Prihatin Kasih Ikhlas

Prihatin Kasih Ikhlas Page kami menyediakan perkhidmatan membeli sambil mewakafkan Al-Quran. Page kami ditubuhkan daripada

02/08/2022

RESET BUKU LAME JADI BUKU BARU..

Checklist mana yang belum ditunaikan.

Kalau sebelum ni..

Kita solat lambat.
Kita tak pandai baca Al-Quran.
Kita tak sedekah.
Kita asyik kejar dunia je..

Mulai hari ni azam sungguh-sungguh.

KITA UBAH SEMUA TUU.. JADI LEBIH BAIK DARI SEBELUM NI..

KITA BERUBAH BUKAN UNTUK ORANG LAIN..

tapi....

KITA BERUBAH UNTUK ALLAH SAYANG..
KITA BERUBAH UNTUK DAPAT REDHA ALLAH..
KITA BERUBAH UNTUK DAPAT SYURGA.

Ayuh ! Selagi diberi peluang bernafas, berjuanglah untuk menjadi seorang hamba Allah yang soleh dan solehah.

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan semangat hijrah Rasullulah SAW serta melakukan perubahan sikap dan tindakan kita kepada sifat-sifat mahmudah sebagaimana dianjurkan Baginda.

InShaAllah amin ya Allah ya Mujib 🤲🤲

Salam Maal Hijrah,

Daripada,
Prihatin Kasih Ikhlas



27/07/2022

APABILA KEMATIAN ITU TIBA, TIADA LAGI PELUANG KEDUA..

Mati tidak syarat tua.
Mati tidak syarat sakit.

Ia akan tiba bila sudah sampai waktunya.

Selagi sempat, hayati setiap saat dan jadilah manusia yang paling bahagia.

Iaitu..

Manusia yang berhenti nafasnya, namun tidak berhenti pahalanya.

Rasulullah SAW bersabda :

“Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.”

[Riwayat Muslim (1631)]

Kami dari Program Kasih Ikhlas AAT, membuka peluang untuk anda yang ingin wakafkan Al-Quran kepada mak ayah samada masih hidup atau telah meninggal dunia.

Al-Quran yang diwakafkan akan diserahkan kepada :
1. Pusat tahfiz
2. Golongan anak yatim
3. Institut masjid dan surau

InShaAllah… Semoga asbab wakafkan al-quran atas nama ayah akan mendapat pahala yang berterusan.

Untuk sertai ibadah wakaf, sila klik link WhatsApp dibawah.

->https://wasap.my/601136200599/NakWakaf
->https://wasap.my/601136200599/NakWakaf

NIKMATNYA DI SYURGA BILA HIDUP DAPAT BERKONGSI HARTA TANPA LIMIT. Pada zaman RASULULLAH SAW...Ada sahabat Nabi yang sang...
03/03/2022

NIKMATNYA DI SYURGA BILA HIDUP DAPAT BERKONGSI HARTA TANPA LIMIT.
Pada zaman RASULULLAH SAW...
Ada sahabat Nabi yang sangat dermawan iaitu Sayyidina Uthman Bin Affan R.A.
Selepas berhijrah, Kota Madinah kemarau.
Dan kaum Muhajirin bergantung 100% air bersih dari perigi milik yahudi.
Si yahudi p**a mengambil kesempatan iaitu dengan kenakan caj pada orang Islam..
Sedih dengan keadaan itu, Sayyidina Uthman membeli perigi tersebut dan terus wakafkan kepada semua.
Disebabkan sifat dermawan beliau, sehingga hari ini pahala masuk dalam akaun akhiratnya.
Kita pun idamkan ganjaran yang sama, kan?
Kami ingin membuka peluang kepada anda untuk bersama menjayakan program hibah al Quran bersama Mapim dan Kasih Neelofa.
InShaAllah.. Semoga saham ini yang akan menjadi penyaksian kita semua di akhirat kelak.
Ada juga yang ingin memiliki untuk diri sendiri dan juga ahli keluarga.
Untuk pertanyaan lanjut, klik di bawah
->https://wasap.my/601111513599/NakWakaf
->https://wasap.my/601111513599/NakWakaf

