Kedai Novel Online

Kedai Novel Online kedai novel online telah mula beroperasi sejak tahun 2011
kami menerima tempahan dari seluruh dunia
BELI LEBIH KAMI BAGI DISKAUN! GUARANTY!!

READY STOKTajuk : Ti Amo, Sweetheart 100 HariPenulis : Suri RyanaHarga : RM24.00ISBN : 978-967-0874-52-4Mukasurat : 624S...
06/03/2018

READY STOK
Tajuk : Ti Amo, Sweetheart 100 Hari
Penulis : Suri Ryana
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0874-52-4
Mukasurat : 624

Sinopsis
Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?

Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

Tajuk : Polaroid Cinta ZeniaPenulis : Dila DynaHarga : RM23.00ISBN : 978-967-469-070-0Mukasurat : 544SinopsisKan kusimpa...
07/02/2018

Tajuk : Polaroid Cinta Zenia
Penulis : Dila Dyna
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-469-070-0
Mukasurat : 544

Sinopsis
Kan kusimpan segala memorimu dalam polaroid cintaku

Kau yang aku panggil sahabat...

“Sorry la Zen, aku bukan sengaja tak nak ambil kau semalam. Tengah final MU kot semalam!” – Fahad

“Alasan kau la kan. MU tu lagi penting dari keselamatan aku la? Dibuatnya aku kena culik ke... Kena perkosa ke...” – Zenia

“Aku rasa tak ada siapa kot nak perkosa kau.” - Fahad

Sentap. Tahu apa yang dimaksudkan lelaki itu. Yalah... Dia ni tomboi, tak ada siapa kot yang bernafsu tengoknya. Dengan baju loose gedoboh, rambut pendek macam lelaki. Tengok sekali imbas memang orang ingat lelaki agaknya.

Bercakaran memang kerja mereka. Tapi bila Fahad ada masalah, gadis tomboi itu juga yang dia cari. Tapi betul ke lelaki dan perempuan ni kalau berkawan rapat, mesti salah seorang akan terlebih kasih? Ya... Dan itulah Zenia. Cintanya pada Fahad hanya mampu tersimpan jauh di sudut hati paling dalam.

“Memang ini yang kau nak selama ni kan? Sebab kau memang dah lama cintakan aku. Kau memang tunggu masa aje untuk hapuskan Nadia dari hidup aku!” – Fahad Iswan

Entah bagaimana kisah hidupnya dengan pantas mentakdirkan Fahad menjadi suaminya, walaupun bukan dengan cara yang diimpikannya selama ini. Dia sendiri tidak tegar memisahkan Fahad dengan cinta pertama lelaki itu, Nadia.

Baru beberapa jam mahligai terbina, sekelip mata runtuh menyembah bumi. Zenia digelar pembunuh, dia digantung tak bertali! Fahad pergi meninggalkan sahabat yang bergelar isteri.

I tak sangka you berubah semurah ni, Zenia. Apa nilai tudung yang you pakai sekarang ni kalau kaki tetap melangkah ke tempat haram macam tu? Mana you letak maruah you sekarang?!” – Fahad Iswan

“You langsung tak layak untuk nasihatkan I Fahad. Sebab selama ni pun you lari dari tanggungjawab you! Dasar lelaki pengecut!” – Zenia Imani

Jarak lima tahun merubah segalanya. Tali yang tersimpul harus segera dilerai!
Ungkapan berpisah dilontar tekad. Dia perlu bahagia, seorang lelaki yang sentiasa berusaha membahagiakannya, Hairul Fahmi sedia menantinya.

Tapi bila berbicara soal hati, adakah cinta itu masih setia di situ?

Tajuk : Kerna Aku Perlu KamuPenulis : Adry TihaniHarga : RM22.00ISBN : 978-967-469-071-7Mukasurat : 496
07/02/2018

Tajuk : Kerna Aku Perlu Kamu
Penulis : Adry Tihani
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-469-071-7
Mukasurat : 496

Tajuk : Seri Di Laman HatiPenulis : Zara FaridaHarga : RM26.00ISBN : 978-967-2102-30-4Mukasurat : 640SinopsisHarris neka...
07/02/2018

Tajuk : Seri Di Laman Hati
Penulis : Zara Farida
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-2102-30-4
Mukasurat : 640

