09/09/2012
kredit to Adam Achmed
Salam sejahtera, (sambungan dari minggu lepas…)banyak yang bertanyakan pada saya untuk mengesahkan kebenaran duit Iraq Dinar yang berpotensi akan menjadi Jutawan suatu hari nanti. Baiklah… saya rasa pertanyaan ini datang lagi dari “penyimpan baru” ataupun yang sudah lama bertahun s**a menanya perkara yang sama saban hari. Sebenarnya saya juga ingin tahu dari saudara apa sebenarnya yang saudara inginkan ?
Satu lagi saya menyalahkan “seller” kerana mengajak insan2 yang masih rapuh kefahamannya mengenai pelaburan ini dan menjanjikan sesuatu yang kita tidak pasti bila ia berakhir. Adakah ketetapan dari saya untuk mengatakan bahawa ianya sudah ditakdirkan atau tersurat ia akan menjadi demikian. Di sini ingin saya mengatakan bahawa saya juga golongan “biasa” seperti saudara semua dan tidak ada sebarang keistimewaan dari saya.
Sejak 2, 3 dekad ini, wujud atau timbul desakan diri untuk menjadi lebih baik dari tahap biasa. Maksud saya masyarakat kini sudah mula berkeinginan untuk mendapat sesuatu yang istimewa. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Dalam pada berjaya, ada yang cukup2 makan dan pada gagal p**a ada yang sampai berhutang keliling pinggang dan lebih buruk lagi sehingga memberi kesan negatif pada hidup mereka sehinggalah membawa kepada masalah keluarga, rumah tangga dan jenayah.
Sejak 80-an sehingga 2012. Ramai yang telah membuktikan usaha berterusan tanpa menoleh ke belakang mengenai konsep “berani gagal” adalah sangat terbaik bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat. Ramai yang sudah ada prinsip “berani gagal” tidak lagi menoleh ke belakang sambil mengharap insentif, bonus, kenaikan pangkat gaji dari majikan saban tahun. Sambil itu berusaha mencari majikan baru yang boleh menawarkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dikecapi sekarang. Daripada kesedaran diri sebahagian masyarakat mula sedar tentang pentingnya masa depan dan semasa kita tidak mampu bekerja seperti hari ini. Kita (sebahagian yang sedar, sebahagian tidak kisahpun).
Masa ini sudah ada pelbagai ‘jalan’ yang boleh meralisasikan kehidupan kita untuk menjadi lebih selesa pada masa depan. Selain KWSP (sesiapa yg tiada KWSP kena lipat gandakan usaha kerana tabung masa tua sangat penting dan wajib ada jika tak mahu menyusahkan ‘orang lain’.) Kemudian kita mula melihat performance menabung p**a, untuk yang inginkan lebih dari tabungan biasa mula memilih untuk ke skim ASB atau Unit Trust (lebih 90 Unit Trust) yang termasuk pakej2 pengurusan wang yang ditawarkan oleh pelbagai sektor perbankan.
Kemudian zaman mula berubah secara amat drastik di mana “skim cepat kaya” diperkenalkan. Ia wujud dalam pelbagai2 gaya dan jenis. Semua adalah satu iaitu menghulurkan wang ke atas dan dan atas dan atas…. (skim priramid). Samada berbentuk cagaran barang, material atau berbentuk bisness. Semuanya adalah berkonsep Piramid dengan menjaga rantaian anda sendiri dan terus berusaha untuk maintain sampai bila2. Konsep barang dari produk penapis air, kerusi urut, ubata2an, insurans, barang kecantikan, makanan, barangan komunikasi dan barang dapur (semuanya adalah berterasan menjual atas jenama sendiri atau penjenamaan semula.) – Ramai yang berjaya dan lebih ramai hancur lebur.
Kemudian fasa agricultural p**a ‘menyelit’ disebalik aktiviti2 mencari downline (skim cepat kaya). Tumbuh p**a pengusaha cendawan, keli, arowana, walit, lumut, kayu gaharu, ayam serama, kambing,cicak tokeng, lembu dan sebagainya. Ada yang benar berjaya dan ada yang letak nama saja. Begitulah kita yang sentiasa perlu peka dengan keadaan sekarang yang banyak palsu dari yang benar.