HARTA ADALAH UJIAN Daripada Kaab Bin Iyadh (R.A) katanya. Aku mendengar.. Rasullulah SAW bersabda :“Sesungguhnya setiap ...
02/03/2022

HARTA ADALAH UJIAN
Daripada Kaab Bin Iyadh (R.A) katanya.
Aku mendengar..
Rasullulah SAW bersabda :
“Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan”. (HR Imam Tirmizi).
Ketahuilah.. Sesungguhnya setiap harta yang kita belanjakan pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Sama ada harta tersebut digunakan di jalan yang betul ataupun salah.
Infakkan sebahagian harta dengan wakafkan Al-Quran untuk pelajar tahfiz dan anak yatim.
Antara kelebihan kelebihan wakaf kepada pelajar tahfiz dan anak yatim
- Pahala berterusan selagi mana Al-Quran itu dibaca oleh pelajar.
- Tiada bacaan yang lebih baik dari bacaan pelajar tahfiz.
- Membantu Pelajar tahfiz mendapat Al-Quran yang baharu dan lengkap bagi memudahkan mereka menghafal Al-Quran .
Semoga dengan harta yang diwakafkan adalah asbab amalan diterima untuk ke syurga. InShaAllah..
Yang berniat untuk keluarkan sebahagian harta untuk wakaf boleh tekan button WHATSAPP dibawah.
->https://wasap.my/601111513599/NakWakaf
->https://wasap.my/601111513599/NakWakaf

28/02/2022

Mungkin kita tidak perasan….
Disaat kita berhadapan dengan masalah. Pelbagai ikhtiar dan usaha yang kita dah lakukan, namun tidak nampak sinar harapannya.
Tetapi masalah itu selesai dengan tidak disangka-sangka. Mungkin itulah bantuan Allah dan asbab kita pernah membantu orang lain sebelum ni..
Rasullullah bersabda :
"Barangsiapa meringankan beban orang dalam kesulitan, maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat." (HR Muslim)
Ayuh kita bantu pelajar tahfiz yang memerlukan dengan mewakafkan Al-Quran untuk kegunaan pembelajaran mereka.
Mungkin dengan kita mewakafkan Al-quran kepada anak-anak tahfiz hari ini, lahirnya hafiz dan hafizah yang bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak.
Antara kelebihan yang terdapat di dalam Al-quran Eksklusif Ade Azhar 35 dalam 1 ialah
-Panduan tajwid berwarna
-Jenis kertas yang berkualit
-Hadis-hadis sahih
-Panduan waqaf dan ibtida’
Jom sertai program wakaf Al-quran kami dengan klik link di bawah.
-> https://wasap.my/601111513599/wakaf
-> https://wasap.my/601111513599/wakaf

25/11/2021

Kasih Ikhlas AAT mengunjungi Pusat Bimbingan Al Islah Melaka. Penyerahahan sumbangan Al Quran Premium terbitan Ade Azhar Trading sebanyak 90 naskhah untuk kegunaan oleh tenaga pengajar dan pelajar-pelajar di sini.

Turut hadir bersama adalah Tuan Mohd Khushairi Bin Abdul Khalid yang merupakan Penaung Kasih Ikhlas AAT memberi sejumlah wang sumbangan kepada wakil Pusat Bimbingan Al Islah Tuan Zairol selaku tenaga pengajar.

Kami dari pihak Kasih Ikhlas AAT mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang membeli dan mewakafkan quran ini untuk kami selaku wakil anda terus ke tempat yang memerlukan.