Sinopsis
Harris nekad. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencantas prinsipnya. Amanah yang dipegang mesti dilaksanakan. Dalam resah memikul amanah, mencari wajah-wajah yang dirindui, ketenangannya dicuri. Kehadiran Seri Nur Anissa sebagai pembantu di rumahnya mencuri sedikit tumpuan Harris.
"Betul awak dah kahwin?" - Harris
"Betul encik, saya dah ada dua orang anak." - Seri
Harris meragui kenyataan itu. Keraguan Harris membawanya untuk menyiasat siapa sebenarnya Seri. Benarkah dakwaan gadis itu dia sudah beranak dua? Kebenaran akhirnya terbongkar. Harris juga bertemu kembali dengan insan yang dicari selama ini.
"Ada apa encik telefon saya ni?" - Seri
"Tak ada apa-apa, saja nak dengar suara Seri. Maklumlah, dah empat hari tak dengar, rindu p**a." - Harris

Hati mula berlagu rindu. Kenangan hitam semalam memaksa Seri menepis segala suara rindu yang datang berbisik di jiwa. Apakah cinta Harris terbalas sedangkan Seri masih berdendam dengan keluarganya?
"Kesalahan kau terlalu besar terhadap orang tua dan adik-adik aku." - Seri
Tanpa diduga, Fahmi, anak angkat ibunya yang sudah lama terpisah hadir membawa lamaran.
"Adakah Anissa menerima saya dengan hati yang ikhlas?" - Fahmi
"Demi emak dan adik-adik saya..." - Seri
Harris atau Fahmi? Antara dendam atau kasih sayang? Mana yang menjadi pilihan Seri?

Tajuk : Pilihan Hati Mr. MillionairePenulis : Fara HanaHarga : RM28.00ISBN : 978-967-15408-1-7Mukasurat : 752SinopsisTEN...
07/02/2018

Tajuk : Pilihan Hati Mr. Millionaire
Penulis : Fara Hana
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-15408-1-7
Mukasurat : 752

Sinopsis
TENGKU DENNIS… bagai bulan jatuh ke riba. Begitulah perumpamaan bagi kehadiran lelaki itu dalam hidup Lisa. Kedudukan dan kemewahan yang dimiliki lelaki itu telah mengubah kehidupan Lisa sepenuhnya bagaikan malam yang diganti siang. Atas bawah kiri kanan dihiasi dengan kemewahan sehinggakan Lisa turut hanyut dalam dunia yang dicipta oleh lelaki itu.

LISA… apa lah sangat perempuan kampung tu, buat enjoy waktu muda ni ok lah. Begitulah niat yang disimpan oleh Tengku Dennis terhadap Lisa pada awalnya. Tapi, kuat mana je hati jantan dia tu? Lama kelamaan jadi berat p**ak hati tu nak melepaskan perempuan kampung itu dari hidupnya.

“Awak tipu! Saya tau awak yang ambik. Kalau bukan awak siapa lagi? Tengah-tengah laut p**a tu. Takkanlah ada pencuri. Saya tau saya belajar tak tinggi tapi saya tak bodoh tau. Bak balik!” – Lisa

“La… sedar diri rupanya. Ingatkan tak sedar diri. Tapi tak apa, belajar tak tinggi pun boleh pakai branded jugak kan?” – Tengku Dennis

Mr. Millionaire dan gadis kampung… datang dari dua dunia yang berbeza, lahir dari jalan cerita yang tak sama. Ini kisah kehidupan mereka yang hanyut bersama melayari lautan kemewahan dunia sehingga mereka menemui salah satu tujuan sebenar dalam sebuah kehidupan.

Tajuk : Lafazkan Kalimah CintamuPenulis : Siti RosmizahHarga : RM26.90ISBN : 978-967-5822-00-1Mukasurat : 816SinopsisTen...
07/02/2018

Tajuk : Lafazkan Kalimah Cintamu
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM26.90
ISBN : 978-967-5822-00-1
Mukasurat : 816

Sinopsis
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kep**angannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah p**a dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.

Tajuk : Titian CintaPenulis : Ridhya ImanHarga : RM30.00ISBN : 978-967-11925-4-2SinopsisDulu, dia pernah dihalau bagai k...
21/09/2017

Tajuk : Titian Cinta
Penulis : Ridhya Iman
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-11925-4-2

Sinopsis
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy p**ang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain p**a yang terjadi. “Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” –Harris “Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” –‘Aisy “Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris Kep**angan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya. “Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that’s the last thing I will do.” – Aisy Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi. Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi. Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

PROMOSI!!! 😍😍Assalamualaikum/Salam sejahterakami nak buat promosi untuk buku yang paling terlaris bulan iniHarga kasih s...
10/08/2017

PROMOSI!!! 😍😍

Assalamualaikum/Salam sejahtera

kami nak buat promosi untuk buku yang paling terlaris bulan ini
Harga kasih sayang yaaaaa

PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN

Harga sebenar: RM31

Harga promosi: RM28
Ya!!
RM28 Sahaja!!
RM28!
RM28!
:)

Postage: RM8SM/ RM12SS

Siapa yang berminat boleh terus PM yaaaa
wassap pon bolehhh
www.wasap.my/601132336267
www.wasap.my/601132336267
cepatttt!! Jangan lepaskan peluanggg

pssttt... promosi ni hanya sampai hujung minggu ni je tau! cepatttt stok dah surut...

