30/07/2026
Bentan bukan satu jenis saja tau ๐ฃ
Lepas bersalin, badan masih dalam proses nak pulih. Bila terlalu aktif, kurang rehat, salah makan atau penjagaan luka tak sesuai, badan boleh mula rasa tak sedap.
Antara jenis bentan yang biasa disebut:
๐ฟ Bentan urat โ badan lenguh, sengal dan urat rasa sakit
๐ฟ Bentan rahim/dalaman โ sakit bawah perut atau keluar darah banyak semula
๐ฟ Bentan makan โ gatal, loya atau perut kembung selepas makan
๐ฟ Bentan luka jahitan โ luka kembali sakit, pedih atau bengkak
๐ฟ Bentan badan/demam โ badan panas, menggigil dan terlalu lemah
New mom, jangan paksa badan buat semua benda sendiri. Rehat cukup dan jaga pemakanan sepanjang tempoh berpantang. Simpan dan share supaya pasangan serta keluarga pun lebih faham keadaan new mom. ๐ค