27/07/2026
Pelumba muda Malaysia, Qabil Irfan Azlan, berjaya meraih dua mata kejuaraan dalam Perlumbaan 2 kategori Moto4 EC 2026 di Litar Magny Cours, Perancis semalam.
Kejayaan itu diperoleh selepas beliau dinaikkan ke kedudukan ke-14 berikutan penalti yang dikenakan terhadap pelumba, Izan Rodriguez.
Mewakili pasukan SIC GRYD Racing, Qabil yang memulakan saingan dari petak ke-23 telah mempamerkan tunggangan agresif dalam usaha untuk merapatkan jurang dengan pelumba hadapan.
Walau bagaimanapun, hasrat tersebut terhalang apabila beliau terperangkap dan terpaksa bersaing sengit dalam kelompok pertengahan sepanjang perlumbaan.
Walaupun sempat menerajui kelompok kedua pada satu ketika, akhirnya pelumba berusia 14 tahun itu menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 sebelum keputusan rasmi meletakkannya di tangga ke-14.
Secara keseluruhan, pelumba asal Terengganu ini mengumpul 10 mata dari pusingan di Perancis, sekali gus meletakkan beliau di kedudukan ke-6 dalam carta keseluruhan Moto4 European Cup musim ini.
๐ท : ZK Racing