Timbul p**a fenomena menyimpan koleksi matawang. Pelbagai matawang mula disenarai pendekkan untuk simpanan yang dikatakan, dipercayai boleh memberi keuntungan pada satu hari nanti. Sudah tentulah insan yang celik mindanya takkan mudah percaya, lurus dan menganggukkan kepala begitu sahaja. Masalah di sini ramai yang “masuk” pelaburan ni dan kemudian menanya seperti belum tahu apa2… satu saja persoalan saya dengan saudara.. “Macam mana boleh terperangkap dan beli Dinar Iraq ? He he he… kenapa masuk tanpa usul periksa.. adakah sudah bersedia untuk menerima kenyataan bahawa kita sedang berurusan dengan pihak yang berada di luar negara.. bukan dalam negara pun.. tanpa bantuan kerajaan dan penguatkuasa tempatan. Malahan penguatkuasa dan akhbar sudah melarang saudara memiliki Dinar Iraq kerana ia adalah omong kosong ‘penjual’… kenapa beli…??
Jika saudara beli juga.. ia sudah menunjukkan tahap pengetahuan atau kepercayaan saudara luar biasa seperti saya dan sahabat2 yg sudah tegar dengan azab sebagai penyimpan… saya percaya sahabat2 yang baru menyimpan pun sedikit2 malah ada yg sekeping dua saja.. mungkin paling banyak pun 1 juta. Kami di sini sudah menyimpan lebih dari yang sahabat baru fikirkan malah sentiasa berusaha menambah saban bulan dan sentiasa sabar menunggu berita2 yang dipercayai akan mengubah ‘nasib’ pada satu hari nanti.
1) Apakah faktor2 yang mengukuhkan pendirian terhadap dinar Iraq? Yang penting kita berbalik kepada asas (basic). Apakah ketulenan IQD ? Adakah ia benar2 matawang yang sah ? Adakah ia dicetak untuk dipakai sampai bila2 ? Untuk ini saya akan ‘attack’(analisa) matawang ini dulu untuk mengesahkan ia adalah benar atau palsu. Dimana p**a kita nak sahkan matawang ini ? Mudah.. mana2 negara akan paparkan matawang mereka di halaman sesawang bank negara mereka. So adakah Iraq mempunyai Bank negara ? ya http://cbi.iq/
Saya semak menerusi pelbagai saluran memang ia adalah halaman yang sah. Disini anda boleh selongkar pelbagai maklumat dan ada paparan mengenai IQD yang kita simpan. IQD ini adalah sah dan sedang digunakan di dalam negara Iraq (in circulation). Berapa nilainya ? anda boleh melihat tukaran nilai antara IQD, USD dan RM.. ada banyak converter yang berada dalam internet. Antara yang pop**ar ialah http://www.xe.com/
2) Matawang IQD dicetak semata2 untuk mendapatkan kapasiti penuh 30Trillion. Bermula percetakannya pada pertengahan Oktober 2003 .Saban hari, saban bulan dan saban tahun, matawang IQD dicetak melalui syarikat yang terkenal dalam membuat matawang berskala besar De La Rue. De La Rue juga telah mencetak matawang RM10,000 (dulu). Syarikat yang sangat efektif dalam membuat matawang yang berkualiti dan himpunan ciri2 keselamatan yang s**ar dipals**an walaupun cuba ditiru oleh syarikat pencetak matawang lain. Duit hasil jualan petroleum yang dijual kepada US dan seteru (dalam keadaan sanction (Chapter 7) – sekatan ekonomi antarabangsa.)
3) Pada setiap bulan keuntungan profit (tidak sebanyak selepas sekatan nanti kerana US membeli dengan kadar setong minyak (200 liter) sangat murah dgn Iraq antara USD20~30 (setong) sementara dunia termasuk Malaysia menjual /membeli minyak antara USD100~120 (setong). Hasil keuntungan ini pun Iraq masih mampu membahagikan keuntungan untuk ubat2ubatan, makanan, buku pelajaran, pakaian selain bajet untuk upah dan kos membuat IQD yang ditempah melalui De La Rue yang berpangkalan di United Kingdom. Wang hasil jualan minyak adalah dalam matawang USD, so ia tidak menjadi masalah kepada GOI (Govt of Iraq)/ CBI berurusan dgn syarikat percetakan luar. Dalam masa sanction-chapter 7, pelbagai urusan melibatkan luar negara mestilah mendapat pengesahan terlebih dahulu dari US/IMF/UN serta negara kuasa Veto. Setelah melalui pelbagai halangan dan rintangan, akhirnya.. Iraq berjaya mendapat kapasiti 30 Trillion dan percetakan IQD (yg kita pegang serta merta ditutup pada pertengahan Oktober 2011. Dalam pada berakhirnya era percetakkan IQD ini. GOI Iraq memutuskan untuk membeli kesepuluh mesin termasuk acuannya dan di bawa ke dalam Iraq. So tiada lagi anasir luar termasuk de la rue itu sendiri boleh trace kod(code) untuk mencetak duit IQD lagi….
