17/07/2023
قَالَ رَجُلٌ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدِ سَارِقٍ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى سَارِقٍ. فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدَىْ زَانِيَةٍ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ اللَّيْلَةَ عَلَى زَانِيَةٍ فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى زَانِيَةٍ، لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدَىْ غَنِيٍّ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى غَنِيٍّ فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ، عَلَى سَارِقٍ وَعَلَى زَانِيَةٍ وَعَلَى غَنِيٍّ فَأُتِيَ فَقِيلَ لَهُ أَمَّا صَدَقَتُكَ عَلَى سَارِقٍ فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعِفَّ عَنْ سَرِقَتِهِ، وَأَمَّا الزَّانِيَةُ فَلَعَلَّهَا أَنْ تَسْتَعِفَّ عَنْ زِنَاهَا، وَأَمَّا الْغَنِيُّ فَلَعَلَّهُ يَعْتَبِرُ فَيُنْفِقُ مِمَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ
Maksudnya: Seorang lelaki berkata bahawa dia ingin bersedekah. Lalu dia pun keluar membawa sedekahnya itu dan diberikan kepada seorang pencuri. Maka orang ramai pun berbual-bual tentang perbuatan sedekah kepada pencuri. Lelaki itu pun berkata : ‘’Segala puji bagi Mu ya Allah aku telah bersedekah.’’ Kemudian lelaki tersebut keluar dan membawa sedekahnya itu lalu diberikan kepada seorang penzina perempuan. Maka orang ramai pun bercakap-cakap tentang hal tersebut dan lelaki itu berkata: ‘’Ya Allah, segala puji bagi-Mu, aku telah bersedekah.’’ Kemudian beliau keluar bersedekah dan memberikannya kepada seorang yang kaya, maka orang ramai pun bercakap-cakap mengenai hal tersebut. Lalu dia berkata: ‘’Bagi-Mu segala pujian ya Allah’’. Kepada pencuri, penzina, dan juga orang kaya. Maka dikatakan kepada lelaki tersebut: ‘’Sedekah kamu kepada pencuri itu mudah-mudahan akan menyebabkan dia berhenti mencuri. Sedekah kepada penzina p**a mudah-mudahan menyebabkan dia berhenti dari perbuatan zina. Manakala sedekah kepada orang kaya p**a mudah-mudahan dia akan mengambil pengajaran, lalu dia juga turut membelanjakan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya.’’
Riwayat Al-Bukhari (1421)