Peanutzin

Peanutzin PEANUTZIN is a brand that selling books since 2015. PZ Kencana is a media division for Peanutzin since 2025. Simple Minimal

A book publisher that produced Putera Cilik, the 1st Bahasa Melayu translation in Malaysia & South East Asia region.

KAO SUPASSARA, BRONT PALARAE TERUJA JAYAKAN FILEM ‘KONG TAO’SUBANG, 19 Mac 2026 – Peminat filem tempatan dapat meraikan ...
19/03/2026

KAO SUPASSARA, BRONT PALARAE TERUJA JAYAKAN FILEM ‘KONG TAO’

SUBANG, 19 Mac 2026 – Peminat filem tempatan dapat meraikan satu lagi naskhah filem baru berjudul Kong Tao. Menariknya, filem seram terbitan produksi Malaysia ini memperkenalkan barisan pelakon antarabangsa menerusi tayangan perdana dan sidang akhbar yang berlangsung di TGV Cinema, Sunway Pyramid.

Acara tersebut menyaksikan kehadiran pelakon dari pelbagai negara termasuk bintang Thailand, Kao Supassara Thanachat; pelakon Hong Kong, Philip Keung; serta wakil Malaysia seperti Bront Palarae, Yumi Wong dan Eric Lay. Turut sama memeriahkan majlis ialah pelakon Singapura Glenn Yong dan Mayiduo, selain dua pengarah filem ini, Peiji Goh dan Yong Choon Lin.

Kao Supassara Thanachat yang baru tiba di Kuala Lumpur turut berkongsi keterujaannya dapat bekerjasama dengan produksi Malaysia, khususnya melalui babak-babak bersama Bront Palarae. Bront p**a memegang watak Amin, seorang pemandu pelancong tempatan yang membantu watak Fon (lakonan Kao Supassara) dalam menyiasat kejadian-kejadian misteri yang berlaku.

Bagi Kao, dirinya sangat gembira dapat membintangi filem ini dan menyifatkan cabaran berbeza bahasa itu sebagai latihan dirinya untuk melangkah jauh kerana ini merupakan filem pertamanya di peringkat antarabangsa.

Berbeza p**a dengan Bront Palarae, filem kali ini nyata memberi keseronokan buatnya kerana memainkan watak yang lain daripada kebiasaannya.

Menurut kedua-dua pengarah, filem ini dihasilkan hasil inspirasi daripada kepercayaan dan kisah mistik yang wujud dalam masyarakat Asia Tenggara. Kajian mendalam terhadap elemen budaya serta amalan tertentu menjadi asas dalam membentuk naratif yang lebih autentik dan dekat dengan penonton serantau.

Peminat filem seram tempatan boleh mula menonton filem Kong Tao mulai 19 Mac 2026 di seluruh pawagam tempatan.

-- PZ Kencana

SUARA YANG ANDA KENALI, SEJARAH YANG ANDA KAGUMISHAH ALAM, 5 Februari 2026 – Selepas 26 tahun meninggalkan 'dunia' Edisi...
05/02/2026

SUARA YANG ANDA KENALI, SEJARAH YANG ANDA KAGUMI

SHAH ALAM, 5 Februari 2026 – Selepas 26 tahun meninggalkan 'dunia' Edisi Siasat, personaliti televisyen (TV) pop**ar, Wan Kamaruddin Wan Ibrahim kembali memeriahkan industri seni tempatan, tetapi dengan corak berbeza.

Kini bukan lagi membongkar kes jenayah dan isu-isu semasa, beliau muncul bagi menghidupkan semangat pahlawan Naning dalam Sesi Pembacaan Skrip Teater: Dol Said.

Wan Kamaruddin yang belum pernah muncul dalam mana-mana sesi baca skrip mahupun menjadi pelakon teater ini begitu teruja untuk membawakan naskhah yang dihasilkan oleh penulis skrip Walid Ali.

Acara yang ini akan berlangsung di Studio Sedar Ruang, Shah Alam, sebuah ruang ekspresi seni yang pernah mementaskan beberapa teater, baca-baca, persembahan akustik dan pelbagai lagi bentuk acara melibatkan kesenian.

Acara Baca-Baca Skrip Teater Dol Said oleh Wan Kamarudin bakal dipersembahkan pada 7 Februari 2026, Sabtu jam 3 petang, berdurasi 60 minit.

Tiket Baca-Baca sudah mula dijual melalui platorm
https://www.cloudjoi.com/shows/5262-baca-baca-skrip-teater-dol-said-oleh-wan-kamarudin dengan harga: RM10.

