22/07/2020
Sejak dari tahun 2012 hingga awal tahun 2020. Program ini terhenti semasa PKP, kemungkinan hingga hujung tahun 2020.
Ini adalah aktiviti yang dilakukan oleh syarikat penerbitan buku BLINK bagi mempromosikan buku-buku kepada sasaran pembaca BLINK iaitu anak-anak remaja umur 7 hingga 17 tahun.
Setiap tahun, kami pergi ke 1,000 sekolah memperkenalkan jenama Blink dan buku-buku terbitan Blink.
Ada ucapan penulis di perhimpunan, ada bengkel percuma menulis novel, dan ada sesi bertemu mesra ambil tandatangan penulis.
Secara purata kami bertemu seramai 1 juta pelajar setiap tahun.
Jadi anak-anak remaja kita di Malaysia (terutama di Semenanjung) memang mengenali buku-buku BLINK. Pelajar sekolah dan guru sudah mengenali BLINK.
TETAPI....
TETAPI...
Ibubapa belum tentu kenal buku BLINK.
Ibubapa tak tahu pun anak mereka s**a buku BLINK.
Jadi hari ini saya mahu memperkenalkan BLINK kepada ibubapa.
Mohon ibubapa lihat koleksi buku anak-anak di rumah. Ada tak buku Ain Maisarah, ada tak buku BLINK?
Mohon ibubapa tanya anak-anak, pernah tak baca buku Ain Maisarah, pernah tak baca buku BLINK?
Cuba tanya soalan ini kepada anak-anak :
Pernah tak penulis datang ke sekolah?
Pernah dengar tentang penulis nama Ain Maisarah?
Insha-Allah, jawapan yang akan diterima 90% akan kata ya, pernah dengar, pernah baca, buku BLINK memang ada dalam 90% perpustakaan sekolah.
Jadi teruskan sokong minat membaca anak-anak ini. Teruskan beli buku-buku BLINK untuk mereka.
Tahun 2020, BLINK tidak dapat ke sekolah-sekolah. Penulis tidak dapat turun padang. Jadi tahun ini belikankah buku terus dari kami.
Dapatkan dari saya, wakil jualan ejen BLINK. Saya boleh berikan hadiah buku percuma... klik link ini : http://www.wasap.my/60169246121/BukuBlink