30/07/2017
π¦```Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan.```
π¦```Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.```
π¦```Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.```
π¦```Manakala al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.```
π¦```Sebelum menutup mata, usahakan hafal dan amal surah al-Mulk, al-Kahfi, dan al-Baqarah.```
π¦```Ada hadis nabi saw yang menyebut tentang keutamaan surah-surah ini.```
π¦```Dengan surah al-Mulk, kita selamat dari azab kubur. Hanya ada 30 ayat. Jika kita hafal sehari satu ayat, sebulan habis satu surah al-Mulk.```
π¦```Surah al-Kahfi menyelamatkan kita dari fitnah dajal. Dan memberi cahaya dari hujung kaki sehingga ke langit di Padang Mahsyar kelak. Hanya ada 110 ayat. Lebih kurang 4 bulan, selesai hafal.```
π¦```Surah al-Baqarah penyelamat kita ketika huru hara di Padang Mahsyar. Syaitan juga tidak memasuki rumah yang dibacakan al-Baqarah di dalamnya. Ada 286 ayat. Dalam setahun, boleh selesai hafal.```
π¦```Jika kita belum boleh baca al-Quran, doa minta dengan Allah jangan matikan kita lagi malam ni.```
π¦```Cari guru, dan belajarlah al-Quran.```
π¦```Yang boleh baca al-Quran, bacalah selalu. Banyak manfaatnya lepas kita mati.```
π¦```Mati hanya sekali. Lepas mati, ada orang minta mati lagi sebab tak sanggup dengan azab kubur dan pelbagai azab lagi di Padang Mahsyar dan di neraka.```
π¦```Namun tiada mati lagi selepas itu. Yang ada cuma penyesalan kerana tidak bersungguh beramal soleh ketika masih ada peluang melakukannya.```
βUstaz Dusuki Abdul Rani.π
```amin ya rob```π¦