezeki org lain..

nak simpanan anda ada hibah?

Ingatkan Cip Kad Rosak, Rupanya...Kisah Pakcik di Petronas Buat Aku Tersentak.

Pagi tadi balik dari klinik, isteri tiba-tiba mengidam nak minum Tealive. Aku pun singgah la Petronas. Masa aku tunggu dalam kereta, isteri keluar pergi beli air.

Tapi bila isteri masuk balik dalam kereta, muka dia nampak lain macam. Dia kata, "Bang, tadi saya terdengar pakcik kat luar tu cakap telefon. Nada dia sedih je. Dia kata dia tak kenal sesiapa kat sini, pastu dia sebut pasal cip rosak nak isi minyak."

Aku pun pelik. Cip apa yang rosak? Cip kad bank ke? Atau dia tak reti guna sistem rebat minyak? Dalam hati aku terdetik, "Kesian pakcik ni, maybe tak pandai guna ic kot." Aku pun keluar kereta niat nak tolong ajarkan.

Bila aku tanya, "Pakcik ada masalah gapo? Boleh saya tolong?"

Jawapan pakcik tu buat dada aku sesak. Bukan pasal ic atau cip, bukan pasal kad tak boleh baca.

"Pakcik takdok duit nak isi minyak, dik..." jawabnya perlahan.

Allahu. Terus aku keluarkan phone, guna Setel, aku isikan minyak untuk dia. Sambil tu aku tanya dia dari mana. Rupanya jauh dia datang, niat nak jumpa bos/majikan lama tapi hampa, bos tu tak ada p**a. Dah la datang jauh, duit pun dah habis licin.

Apa yang buat aku paling respek (salute) dengan pakcik ni, walaupun dia tengah susah sangat, dia tak hilang maruah diri. Dia tak pergi menadah tangan minta sedekah kat orang ramai yang lalu lalang kat Petronas tu. Dia cuma mengadu nasib dalam telefon je, tapi Allah gerakkan isteri aku untuk dengar rintihan dia.

Sebelum gerak balik, aku hulurlah sedikit duit belanja buat bekal dia. Masa dia ambil tu, nampak muka dia sedih sangat, macam memendam 1001 masalah yang orang lain tak tahu.

Moga pakcik ni tabah dan kuat hadapi ujian Allah. Hari ni kita tolong orang, mana tahu esok lusa waktu kita susah, Allah hantar orang lain untuk tolong kita p**a.

Jangan sesekali mengalah!
08/12/2025

Jangan sesekali mengalah!

KISAH LELAKI YANG TERPERANGKAP 9 METER DI BAWAH AIR SELAMA 5 HARI

Korang bayangkan tak...
Gelap. Sejuk. Tekanan air mencekik.
Lima hari lima malam terperangkap dalam gua bawah air.

Ini bukan cerita dongeng.
Ini kisah benar Encik Wang, 40-an tahun.
Hilang masa menyelam di sungai Furong Town, China.

Masa tu ramai dah putus asa.
Dah lima hari tak jumpa batang hidung dia.
Tapi takdir kata lain.

Dalam kegelapan tu, dia jumpa poket udara kecil.
Sesak nafas, tapi masih ada oksigen sikit.
Perut lapar? Tangkap ikan, telan mentah-mentah.

Pasukan penyelamat datang berkali-kali.
Cari sana, cari sini - tak jumpa.
Wang sorang je dalam senyap, berpegang pada harapan nipis.

Oksigen tinggal 4% je lagi.
Dalam detik-detik terakhir, dia cuba sekali lagi.
Kelipkan lampu sekuat hati... dan NAMPAK!

Penyelam jumpa dia akhirnya.
Tarik keluar dari mulut gua tu.
Korang tahu dia buat apa lepas sampai atas?

JALAN SENDIRI ke ambulans.
Pastu minta sebatang rokok dari penyelamat.
Macam baru balik dari kedai je gayanya!

PENGAJARAN:
Selagi ada nyawa, selagi ada harapan.
Bila dunia picit kita sampai ke sudut paling sempit,
Itulah masa kita tunjuk kita PEJUANG, bukan PENGALAH.

Jangan give up, walau keadaan macam mana teruk sekali pun! 💪

Follow Best Finder untuk lebih banyak cerita menarik setiap hari!