Untuk rekod, tahun lalu, Studio Sedar Ruang mengadakan pementasan Teater Keluang Man, iaitu pementasan adapatasi animasi ke bentuk teater pertama seumpamanya di Malaysia yang berjaya menarik kehadiran kira-kira 350 penonton, bagi lima kali pementasan, sekaligus menjadikan kesemua waktu pementasannya sebagai 'full house'.

--PZ Kencana

"CAHAYA DI HATI", BUAH TANGAN PERTAMA EL-IHYA'SHAH ALAM, 30 Januari 2026 – Industri muzik tanah air dimeriahkan dengan k...
30/01/2026

"CAHAYA DI HATI", BUAH TANGAN PERTAMA EL-IHYA'

SHAH ALAM, 30 Januari 2026 – Industri muzik tanah air dimeriahkan dengan kehadiran kump**an nasyid terbaharu, El-Ihya'. Kump**an nasyid ini tampil dengan lagu berjudul "Cahaya di Hati".

Bermula sebagai minat ketika belajar di Darul Quran, kump**an yang memperjuangkan genre nasyid ini mencuba untuk kekal relevan sebagai antara pendatang baharu dalam landskap muzik tempatan.

El-Ihya', dianggotai ahli seramai 7 orang terdiri daripada Irfan, Zubair, Mior, Mirza, Amir, Nabhaan & Nu'man, kump**an ini dilihat berpotensi untuk diketengahkan, memandangkan kesemua ahlinya masih muda remaja.

Lagu yang dihasilkan oleh komposer & penulis lirik Halim Ahmad ini menceritakan tentang perjalanan seseorang yang ingin mencari erti kehidupan, yang akhirnya menemukan jalan kebajikan itu mententeramkan dirinya.

Untuk rekod, kemunculan pertama mereka di televisyen menerusi program bual bicara pagi, Apa Khabar Malaysia terbitan BERNAMA TV. Penonton boleh mendengar lagu "Cahaya di Hati" di platform YouTube Soofi Studio.

-- PZ Kencana

30/01/2026

Buku macam mana yang kalian baca?

THE VOICE OF HIND RAJAB TERCALON ANUGERAH AKADEMISHAH ALAM, 26 Januari 2026 – The Voice of Hind Rajab, yang kini masih d...
26/01/2026

THE VOICE OF HIND RAJAB TERCALON ANUGERAH AKADEMI

SHAH ALAM, 26 Januari 2026 – The Voice of Hind Rajab, yang kini masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, telah disenarai pendek pencalonan Academy Award© bagi kategori Best International Feature Film, sekaligus menempatkannya dalam senarai lima finalis terbaik dunia.

Malaysia berada dalam kedudukan yang bertuah sebagai antara negara terawal yang berpeluang menyaksikan filem ini. Ketika dunia baru mula memberi perhatian terhadap pencalonannya di peringkat Academy Award©, penonton tempatan sudah boleh menghayati sendiri sebuah karya kemanusiaan yang kini menerima pengiktirafan antarabangsa.

Mewakili Tunisia, filem ini bakal bersaing sebaris dengan karya berkualiti tinggi dari pelbagai negara dan latar budaya, iaitu The Secret Agent (Brazil), It Was Just An Accident (Perancis), Sentimental Value (Norway) dan Sirat (Sepanyol).

Pencalonan ini membuktikan bahawa filem berteraskan kemanusiaan yang lazimnya kurang diberi perhatian mampu meraih pengiktirafan sehingga ke peringkat tertinggi, hasil keberanian penceritaan yang mengangkat kisah benar, empati dan nilai sejagat.

The Voice of Hind Rajab dihasilkan menggunakan rakaman suara sebenar, suara seorang kanak-kanak, doa seorang ibu serta detik-detik sunyi yang sarat emosi, lantas meninggalkan kesan yang mendalam, jujur dan sukar dilupakan.

Dalam tempoh tayangan ini, sokongan penonton Malaysia membolehkan filem ini terus dikongsi kepada khalayak yang lebih luas dan membuka ruang untuk lebih ramai menghayati sebuah kisah kemanusiaan yang memberi makna.

Penonton masih boleh menonton filem berkenaan di pawagam berhampiran rumah anda di seluruh Malaysia.

