13/01/2021
PERHATIAN KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI BAYI??..coklat tidak sesuai diberikan kepada mereka selagi belum mencapai umur 1tahun atau 2tahun..keranaaaa.
Alahan coklat
Sebenarnya, walaupun ada kemungkinan untuk wujudnya alahan kepada koko (bahan utama dalam coklat), tetapi ia sangat jarang berlaku. Ini kerana coklat itu sendiri tidak berada dalam senarai makanan alahan paling biasa, tetapi kandungan bahan-bahan tertentu di dalam coklat yang memungkinkan berlakunya reaksi alahan.
Jadi ia adalah sangat penting untuk ibu bapa membaca kandungan label sebelum memberikan coklat kepada bayi buat pertama kalinya. Seorang bayi berisiko untuk mengalami reaksi alahan jika mempunyai ahli keluarga seperti ibu atau adik-beradiknya yang turut alami alahan.
Antara bahan yang biasa menyebabkan reaksi alahan adalah seperti:
Susu
Kekacang
Gandum dan gluten
Soya
Jagung
Beri
Sebaiknya anda menunggu sehingga bayi anda mencecah usia sekurang-kurangnya setahun atau lebih baik sehingga bayi anda berusia 2 tahun, sebelum memperkenalkan coklat kepadanya.
Ketika anda memutuskan untuk memberikan bayi anda coklat, pastikan tiada alergen (bahan penyebab alahan) yang berpotensi untuk menyebabkan reaksi alahan. Sebaiknya anda mulakan dengan coklat gelap...
Nampak kesannya...kesian anak kita nnt...tapi parents semua boleh la makan coklat, jangan risau pasti selamat tiada allergy. Lagi sedap jika makan coklat almond kami.. ππ₯°