Bakal Penginfaq Bandar Baru Bangi.. EN Safri dari Hazlin Optometrist PKNS BBBangi...Ayuh!
07/12/2025

Bakal Penginfaq Bandar Baru Bangi.. EN Safri dari Hazlin Optometrist PKNS BBBangi...

Ayuh!

22/11/2025

Yang ni sangat setuju..

walaupun dengan anak-anak murid yg buat kesalahan... nk menegur, biar berpada & beradab..

bukan menjerit marahkannya dengar 1 sekolah!
bukan menyindirnya semasa pdp dalam kelas!

Anak murid kita adalah cerminan kita..

BTW, nak menyimpan dengan perlindungan & auto infaq, kita ada solusi...

22/11/2025

Semakin lama di China , semakin aku bersyukur aku Malaysian.
Kau pegi 2-3 kali kau berani cakap China better? Wahh.

Penulisan ini sangat panjang , tiba masa untuk kau buka mata. Kau perlu sedar nikmat nyanyi lagu Negaraku.

Aku nampak 1 penulisan yang isinya memuji muji negara China sampaikan merendahkan Negara Tanah Tumpah Darah. Hati ni kalau boleh berteriak aku sudah sergah.

Tidak , aku akan jawab cara manusia beradab dan berilmu.
Ini reality kehidupan , bukan dari mata pelancong.
Tapi dari mata Rakyat China Sendiri.
Ini bukan dibuat buat ,
Marilah belajar.

Saya ulang ah , bukan dari mata Pelancong.

Yes , aku gembira setiap bulan ke China menimba ilmu cipta connection dan kaut pengalaman , atas dasar perniagaan.
Aku akan bagi kau faham kenapa Malaysia unggul di mataku.

1. Quality Of Life - Kita Jauh Bahagia.

- Kita ada lebih banyak Public Holiday , Banyak betul. Kita tiada 996 Culture ( 9am to 9pm ) 6 Hari Seminggu. Less mental pressure , less mental torture. Kita lebih santai. Kita lebih relax dan bersahaja , bahagia. Rentak kita lebih perlahan , rakyat kita masih terkawal jumlahnya. PH pun bertabur , EL lagi , MC lagi , banyakkkkkk cuti.

Kita ada Work - Life - Balance even di peringkat pertengahan.

2. Healthcare Kita - Top Tier Global Handalan

- Subsidi Gila , Yuran wad RM20 sehari , Hampir PERCUMA. Kalau kau rakyat China , duit simpanan mu kerja seumur hidup boleh habis 1 kali sahaja kau sakit. Mungkin itu juga sebabnya banyak orang kita ambil lewa soal kesihatan , tapi itu topik lain , kita ulas yang itu nanti. Kawanku sendiri ( China ) mendiang bapanya habis duit , dia cakap waktu CNY di kampung.

" Bapa sakit sudah , simpanlah duit tu , mati ni nanti "
Betul betul bapanya meninggal , dia tidak mau berubat.
Mahal. Terlalu mahal. Dia mau anaknya ada saving.

3. Pendidikan Kita - Biasanya Yang Malas sahaja Bebal.

- Pernah dengar Hukou System China ? Kalau kau bukan asli asal situ , kos pendidikan mu 3-5 kali ganda lebih tinggi and sangat susah daftar sekolah , ada Kuota. Sudahlah yuran mahal beribu ribu, berebut lagi masuk sekolah. Kita? Hampir Percuma. Contoh : Kau orang Kampung Jiangxi , Sekolah di Shenzen. Huru hara orang tuamu bayar , merayu untuk kau diterima. Baru sekolah rendah. Belum lagi menengah. 😉

4. Bahasa Kita - Broken English pun masih difahami.

- Rata Rata Malaysian boleh cakap english biarpun sikit. Senang komunikasi dengan orang luar , Bahasa Kebangsaan kita standardized walaupun ada loghat / dialek masih boleh cakap KL kalau perlu bercerita di semenanjung , atau cakap Sabah / Sarawak sesuai keperluan. China? 4,000 Loghat / Dialek / Bahasa . Sangat ramai yang tidak boleh cakap Mandarin. Padahal Mandarin tu Bahasa Kebangsaan. Sesama mereka jumpa pun tidak faham.