-- PZ Kencana

“LEMBAYUNG SAJIAN ASLI” KONSEP BERBUKA PUASA SUASANA DESAOleh wartawan PZ Kencana, EllyshaSUBANG JAYA, 24 Januari 2026 –...
24/01/2026

“LEMBAYUNG SAJIAN ASLI” KONSEP BERBUKA PUASA SUASANA DESA
Oleh wartawan PZ Kencana, Ellysha

SUBANG JAYA, 24 Januari 2026 – Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Semesta Event Space dengan kerjasama The Venue memperkenalkan bufet istimewa bertemakan “Lembayung Sajian Asli”, yang akan berlangsung dari 19 Februari hingga 18 Mac 2026 bertempat di Semesta Event Space, Sky Park @ One City, Subang Jaya.

Bufet yang menyajikan pelbagai hidangan tradisional autentik ini dimasak secara kawah berasap membangkitkan nostalgia suasana di kampung. Antara hidangan utama yang ditawarkan termasuk nasi keladang istimewa, asam pedas daging tetel, ikan patin tempoyak, gulai kawah daging, ayam salai lemak cili padi, ulam-ulaman segar, sambal tradisi serta pelbagai kuih-muih dan pencuci mulut warisan.

Pengalaman bufet masakan warisan ini turut dimeriahkan dengan kiosk makanan secara live seperti kambing panggang, roti jala, lempeng kelapa, aneka sup, pasta panas, rojak kampung, cendol sawit serta stesen minuman dan kopi. Keseluruhan konsep bufet ini dilengkapkan dengan live cooking, persembahan live band, serta suasana eksklusif yang sesuai dinikmati bersama keluarga, rakan-rakan mahupun pelanggan korporat.

Menariknya, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan sepanjang tempoh bufet, termasuk sebuah motosikal sebagai hadiah utama.

Pengasas Semesta Event Space, Farlisa binti Yaafar, yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam industri penganjuran majlis berkata, “Lembayung Sajian Asli” bukan sekadar bufet biasa, malah satu pengalaman gastronomi yang mengetengahkan masakan kampung autentik, tradisi masakan kawah dan elemen warisan yang jarang ditemui di kebanyakan bufet.”

Bagi pembelian awal, harga promosi ditawarkan bermula RM69 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak (5–12 tahun) dan RM60 untuk warga emas (60 tahun ke atas), tertakluk kepada terma dan tarikh promosi. Tempahan awal dibuka sehingga 1 Februari 2026.

Semesta Event Space turut menyediakan pelbagai kemudahan lengkap termasuk dewan berhawa dingin, surau, tandas, parkir berbumbung, parkir EV serta akses mesra OKU, menjadikannya lokasi ideal untuk berbuka puasa dan penganjuran majlis korporat sepanjang Ramadan.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi [email protected]
atau berhubung terus dengan pasukan jualan yang tertera pada bahan promosi rasmi.

Dapatkan diskaun tambahan 5% dengan menggunakan kod promo PZKENCANA5.
Sah untuk HARGA DEWASA SAHAJA
(Promosi early birds untuk 2 hari pertama).

Lokasi:
SEMESTA EVENT SPACE
Level 1A, Sky Park @ One City
47650 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

Media Sosial:
Instagram:
TikTok: .eventspace
Threads:
Facebook: Semesta Event Space



#2026



-- PZ Kencana

“MALAM SIMFONI LUKA” UBAH LOKASI KE ZEPP KUALA LUMPURKUALA LUMPUR, 23 Januari 2026 – Khalayak sedia maklum dengan kombin...
23/01/2026

“MALAM SIMFONI LUKA” UBAH LOKASI KE ZEPP KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2026 – Khalayak sedia maklum dengan kombinasi tiga nama yang akan disatukan di satu pentas pada 24 Januari 2026 ini.

Tiga nama besar dari dunia alternatif dan pop moden, For Revenge, Insomniacks, dan Midnight Fusic bersatu di bawah satu pentas dalam konsert epik bertajuk “Malam Simfoni Luka”, yang akan berlangsung pada jam 8 malam.

Namun atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan, lokasi untuk MALAM SIMFONI LUKA telah diubah ke ZEPP KUALA LUMPUR.

Lokasi baru ini dipilih bersesuaian dengan sisi teknikal dan menjadikan malam itu kelak lebih intimate dan dekat dengan para peminat. Untuk pemegang tiket, tiket sedia ada kekal sah untuk masuk.

Konsert ini menjanjikan sebuah pengalaman sonik yang menyatukan rasa duka, cinta, dan harapan melalui alunan muzik dan lirik yang mencerminkan perjalanan jiwa generasi muda masa kini.

