GoldbyMurnisyafira

GoldbyMurnisyafira Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from GoldbyMurnisyafira, Shopping & retail, Jalan mp1, Subang Jaya.

22/11/2025
Assalamualaikum, selamat sejahtera.Sekadar perkongsian atau idea untuk "MAS KAHWIN"  Semestinya PUBLICGOLD bertemakan *h...
18/09/2021

Assalamualaikum, selamat sejahtera.

Sekadar perkongsian atau idea untuk "MAS KAHWIN" Semestinya PUBLICGOLD bertemakan *harta qarun* . Saya tak berapa creative tapi boleh lah ... jika ada idea tambahan untuk gubahan sila comment di bawah , terima kasih sudi membantu .

Jom baca tentang kisah QARUN cousin nabi musa .

Qarun dikenal sebagai orang yang sangat kaya. Asbab kekayaan itulah, maka muncul penamaan dengan istilah harta qarun. Kekayaannya membuat iri orang-orang Bani Israil. Karena kekayaannya itu p**a, Qarun senantiasa memamerkan dirinya kepada khalayak ramai.

Begitu banyak kekayaan yang dimilikinya, sampaikan anak kunci untuk menyimpan harta kekayaannya harus dipikul oleh sejumlah orang-orang yang kuat.

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

“Sesungguhnya Karun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri". (Al-Qashash [28]: 76). '

Karena kemegahan dan keindahan pakaian yang dimiliki Qarun, orang-orang yang menyaksikannya, juga menginginkan kekayaan seperti yang dimiliki Qarun.

قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ
''Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: ''Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Karun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar.'' (QS 28:79).

Credit Murni Syafira

𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗡𝗮𝗱𝗶𝗿?Panjang lebar kalau saya nak ceritakan siapa itu Nadir. Untuk pengetahuan anda, kesemua emas LBMA dan pe...
23/07/2021

𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗡𝗮𝗱𝗶𝗿?

Panjang lebar kalau saya nak ceritakan siapa itu Nadir.

Untuk pengetahuan anda, kesemua emas LBMA dan perak LBMA Public Gold dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinary (NMR) iaitu sebuah syarikat di Turki.

Pengasas dan pemilik Nadir Metal Refinery bernama Nadir Tütüncü.

Nadir Tütüncü adalah seorang usahawan Muslim di Turki. Beliau memulakan perniagaan scrap gold sejak tahun 1967. Beliau menubuhkan Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti. pada tahun 1993.

Nadir bermaksud = Precious & Rare (in Arabic word)
Bahasa Melayu = Berharga dan jarang dijumpai

Pada tahun 1999, beliau menandatangani perjanjian usaha sama dengan Degussa Jerman, sebuah syarikat perdagangan emas dari Jerman dan mewujudkan syarikat kerjasama bernama Nadir-Allgemeine.

Pada tahun 2001, Nadir Tütüncü membeli semua pegangan di dalam syarikat Nadir-Allgemeine dan meneruskan operasi dengan nama Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti

Nadir Metal Refinery merupakan syarikat pertama Turki yang disenaraikan sebagai ahli LBMA – London Bullion Market Association iaitu pada Disember 2011 untuk emas dan Jun 2012 untuk perak.

Ini membolehkan produk keluaran Nadir Metal Refinery diiktiraf di seluruh dunia.

Atas sebab-sebab diatas, Public Gold memilih Nadir Metal Refinery sebagai pengeluar emas jenama Public Gold.

Harga emas Nadir Metal Refinery yang murah, kualitinya yang tinggi serta pengiktirafan antarabangsa dilihat mampu memberikan keuntungan yang maksima kepada pelanggan Public Gold.

Jadi anda sudah kenal siapa itu Nadir? Tapi yang pastinya bukanlah Nadir seperti yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini ya. 😅

Jika berminat nak beli emas atau perak, boleh lihat komen pertama. 😊

31/12/2020

Emas & Hartanah... Mana Lebih Baik??

Emas dan hartanah, dua jenis aset yang saya paling s**a. Tapi antara emas atau hartanah, yang mana lebih baik? Bagi saya dua-dua baik. Tak ada istilah emas lebih baik dari hartanah, atau hartanah lebih baik dari emas. Ia dua aset berbeza, yang mempunyai kelebihan masing-masing. Yang mana lebih baik tu bergantung cara kita memanfaatkan emas ataupun hartanah. Seolah-olah membandingkan motosikal dengan kereta. Motosikal lebih baik sebab jimat masa dari terkandas dalam jem, jimat duit tol dan dan petrol. Kereta lebih baik sebab lebih selamat dari kemalangan, selamat dari hujan, dan badan pun tak letih. Masing-masing ada kelebihan. Begitu jugalah antara emas dan hartanah.

❤️Emas Ideal Sebagai Simpanan

Saya nampak emas aset yang ideal untuk SIMPANAN jangka panjang yang mudah dicairkan. Bagi saya, emas adalah duit. Simpan emas seolah-olah kita simpan duit tunai dalam bentuk yang lebih selamat nilainya. Bila-bila nak pakai duit, kita boleh cagarkan di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman segera, atau terus jual untuk dapat duit on-the-spot.

Emas boleh dibeli walaupun modal kecil. Emas aset yang bagus bagi sesiapa yang pekerjaannya sentiasa berpindah randah dan belum bersedia untuk membeli rumah i.e. tinggal menetap di sesuatu tempat.

Emas boleh dijadikan alternatif simpanan bagi mereka yang diisytihar bangkrap sebab emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tiada dalam sistem kewangan. Pendek kata, tak siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Pihak bank tak boleh ‘trace’ simpanan emas kita, apatah lagi untuk dibekukan sebagaimana aset-aset kewangan yang lain (termasuk hartanah).

Emas aset yang paling selamat dari sebarang ketidaktentuan ekonomi dan politik negara. Kalau berlaku huru-hara dan peperangan, pemilik emas boleh bawa kekayaannya ke mana sahaja dan mulakan hidup baru. Itulah kelebihan emas.

❤️Peluang Kaya Dengan Pinjaman

Hartanah p**a bagi saya adalah alat yang bagus untuk gandakan kekayaan dengan hutang i.e. hutang baik. Ia hutang yang membuatkan kita lebih kaya. Dan mungkin hartanah antara pelaburan paling cepat membuatkan kita lebih kaya sebab kita boleh leverage PINJAMAN bank. Bank berlumba-lumba bagi pinjaman

Address

Jalan Mp1
Subang Jaya
47500

Telephone

+60143053522

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GoldbyMurnisyafira posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share