Aku pernah kena marah sebab tidak cakap dialeknya dia ingat aku kampung lain. Hello , saya orang Sandakan. 😩

5. Diversity Kita , Sangat Sangat Banyak Jenis.

- Makanan kita ada kepelbagaian yang terlalu banyak untuk jumlah penduduk kita yang sangat sikit , ratio yang gila . Perpaduan kita walaupun ada ja yang sempit otak atau racist masih terkawal. Masih sangat terkawal sebenarnya , belum lagi berbunuh atau berhalau halau keluar dari negara. Kita masih di tahap yang okay tapi yang racist tu tolonglah , stop bebal.

Perayaan boleh disambut terbuka bersahaja dan meriah.
Perpaduan Masyarakat Berbilang Majmuk TopTier Global. ❤️

6. Kebebasan Social Media , Capaian Dunia.

- Kau tahu China tiada Google? Tiada Youtube. Tiada FB , IG , Twitter , netflix semua tu tiada , tiada access untuk almost 95% system / search engine / website ataupun messaging system . Kebanyakan system interface business dunia tidak dapat digunapakai di China. Hari hari kena buka VPN baru dapat pakai. Penat. Maksudnya information luar negara sangat susah untuk dicapai. Kau makan yang diluluskan.

7. Alam Sekitar : Pulau , Pantai , Rainforest , Cuaca.

- Berapa jam sahaja memandu , sampai. China kau cuba pegi waktu public holiday , kau rasakanlah lautan manusia. Crowded. Kau plan sana 4 hari spend time , habis setengah hari berbaris ja , hancur itinerary . Cuaca kita sepanjang tahun boleh bercuti , biarpun panas tapi at least kau boleh berteduh. Kalau salji? Berbungkus kau sana hahahaha. Sunset kita top global , p**au kita powerhouse , life flora fauna kita excel jauh.

8. Petrol Kita Gila. Murah - Ada Bantuan Banyak Lagi.

Tiba tiba RON95 RM1.99 limit 300 liter gila apa. Di China RM4.86 1 Liter. Kau mungkin rasa mereka pakai EV mereka canggih kan? Tidak , tiada option. Terdesak. Kenapa mereka pakai EV? Gov China tidak mahu kuasa import ( negara luar ) pegang nadi pergerakan China. Waktu salji? Charge biasa yang ambil masa 50 minute jadi 1 Jam 20 Minute. Lembap. Kita? Subsidized. Itu pun ada yang curi jual. Lemah!
Kita ada banyak bantuan kerajaan , ada geran itu ini , ada kelas percuma sana sini untuk maju kedepan.

🫡 Kesimp**annya ,

Banyak , ada sangat banyak lagi. Aku ada 21 Point rasanya.
Nantilah aku kongsi lagi kalau ramai mau belajar . Aku tidak nafikan China ada kelebihan lain tapi Malaysia tetap akan unggul dimataku.

Masing masing ada kelebihan , ini tetap pilihanku.
Akhir kata dari saya , kau cuba fahami ini. 😊

" Kau memang boleh letak bandar dalam kampung ,
Belum tentu boleh keluarkan kampung dari bandar. "

Sekiranya kamu perlukan apa apa di China , dari China.
Mahu ke China , boleh contact kalau perlukan nasihat.

Untuk perniagaan , China Sangat Wonderfully Amazing.
Jangan sebab kau MELANCONG 2-3 kali , 5-7 hari kau rasa Malaysia ini kecil di Mata Dunia. Teruskan Belajar ya.

Leo , 🇲🇾 yang hampir termenangis setiap kali dengar pengumuman dalam kapal waktu landing KLIA . " Untuk Warganegara Malaysia , Selamat Pulang Ke Tanah Air

Kredit : Murray Leo Graham

Kepada peminat kelajuan..Boleh tmbh ilmu..Boleh tmbh impian..hehe
21/11/2025

Kepada peminat kelajuan..

Boleh tmbh ilmu..
Boleh tmbh impian..

hehe

Address

Seremban 2
Seremban
70300

Telephone

01132330323

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when INFAQ Specialist by Ustaz Iqbal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share