Ejen Payarechut

Ejen Payarechut Edisi pengembaraan dua orang budak bersama segumpal karya penulisan anak-anak muda.

Menjual pelbagai genre zine dan pelbagai jenis bahan bacaan tiap hujung minggu di-merata tempat tumpuan khayalak, juga di atas talian. Tidak tertakluk pada penulisan, bagi yang berhasil punyai band musik, kami juga bersedia untuk menjual dan mempromosikan cd album dan EP kamu semua.

BUKU TERPAKAI - UNTUK DIJUAL
23/03/2014

BUKU TERPAKAI - UNTUK DIJUAL

17/02/2014

Hibernasi yang panjang. Ada 3 judul zine yang masuk dan belum lagi diupload. Aahhh, maaf!

26/01/2014

Ya, betul. Kami tidak di dukung oleh sesiapa termasuk dato', atau pembesar-pembesar negeri ini. Kami di dukung atas idea 'janggal'; untuk memberitahu pada semua bahawa membaca itu bukan sekadar hobi bahkan ia adalah tanggungjawab dan kewajiban. Dan kalian tidak perlu takut.

Kami bukan menolak, bukan juga menerima. Tiada benar, tiada salah. Yang tentukan cuma yang membeli, yang membaca. Jika benar zine itu penuh dengan puisi-puisi jijik, meleleh-leleh, bercampur-campur bahasa busuk, itu hanya pandangan peribadi sesiapa pun dan tidak sesiapa pun yang menghalang. Juga, bukan menjadi penyebab untuk anda berhenti membaca.

Carilah sesuatu.

Anggaplah RM5 yang anda habiskan untuk membeli barang-barang kami, seperti anda menghabiskan RM5 untuk secawan kopi Starbucks.

19/01/2014

Minggu ke-2, khayalak mula menerima dan 'perasan' akan kehadiran kami. Mungkin juga kerana poster kami "Buku Bukan Bom. Jangan takut!".

Kami terharu apabila ada keluarga cina yang datang berbual dengan kami dan menghulurkan RM5 sebagai sumbangan, juga sekumpulan cewek Indonesia comel yang masukkan beberapa not RM1 ke dalam tabung kami. Terima kasih!

Kami masih mengharapkan ada anak-anak muda (baca: Melayu), terutama yang membawa kekasih berjalan di Tasik Antan Batura, supaya datang, jenguk kami dan tidak menjeling sinis ke arah kami seolah-olah kami sedang duduk disitu dan tidak diredhai Tuhan.

Apa pun, terima kasih untuk semua yang peduli!

"Bila selak halaman demi halaman, rasa macam menonton karekter-imajinasi di dalam tivi sewaktu kecil. Lalu disebabkan ik...
19/01/2014

"Bila selak halaman demi halaman, rasa macam menonton karekter-imajinasi di dalam tivi sewaktu kecil. Lalu disebabkan iklan, kita tukar siaran demi siaran; penuh menyeronokkan, surreal, dan comel" - Abdullah Sam Ahmad, 21.

[LUKIS SAMPAI MUNTAH]

Pelukis: Farid & Dee
Konten: Lukisan/doodle
Harga: RM3 (tidak termasuk pos)

Zine hardcore sulung dalam almari kami dan akan dibawa pada esok hari (sabtu) di tasik Antan Batura (bersebelahan dengan...
17/01/2014

Zine hardcore sulung dalam almari kami dan akan dibawa pada esok hari (sabtu) di tasik Antan Batura (bersebelahan dengan PKNS).


[LAHABAU #1]

EDITOR: Pisunx San
KONTEN: Artikel, review, interview, etc
HARGA: RM 3 (tidak termasuk pos)

Semalam, ketika kami sedang mencari karya-karya baru, kami terbaca ini.Jemput baca!
30/12/2013

Semalam, ketika kami sedang mencari karya-karya baru, kami terbaca ini.

Jemput baca!

26/12/2013

Isu keterbukaan melampau buku alternatif di Edisi 7 NTV 7, 25 Disember 2013. Bagaimana anda melihat perkara ini?

"Sejarah tamadun membuktikan bagaimana membaca memberi sumbangan yang kukuh dalam pembentukan tamadun manusia dan mening...
22/12/2013

"Sejarah tamadun membuktikan bagaimana membaca memberi sumbangan yang kukuh dalam pembentukan tamadun manusia dan meningkatkan kualiti hidup manusia. Untuk masa hadapan, Malaysia wajib menuju ke arah pembentukan sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan. Sebuah masyarakat yang dipenuhi oleh para ilmuwan, cendekiawan dan rausyanfikir.

Pendidikan masa hadapan perlu menerap dan menggalakkan pemikiran kritis. Jika kita terus menyekat pemikiran, negara akan terus mundur."

Ditakdir sudah bila Safiyah berumur sekitar lima tahun soalan yang ditanyakan kepada mamanya; selain soalan lazim seperti “mama buat apa di Parlimen; atau kenapa ceramah selalu kena malam-malam?;”

"Mentari dan awan. Siapa aku untuk berdiri sendiri."Nasio. Zine yang juga ditulis oleh salah seorang penulis zine Pancak...
19/12/2013

"Mentari dan awan. Siapa aku untuk berdiri sendiri."

Nasio. Zine yang juga ditulis oleh salah seorang penulis zine Pancakes. Memiliki zine ini (dengan imej muka hadapannya) mengingatkan saya pada Tim Burton.

[NASIO]

PENULIS: Eqha Anwar
KONTEN: Sajak, puisi, catatan.
HARGA: RM 5 (tidak termasuk pos)

p/s: ini edisi yang perlu disambar dengan pantas!

"Disana, aku perhati kepul-kepul awan comel gula-gula kapas merah jambu beroma vanilla"Ini zine yang comel dari hati 3 o...
18/12/2013

"Disana, aku perhati kepul-kepul awan comel gula-gula kapas merah jambu beroma vanilla"

Ini zine yang comel dari hati 3 orang perempuan. Dengan muka hadapan yang minimalis, di dalamnya anda akan terjumpa satu pusaran jiwa yang baru.

[PANCAKES]

PENULIS: Saemah A.R, Kimi Ismawi & Eqha Anwar
KONTEN: Sajak, catatan peribadi, quote.
HARGA: RM 5 (tidak termasuk pos)

--ini edisi terhad. PM kami jika anda berminat :)

Ini zine yang lain dari yang lain. Bukan kerana konten/isi. Tetapi beliau menggunakan zine untuk berbicara tentang filem...
18/12/2013

Ini zine yang lain dari yang lain. Bukan kerana konten/isi. Tetapi beliau menggunakan zine untuk berbicara tentang filem dan seisi dunianya. Edisi sulung yang rare!

[GELANGGANG FILEM FANZINE]

EDITOR: Xrantarox Farid
KONTEN: Esei, review, interview, etc
HARGA: RM5 (harga tidak termasuk pos)

PM segera!

Address

Jalan Pulau Angsa AU10/A Seksyen U10
Shah Alam
40150

Telephone

+60126453776

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ejen Payarechut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category