Ayuh sertai program Infaq Al-quran kami dengan klik link di bawah.
-> https://www.prihatinkasihikhlas.com/pages/infaq
-> https://www.prihatinkasihikhlas.com/pages/infaq

"Seikhlas memberi semurni kasih"


24/11/2021

HARI INI KITA DIATAS TANAH, MUNGKIN ESOK TANAH DIATAS KITA.
Kata Imam Shafiee :
“Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam keadaan lalai sedangkan kain kafannya sedang ditenun.”
Jangan selalu ingat kita masih “ADA MASA”.
Selagi kita masih hidup, rebutlah peluang berwakaf.
Bayangkan dengan senaskah Al-Quran yang diwakafkan kepada :
-Surau
-Masjid
-Pondok Madrasah
-Pusat pengajian
InShaAllah.. Dengan wakaf Al-quran hari ini dapat menjadi satu persiapan amalan kita di kubur dan akhirat kelak.
Jom sertai program wakaf Al-quran kami dengan klik link di bawah.
-> http://wasap.my/60111513599/WakafAlQuranT
-> http://wasap.my/60111513599/WakafAlQuranT

YA ALLAH.. ANDAI JUMAAT NI NAFAS TERAKHIRKU Maaflah segala kesalahan ku..Permudahkan sakaratul mautku..Dan matikanlah ak...
07/10/2021

YA ALLAH.. ANDAI JUMAAT NI NAFAS TERAKHIRKU
Maaflah segala kesalahan ku..
Permudahkan sakaratul mautku..
Dan matikanlah aku dalam Husnul Khotimah..
Kematian adalah suatu kepastian..
KETAHUILAH..
Kita tak pernah terlewat atau terlambat. Selagi mana Allah gerakkan hati untuk berbuat kebaikan selagi itulah kita ada peluang.
Rebutlah peluang infaq Al-Quran ni sekali seumur hidup.
Allah berfirman :
“Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.
(Surah Al-Hajj, ayat 40)
Janji Allah, tidak ada kebaikan yang sia-sia bagi orang yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah.
Bayangkan dengan senaskah Al-Quran yang diinfaqkan kepada :
-Surau
-Masjid
-Pondok Madrasah
-Pusat pengajian
InShaAllah.. Selagi mana Al-Quran digunakan. Selagi itulah pahala yang berterusan yang kita dapat.
Ayuh sertai program Infaq Al-quran kami dengan klik link di bawah.
-> https://www.prihatinkasihikhlas.com/pages/infaq
-> https://www.prihatinkasihikhlas.com/pages/infaq

Assalamualaikum dan selamat pagi !Ustaz Abdul Somad beritahu tentang jika kita tak dapat apa yang kita nak semasa hidup,...
29/09/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Ustaz Abdul Somad beritahu tentang jika kita tak dapat apa yang kita nak semasa hidup, kita tak perlu kecewa. Dan kita jika dapat, kita tak boleh sombong-sombong.

Kecewa dan sombong ini dua-dua sifat kita.

Tak dapat, marah.
Dapat, bangga dan riak.

Kena asah diri, kalau tak dapat, usaha lagi.
Kalau dah dapat, kita kongsi.

Itu tanda kita ini hamba yang bersyukur. Allah kata, lagi kita bersyukur, lagi Allah beri.

Alhamdulillah.

29/09/2021

Sihat adalah nikmat
Sembuh dari sakit adalah nikmat
Dapat bekerja itu nikmat
Murah rezeki itu nikmat
Masih hidup itu nikmat
Belum mati itu nikmat
Dapat beribadah itu nikmat
Dapat buat pahala juga nikmat
Ada keluarga itu nikmat
Bersendirian juga masih nikmat
Hidup sebagai Muslim itu nikmat
Mati dengan kematian baik juga nikmat
Doa Agar Tidak Dihilangkan Nikmat
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kehilangan nikmat, berubah kesihatan, kecelakaan secara tiba-tiba dan kesemua kemurkaanMu.
(HR Muslim, 2739)

Sabar separuh daripada iman..
29/09/2021

Sabar separuh daripada iman..

Address

No 66A Tingkat, 1, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23
Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Prihatin Kasih Ikhlas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Prihatin Kasih Ikhlas:

Share