Tajuk : Istimewanya DiaPenulis : Aina HamraHarga : RM27.00ISBN : 978-967-5289-64-4Sinopsis“Sementara abang pergi, Nana t...
06/08/2017

Tajuk : Istimewanya Dia
Penulis : Aina Hamra
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-5289-64-4

Sinopsis
“Sementara abang pergi, Nana tinggal dengan Cikgu Jasmine ya? Abang dah minta tolong dia. Sekejap aje abang pergi. Seminggu.”
Nana menundukkan kepala. “Dulu mak pun kata seke...jap ta...pi a...bah dengan mak tak... balik.”

ISTIMEWANYA DIA, Nur Hana merupakan seorang kanak-kanak lembam yang dianugerahkan untuk Irfan Qusairy. Kerana dia, Irfan banyak belajar perkara baru. Kerana dia, Irfan jadi penyabar dan kerana dia, Irfan mengenali Jasmine Khaleeda.

“Hari ni Nana cari kain batik arwah. Nak mandi katanya.”
“Oh, hari tu saya demo depan dia. Masa ajar mandi hadas.”
“Hah? Demo?”
“Eh, bukan berkemban depan dialah! Saya yang pakaikan untuk Nana! Kepala otak awak jangan nak pusing ke tempat lain.”

AWAL PERKENALAN, adalah kerana Nur Hana namun, ‘rasa’ itu semakin membuak-buak di hati masing-masing. Keprihatinan dan kelembutan Jasmine melayan Nana membuatkan hati Irfan terjerat. Tanggungjawab Irfan terhadap adiknya p**a membuka mata Jasmine dan membuatkan gadis itu nekad melamar Irfan sebagai suaminya.

JASMINE sangka pelangi indah itu muncul selamanya namun, bahang mentari melenyapkan segalanya. Disebabkan cemburu dan salah sangka, rumahtangganya retak. Dia hampir kehilangan!

MAMPUKAH Jasmine memenangi hati Nini? Adakah Jasmine terus bahagia saat Tasya datang mengganggu?

Tajuk : Jo & JoePenulis : Soo ReeHarga : RM25.00ISBN : 978-967-5289-63-7Sinopsis“Keychain?” Jo melihat Joe memegang dua ...
06/08/2017

Tajuk : Jo & Joe
Penulis : Soo Ree
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-5289-63-7

Sinopsis
“Keychain?” Jo melihat Joe memegang dua keychain kosong.
“Awak tulis satu, saya tulis satu.”
Jo tersenyum tanda faham
“Emm... jom tukar,” cadang Jo teragak-agak. Bimbang jika Joe tidak sudi.
“Okey. Emm... tapi kita tukar balik nanti. Saya tunggu awak habis sekolah.”

JANJI tinggal janji. Namun, kerana keychain itu juga, mereka bertemu kembali. Joe Aziz dan Jo Aina saling tidak mengenali. Hanya panggilan Milo dan Ais krim menjadi penghubung mereka. Lama mereka berhubungan dan akhirnya Jo mendapat tahu bahawa Joe Aziz adalah majikannya!

“Apa dah jadi dengan kau, Jo?” Dia merenung perubahan dirinya sebelum dan juga semenjak bergelar tunangan Joe. Memang banyak. Terlalu banyak.
“Dulu kau terima dia sebab nak bayar hutang saja, kan? Kenapa p**ak kau jadi tamak semacam sekarang ni?”
“Aku buat sebab sayang dia. Aku tak nak hilang dia.”
“Tak nak hilang dia, atau tak nak hilang kemewahan yang dia boleh bagi?”

SEDAR akan perubahan dirinya, Jo Aina memutuskan pertunangan. Dia tidak mahu orang menghormatinya di hadapan tapi mentertawakannya di belakang. Gelaran ‘perempuan simpanan’ cukup membuatkan dia tertekan. Akhirnya, dia menghilangkan diri.

“Kota Cinta merai dan juga menoktahkan cinta.”

DI PARIS, Jo Aina dan Joe Aziz bertemu sekali lagi. Adakah pertemuan kali ini meraikan cinta mereka? Atau mungkin menemui titik noktah?

Address

Shah Alam
40460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Novel Online posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category