Dengan reputasi For Revenge sebagai band post-hardcore yang terkenal dengan persembahan bertenaga dan lirik penuh makna, digandingkan dengan pesona pop moden Insomniacks serta nuansa dreamy alternatif Midnight Fusic, “Malam Simfoni Luka” dijangka menjadi malam yang menggetarkan hati setiap pencinta muzik tempatan dan serantau.

Selain persembahan utama daripada tiga kump**an ini, konsert ini turut menampilkan pencahayaan sinematik, susunan muzik live yang diolah semula secara eksklusif, serta visual khas yang akan membawa penonton menyelami setiap emosi yang terkandung dalam lirik lagu persembahan mereka.

Tiket telah telah dijual mulai 14 November 2025 melalui laman rasmi www.ticket2u.com.my

Maklumat Konsert:
Lokasi konsert Simfoni Malam Luka telah dipindahkan.
📍 Lokasi Baharu: ZEPP KUALA LUMPUR
📅 24 Januari 2026, 8 malam

Tiket sedia ada kekal sah.

Jumpa anda di ZEPP KUALA LUMPUR bersama For Revenge, Insomniacks, Midnight Fusic
www.ticket2u.com.my

-- PZ Kencana

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM) BUKA PUSAT PEMBELAJARAN IMERSIFKUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – YBrs. Encik Edy Irwan ...
21/01/2026

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM) BUKA PUSAT PEMBELAJARAN IMERSIF

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini telah menyantuni sesi Majlis Pembukaan Pusat Pembelajaran Imersif di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Projek di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas Rolling Plan 5 (RMKe-12 RP5) serta merupakan sebahagian daripada Inisiatif Belanjawan 2025 di bawah Pendigitalan Khazanah Warisan Negara telah bermula pada 15 Mac 2025 dan disiapkan sepenuhnya pada 28 November 2025.

Pusat ini merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan memperkenalkan dan memanfaatkan teknologi terkini seperti Realiti Maya (VR), Realiti Terimbuh (AR), Metasemesta (metaverse), Hologram, Avatar Pustakawan, skrin LED Melengkung, panel interaktif, Robozone serta AR Photobooth. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memperkaya pengalaman dan pembelajaran digital kepada pengguna serta memperkukuh peranan PNM sebagai peneraju perpustakaan yang moden dan progresif di Malaysia.

Projek Pembangunan Pusat Pembelajaran Imersif ini juga bertujuan memperluas akses kepada sumber maklumat digital serta menggalakkan penggunaan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh perpaduan masyarakat melalui pelaksanaan program literasi digital yang lebih komprehensif.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus menekankan usaha dalam memperluaskan penggunaan teknologi moden dalam setiap perkhidmatan perpustakaannya. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong pembangunan modal insan, malah turut mengukuhkan perpaduan nasional melalui penyediaan peluang pembelajaran yang inklusif dan bersepadu, berasaskan teknologi, kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang atau tahap pendidikan.

-- PZ Kencana

KEMPEN MELAWAT SELANGOR DITERUSKAN SELARI KEMPEN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026SHAH ALAM, 19 Januari 2026 — Selangor mengum...
19/01/2026

KEMPEN MELAWAT SELANGOR DITERUSKAN SELARI KEMPEN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

SHAH ALAM, 19 Januari 2026 — Selangor mengumumkan kesinambungan kempen Tahun Melawat Selangor sehingga tahun 2026, selari dengan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di peringkat nasional. Langkah ini memperkukuh peranan Selangor sebagai antara pintu masuk utama pelancongan negara serta penyumbang penting kepada agenda pemulihan dan pertumbuhan industri pelancongan Malaysia.

Dengan sasaran nasional sebanyak 47 juta ketibaan pelancong di bawah TMM2026, Selangor mensasarkan 9 juta pelancong pada tahun 2026, didorong oleh prestasi berkesan sepanjang kempen Tahun Melawat Selangor 2025. Negeri ini mencatat pencapaian awal apabila berjaya merekodkan 80 peratus daripada sasaran 8 juta pengunjung seawal September 2025, sekali gus memberi keyakinan untuk meneruskan momentum ini ke tahun berikutnya.

Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, berkata kesinambungan kempen ini mencerminkan komitmen berterusan negeri Selangor dalam menyokong TMM 2026. Kami memilih untuk lebih ke hadapan dengan semangat yang baharu. Pelanjutan kempen Tahun Melawat Selangor membolehkan kami memperkenalkan lebih banyak pengalaman terbaru, memperkukuh kerjasama strategik serta menggalakkan para pelancong untuk terus kembali ke negeri Selangor,” katanya.

