14/09/2021
Ketika Dipuji, Tundukkan Hati
Penyakit hati yang biasa kita dengar salah satunya riya'. Antara pesanan daripada kitab Hikam yang dikongsi adalah:
"Orang mukmin tatkala dia dipuji, dia sepatutnya berasa malu kepada Allah kerana dia dipuji dengan sifat yang tidak dia dapati dalam dirinya sendiri."
Allahu, selalu kan, mereka memuji kita kadang sampai tak sedar sebenarnya diri kita ni sedang diuji dengan 'penyakit hati'. Jika dibiarkan, semakin lama, semakin parah. Kita lupa, selalu sangat lupa Allah yang tutup segala macam aib kita, keburukan, dosa dan maksiat daripada diperlihatkan kepada mereka.
Maka, ayuhlah kita sama-sama kembali sedari diri kita yang sebenarnya dan tetaplah tunduk dan terus tunduk walaupun dipuji dengan berbagai-bagai rupa.
Barakallahu feekum!
- sedikit perkongsian diambil daripada buku 'Malaikat Bertali Leher'