I Like Himpunan Mutiara Kata

I Like Himpunan Mutiara Kata Jom beli cinta Allah.. mudah2an kita menjadi kaya pahala di akhirat kelak. Amiin

07/11/2025

Gred Cemerlang, Akhlak Tercalar

Empat puluh lima pelajar Korea Selatan. Gred sempurna. Namun ditolak universiti.

Bukan kerana bodoh. Kerana pernah membuli.

Selama ini, sistem pendidikan Korea hanya lihat angka. Markah tinggi, masuk universiti. Perangai? Tidak kira.

Tapi zaman sudah berubah. Kini, rekod buli ikut sampai bila-bila.

Dua orang ditolak Seoul National University. Universiti paling hebat di negara mereka. Dua puluh dua lagi, pintu Kyungpook National tertutup untuk mereka.

Mulai 2026, ini jadi undang-undang. Semua universiti wajib semak rekod keganasan pelajar.

Kolej perguruan lebih tegas. Ada sejarah buli? Tak kira ringan atau berat. Pintu tertutup terus.

Kenapa jadi begini? Sebab ada yang mati. Ada yang bunuh diri kerana dibuli.

Mangsa bawa luka sampai tua. Jadi pelaku pun kena tanggung akibat.

Rekod buli kekal empat tahun lepas tamat sekolah. Universiti nampak. Kerajaan nampak. Syarikat swasta pun boleh nampak.

Korea Selatan faham satu perkara. Otak boleh pandai. Tapi kalau hati busuk, semua sia-sia.

Ilmu tanpa adab, ibarat pedang di tangan pencuri. Bahaya kepada orang lain.

Gred cemerlang bukan lesen untuk sakiti orang. Ijazah tinggi bukan jaminan jadi manusia baik.

Negara mereka dah buat pilihan. Akhlak sama penting dengan akademik. Malah, lebih penting.

Kerana apa guna pandai, kalau hati kejam?

Follow Best Finder untuk lebih banyak cerita menarik setiap hari!

01/11/2025

🚨Pesanan buat semua.

Insiden cubaan culik.

Hari ini merupakan detik yang sangat mencemaskan apabila anak lelaki saya berumur 15 tahun cedera di dalam cubaan culik oleh dua lelaki yang tidak dikenali berlaku.

Jam 5.15 petang anak saya telah keluar berjoging dari Sri Alam Condominium ke kawasan luar perumahan menuju ke perpustakaan Raja Tun Uda (RTU) dimana apabila tiba disimpang untuk ke RTU tersebut, anak saya telah dihalang oleh sebuah kereta proton iswara berwarna kelabu oleh dua orang lelaki . Salah seorang lelaki tersebut memakai mask dan topi menutupi mukanya telah mengarahkan anak saya untuk memasuki kereta sambil mengacukan pisau kearahnya.
Apabila anak saya enggan menuruti perintahnya lalu dia telah menyerang anak saya dengan melibas- libas dan menikam anak saya dengan pisaunya.
Anak saya telah cedera di muka dan tangan terkena libasan pisau tersebut tetapi berjaya mempertahankan dirinya dengan membalas serta memukul kembali penyerang tersebut sehingga terjatuh lalu dia terus lari menyelamatkan dirinya menuju ke guard house berdekatan bagi meminta bantuan.

Pihak security guard kemudian menghubungi isteri saya untuk memaklumkn kejadian tersebut.

Walaupun saya dan isteri amat terkejut dengan peristiwa ini tetapi kami amat bersyukur anak kami terselamat dan berjaya melarikan diri dari bahaya tersebut. Alhamdulillah luka yang dialami juga tidak serius dan cuma torehan kecil kesan libasan serangan tersebut.
Laporan polis juga saya buat selepas itu dan berharap agar pihak polis dapat memberkas penyerang yang cuba menculik anak saya.

Saya juga ingin memberikan ingatan kepada semua agar lebih berhati2 ketika berada dikawasan luar perumahan sekitar KGSAAS kerana tidak mustahil penculik tersebut akan kembali utk cuba melakukan perkara yg sama kpd orang lain.

Perkongsian daripada Mahmud Ali Basha.

p/s: Sekarang banyak kes orang hilang berlaku, biarpun kes di atas ini sudah berlalu. Boleh jadikan pengajaran buat semua, untuk lebih mengawasi anak2 di mana mereka pergi.

05/10/2025

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when I Like Himpunan Mutiara Kata posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share