4) So paling kuat pun negara boleh bertahan tanpa percetakan baru ia setahun. Bank negara kita (Msia) juga mencetak setahun 2 kali. (dimana mereka mencetak RM baru dan diedarkan kepada pengguna Msia dan akan kembali cetak lagi beberapa bulan akan datang. Bagaimana BNM membuatnya ? seperti juga Iraq, BNM akan membayar sejumlah USD(Billion) pada pencetak juga terletak di United Kindom. Bank2 tempatan p**a akan membeli RM baru dari BNM dan oleh sebab itulah kita sentiasa menerima wang kertas baru semasa keluarkan wang dari ATM.
5) Buat masa ini, Iraq menggunakan USD dan IQD dalam urusan disana tetapi dalam tahun ini, penarikan IQD telah berlaku di mana kontraktor luar juga jarang2 melihat wang kertas IQD di dompet mereka atau tukaran semasa di pusat beli belah. Hal ini demikian kerana polisi GOI/CBI yang ingin IQD ditarik sementara akan mengeluarkan IQD yang tiada zero. Berapa lama Iraq boleh bertahan dgn penggunaan USD yang semakin meluas. USD bukanlah boleh menampung keseluruhan pelusuk Iraq buat jangkamasa yang lama.
6) Dan kenapa p**a mereka tak keluarkan matawang 3 zero terlebih dahulu macam negara Malaysia sementara negara Arab tempat lain seperti Libya mengeluarkan matawang family note (untuk menggantikan gambar Muammar Gadaffi), Tunisia, Mesir pun demikian… sbb apa ? sebab nilainya serupa… tak menjejaskan apa2… heheh… situasi Iraq p**a bagaimana…? Tepuk dada tanya selera.. (tunggu nilai dinar dinaikkan setanding USD ataupun lebih).
Banyak tanya dah dekat ker ? senang sahaja… kos untuk perlaksanaan matawang IQD baru ini memakan nilai yg besar. http://thecurrencynewshound.com/2012/07/14/cbi-speculative-project-cost-to-delete-the-zeros-up-to-172-billion-dinars-provides-3-reasons-for-currency-reform/
Perlu kita faham yang nilai Iraq sangatlah rendah ketika ini. Sebarang kos operasi masih dianggapkan mengikut nilai standard kos antarabangsa. Bila diubahkan ke Ringgit Malaysia, 172 Billion IQD = 469 Juta (Ringgit Malaysia) Ia tak lah sampai setengah Billion RM pun. Bagi saya ia adalah normal dan biasa bagi menampung kos operasi yang sangat besar transaksinya.
Rujuk pada statement ini juga telah menjelaskan keseluruhan jumlah yang diperlukan seperti
a) kos upah pengangkutan termasuk insurans. (140 Billion IQD)
b) Kos buat duit syling baru (16 Billion IQD)
c) Kos logistic termasuk pada hari cuti am dan overtime. ( 15 Billion IQD)
d) Kos liputan akhbar dan media massa ( 1 Billion IQD)
e) Kos pertukaran note Saddam kepada IQD (matawang kertas dan syiling) pada 2003~2004 (240 Billion IQD)
f) Upah stamping syiling (sehingga kini tak berada pada pasaran kerana penggunaannya yg sangat kecil) (16 Billion IQD)
g) Kos selenggara dan pengagihan (upah logistic, security, insurans dan pekakasan) ke bank2 tempatan.
7) Apa moral saya selitkan kos ? Ha ha… sebab, kalau kos mahal, kalau ia takkan berlaku ataupun lambat lagi.. buat apa mereka nak cetak ? Ia seperti pasangan kekasih yang ingin memperkenalkan pasangannya kepada Ibu bapa. Takkanlah ibu bapanya pada keesokkan harinya sudah mula menempah kad jemputan perkahwinan anaknya.. untuk diedarkan kepada orang ramai… mesti selidik dulu kebenaran perhubungan anak anda, jadi ke tak jadi, layak ke tak layak, sesuai ke tak sesuai. Begitu juga hal di Iraq, kita tahu mereka sedang berurusan dgn pelbagai perkara, menghalusi pelbagai agenda, dan menangani pelbagai isu dan faktor. Tetapi once Iraq kata dah bersedia (CBI dah kata sedia, GOI pun sama, US pun sama, ia memang on track.) http://thecurrencynewshound.com/2012/09/04/sources-u-s-will-offer-road-map-to-resolve-the-political-crisis/ US siap bagi jalan bagaimana nak selesaikan masalah politik yg ada dalam Iraq… hehehe…
Setakat ini dulu..(bersambung lagi nanti untuk mengupas tajuk2 sensasi yang sibuk di media massa Iraq…)
Wasalam..
H.E. Dr. Sinan Al-Shabibi, Governor of the Central Bank of Iraq; listed among The World's Most Influential Arabs - Arabian Business Power 50042012