Empire's Of HaSma

Empire's Of HaSma *Jual apa yg kami s**a.
*Tulis yg positif.
*Kongsi yg bermanfaat.
*Tolong apa yang perlu. *Perkongsian info & motivasi
*Jualan produk yang terpilih

22/05/2021

Untuk ingatan bersama...

30/04/2021
20/04/2021
21/01/2021
02/12/2020

👍👍👍

13/11/2020
08/10/2020
21/08/2020

14 KEMULIAAN WANITA ‘‘ISLAM’’ YANG SEDANG HAMIL

1. ➪ Apabila seseorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. ➪ Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. ➪ Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. ➪ Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. ➪ Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. ➪ Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.

7. ➪ Wanita yang memberi minum air susu ibu (ASI) kepada anaknya dari diri nya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. ➪ Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. ➪ Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. ➪ Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. ➪ Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. ➪ Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. ➪ Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. ➪ Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

Masya ALLAH.... 😍😇

Sumber : Noorhayati Adi
Kredit FB: Viral Johor

05/06/2020

Take note 😀

Innalillahiwainnailaihirojiun...
08/05/2020

Innalillahiwainnailaihirojiun...

BELASUNGKAWA ALMARHUM USTAZ ISMAIL KAMUS: SOSOK BERJASA DALAM BIDANG DAKWAH

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Figura ini seangkatan dengan almarhum Dr Haron Din, almarhum Pak Yazid Jaafar, almarhum Kiai Zainuddin MZ dan sesepuh dakwah fenomenal lain dalam dekad 1980an dan 1990an. Saat itu zaman tali kaset seterusnya CD yang dijual dipasar-pasar malam dan juga tapak ceramah. Zaman itu aura Ustaz Ismail Kamu dengan lawak khasnya menjadikan kuliah-kuliah agama tumpuan masyarakat. Tokoh ini dengan adunan bakat yang pelbagai sangat popular di negara ASEAN, juga reputasi beliau dalam perubatan Islam dan juga penglibatan dalam perjuangan Islam.

Ustaz Dato' Ismail Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di kampung Batang Rening, Ulu Selangor, dalam keluarga yang kuat berpegang dengan ajaran Islam. Malah seorang adik kandungnya, Ustaz Jais Kamus juga seorang tokoh agama yang dikenali di Selangor. Ustaz Ismail Kamus telah mendapat pendidikan awal formal, bermula di Sekolah
Arab Batang Kali selama enam tahun.

Beliau juga mendapat pendidikan menengah agama di Ma’ahad
Hisyamuddin, Klang. Di Klang anak remaja ini mendapat suntikan semangat untuk me dalami ilmu-ilmu agama secara bertalaqi, antara gurunya ialah seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori. Ustaz Ismail Kamus seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang, sebuah institusi pendidikan yang telah melahirkan ramai tokoh pelbagai bidang dinegara ini.

Figura dakwah ini mendapat pendidikan tinggi di UKM Bangi di Fakulti Pengajian Islam. Beliau menamatkan pengajian dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1976. Semangat dan cita-cita untuk menambah ilmu sentiasa membara dijiwa tokoh dakwah ini. Beliau juga pernah bermukim ilmu di Beaver College Pennsylvenia, Amerika Syarikat.

Selain dikenali sebagai panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang fenomena, Ustaz Ismail juga adalah Pengasas dan Penasihat Pusat Perubatan Darussalam yang berpusat di Gombak. Beliau melatih ratusan perawat-perawat Islam serta menyalurkan kepakarannya untuk berkhidmat kepada masyarakat, termasuk di Brunei dan juga Singapura.

Ustaz Ismail selain dikenali sebagai usahawan muslim yang sukses, juga pernah berkhidmat sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai dakwah selain pernah bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Kekayaan pengalaman inilah yang berjaya dituang dalam pengisian ilmu agama kepada masyarakat sehingga nama beliau meniti bibir ke bibir masyarakat.

Pendakwah tersohor ini pernah digam oleh RTM kerana kelantangannya menyuarakan aspirasi Islam, beliau bersama dalam arus kebangkitan rakyat pasca reformasi 1998 sehingga dipilih untuk bertanding di DUN Gombak Setia. Ustaz Ismail menjadi ADUN PAS di Gombak Setia apabila memenangi dalam Pilihan Raya di kawasan tersebut pada tahun 1999. PAS memenangi empat kerusi di Selangor iaitu Kajang, Sungai Burung, Gombak setia dan Sungai Besar dalam lantunan gelombang reformasi. Beliau juga pernah bertanding untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam Pilihanraya Umum 2004 namun tewas kepada calon BN. Beliau pernah menjadi AJK Dewan Ulama PAS Pusat, AJK PAS Pusat, TPJ PAS Negeri Selangor, AJK PAS Selangor dan pelbagai jawatan dalam parti.

Reputasinya sebagai seorang pendakwah fenomenal dengan memberi ceramah agama dipelbagai negara seperti di Asia Barat, Eropah, Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain. Undangan ini termasuk daripada kalangan ekspatriat dan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.

Jasa dan sumbangan Ustaz Ismail Kamus begitu besar kepada kita semua dan keharuman bakti ini menebar kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang politik ,harkat sosial dan latarbelakang sosio ekonomi. Dalam bidang kebajikan , bantuan kemanusiaan dan membantu insan lain, beliau adalah Penasihat kepada NGO, Muslim Care Malaysia sehinggalah nafasnya yang terakhir. Sikap cakna dan peduli ummah serta karektor almarhum yang sentiasa menderma bukan lagi rahsia . Sentiasa bertukar maklumat dan memberikan dokongan kepada Muslim Care Malaysia melalui Presidennya , Haji Zulkifli Wahijan. Dalam keuzurannya, beliau tidak menolak untuk memberikan pengisian kerohanian dan memberikan ilmu tanpa sepicing pun rasa lelah dan bosan.

Ramadhan kali ini dalam suasana PKP yang suram, rakyat negara ini menerima berita sedih akan keuzuran almarhum. Dalam beberapa tahun ini, Ustaz Ismail menjalani dialisis akibat penyakit buah pinggang,namun dalam jerih kesakitan pun beliau tetap tersenyum dimeja-meja kuliah mencerahkan ummah. Sehari dua ini bergentayangan dimedsos akan berita beliua kembali kerahmatullah, ini adalah manifestasi cintanya rakyat kepada almarhum sang murabbi. Malam jumaat Ramadhan yang barokah ini, sang daie ini mengadap Penciptanya dengan jutaan doa daripada umat Islam.

Allah memuliakan pendakwah ini yang menunjukkan kepada kita bagaimana detik-detik umur wajib dituangkan seluruhnya dimedan dakwah dan khidmat bakti. Kita akan merindui candaan dalam kuliah almarhum yang menjentik tangkai hati kita semua untuk menjunjung nilai dan cara hidup Islam. Pesan -pesan berharga almarhum lewat melalui kaset,rakaman cd, media sosial akan menjadi hasil tuaian pahala berpanjangan kepada Almarhum Ustaz Dato' Ismail Kamus. Selamat berehat Wahai Sang Murabbi dan kami juga akan menyusul kelak. Alfatihah !!!

(Penulis ialah Aktivis Kemanusiaan tanpa Sempadan, Pengerusi LESTARI )

*Artikel Copy & Paste

Address

Shah Alam
40200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Empire's Of HaSma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Empire's Of HaSma:

Shortcuts

Share