05/09/2025
๐ธ Selamat Menyambut Maulidur Rasul ๏ทบ ๐ธ
Hari ini kita bersama-sama memperingati kelahiran insan agung, junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ. Baginda bukan sahaja membawa risalah Islam, malah menjadi contoh terbaik dalam akhlak, kasih sayang, kejujuran, dan kepimpinan.
Satu amalan mudah tapi sangat besar ganjarannya pada hari mulia ini adalah memperbanyakkan selawat. Rasulullah ๏ทบ bersabda:
"Barangsiapa yang berselawat ke atasku satu kali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali."
(Hadis Riwayat Muslim)
Jom kita hiasi hari ini dengan selawat, doa, dan tekad untuk mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian. Semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat syafaat Nabi Muhammad ๏ทบ di hari akhirat kelak.
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ูุณูู