13/09/2026
Selepas 20 tahun mencurahkan bakti sebagai suri rumah sepenuh masa, Stephanie Loh (56 tahun) atau lebih mesra disapa Auntie Stephanie, berasakan sudah tiba masanya untuk beliau kembali meneroka potensi diri. Segalanya bermula apabila anak perempuannya melihat iklan mencari Senior Intern di media sosial. Berpegang pada prinsip "kenapa tidak?", beliau nekad mencabar diri, keluar daripada zon selesa, dan mengambil langkah berani untuk hadir ke sesi temu duga di Dododots.
Memang mendebarkan untuk kembali bekerja selepas sekian lama. Setiap pagi selepas menghantar anak ke sekolah, beliau akan ke pejabat untuk menguruskan tugasan HR. Beliau sangat terbuka mempelajari teknologi baharu, termasuklah penggunaan Al seperti Gemini dan ChatGPT. Beliau juga sangat gembira dapat bergaul dan bekerjasama dengan rakan sekerja dari generasi Z.
Beliau pernah bertanya kepada anak-anaknya jika mereka berasa malu menonton video-videonya di
media sosial. Mereka menyatakan mereka tidak malu, malah berasa bangga terhadapnya. Mendengar jawapan tersebut, Auntie Stephanie berasa terharu dan merasakan dia telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi daripada suami, anak-anak, serta rakan sekerjanya membuatkan beliau yakin langkahnya ini adalah satu keputusan yang tepat.
Menjadi intern di usia emas bukanlah sesuatu yang biasa dalam norma pekerjaan, namun Auntie Stephanie mahu membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil jika kita berani mencuba. Ketika ditanya tentang Juara Setiap Hari, beliau berkongsi,
"Setiap orang ada hero dalam diri mereka. Mungkin ada yang bersinar lebih awal, dan ada yang bersinar kemudian. Sentiasa katakana pada diri anda bahawa anda boleh melakukannya!"
Usia penghalang tujuan baharu dan terus menyumbang kepada masyarakat. Auntie Stephanie adalah sang juara Setiap Hari yang layak disebutkan namanya. Beliau membuktikan bahawa setiap orang boleh menjadi hero dengan cara mereka tersendiri.
KHIND,
Mendukung Juara Setiap Hari.