Sepanjang tahun 2026, negeri ini akan menganjurkan lebih 90 acara berteraskan pelancongan yang berlangsung hampir setiap minggu di seluruh negeri. Antara acara utama yang akan kembali dianjurkan ialah Selangor Travel Fair, Selangor Food Mega Festival, Selangor Coffee Festival dan Festival Sawah Padi Selangor, selain pelbagai program lain. Maklumat lengkap dan kemaskini acara boleh didapati menerusi platform rasmi Tourism Selangor di [https://selangor.travel/calendar-of-events-2026/].

“Pelancongan berasaskan komuniti juga akan terus menjadi tunjang strategi negeri Selangor, dengan program Hos Komuniti Setempat Selangor dijangka diperluaskan pada tahun 2026 susulan pelantikan 49 hos komuniti pada tahun sebelumnya. Inisiatif ini bertujuan memperkasa komuniti setempat sebagai pencerita, pemandu dan duta kepada destinasi masing-masing, sambil mengetengahkan pengalaman tempatan yang autentik merangkumi kehidupan desa, makanan tradisional, warisan serta tarikan alam semula jadi”, tambah beliau lagi.

Sebagai pintu masuk antarabangsa utama negara, negeri Selangor terus memainkan peranan yang strategik bagi menyambut para pelancong ke Malaysia. Gabungan tarikan bandar, keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya serta kemudahan jaringan perhubungan menjadikan negeri Selangor sebagai sebuah destinasi lengkap, sama ada sebagai hentian pertama pelancong atau sebagai destinasi utama pelancongan.

Seiring dengan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026, Negeri Selangor mengalu-alukan para pelancong untuk menjangkakan lebih banyak kejutan, pengalaman yang dipertingkatkan serta hubungan bersama komuniti di Selangor yang lebih erat sepanjang tahun.

-- PZ Kencana

PAMERAN INFINITE, EVOLUSI IDEA MASA DEPAN PARA PELAJARKUALA LUMPUR, 12 Januari 2026 — INFINITE 2025 merupakan perayaan k...
12/01/2026

PAMERAN INFINITE, EVOLUSI IDEA MASA DEPAN PARA PELAJAR

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2026 — INFINITE 2025 merupakan perayaan kreativiti tanpa had dan evolusi reka bentuk, khususnya buat para pelajar Universiti SEGi Kota Damansara dan Kolej SEGi Subang Jaya.

Diilhamkan dengan idea dan imaginasi tanpa sempadan, INFINITE mewakili perjalanan yang berterusan dalam penghasilan karya, sama ada aplikasi, rekaan grafik mahupun keusahawan.

Pameran ini menghimpunkan pelajar yang lulus dari pelbagai disiplin reka bentuk, pembangunan aplikasi serta keusahawanan bagi menonjolkan hasil projek berdaya maju, bernilai penyelidikan dan mempunyai pemikiran kolaboratif.

Lebih daripada sekadar pameran, INFINITE 2025 membawa pengunjung untuk mendekati sendiri pengalaman simulasi hasil para pelajar.

Melihat pada hasil usaha Harishvardhan Anbalagan yang menghasilkan projek Rev-Rush, sudah cukup membuktikan potensi yang ada pada pelajar ini.

Rev-Rush menangkap semangat retro yang digabungkan dengan elemen permainan futuristik, menyatukan nostalgia arked era 80-an dengan budaya permainan moden.

Selain itu, Nur Ellyshazdeanna p**a tampil dengan idea, aplikasi prototaip, Mind Connect.

Menurutnya, aplikasi prototaip ini diharap dapat menghubungkan orang ramai kepada sistem sokongan Kesihatan Mental, seterusnya menjadi pusat sehenti dalam satu aplikasi.

Tidak kurang hebatnya, projek usahawan yang diberi nama Ruckfolkx Empire.

Menurut Nur Dini Nadiah Mohd Izuddin, projek jenama pakaian jalanan Malaysia ini diilhamkan daripada budaya fesyen sukan permotoran, dengan tujuan menggalakkan gaya yang boleh dipakai oleh sesiapa sahaja.

Pameran yang telah dijalankan ini seharusnya diberikan sokongan agar pelapis generasi masa depan negara mempunyai cetusan idea, seterusnya mampu berdaya saing dengan jenama, aplikasi & perniagaan di peringkat antarabangsa.

-- PZ Kencana

Address

42A Jalan PULAU ANGSA U10/16, SEKSYEN U10
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+601110586861

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peanutzin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Peanutzin:

Share

Category