17/10/2023
Toman hunter sila ambil perhatian. Stok baru tungsten sinker untuk game toman.
Batu ladung paling disyorkan untuk heavy cover game terutamanya untuk teknik jika rig (nama tempatan teknik batu gantung).
Contohnyalah soft plastic untuk toman yang tengah popular macam Ozmy Silencer atau Damiki Edge Shad tu kan. Bila pakai hook untuk soft plastic tu, hooknya tak ada weight kan. Majoriti akan main topwaterlah kan untuk target toman. Skipping skipping gitu. Time tu pulak toman nak makan soft plastic rendam. Aduh leceh pulak nak kena buat rig baru. Atau paling malas nak bukak snap yang jenis patah kuku tu kan.
Jadi sinker dengan fast attach clip ni lah yang menjimatkan masa kita. Tak perlu bukak snap. Pusing lawan jam je sinker ni dekat snap dan tiba-tiba dah masuk sendiri dalam snap. Bila nak main topwater, pusing ikut jam dan tiba-tiba sinker ni dah keluar dari snap. Mudah dan cepat.
Clip sinker ni jenis heavy wire ya jadi jangan risaulah kalau kena batu ke pokok ke toman buat akrobatik berkali-kali ke confirm tak hilang sinker ni.
Dan material tungsten ni sangat keras dan sensitif ya. Kerasnya sinker ni tak lari bentuk bila dihentak ke batu. Sensitifnya mudah rasa toman patuk ke, ketuk batu ke, reba ke dalam air tu.
Tungsten juga 2x lebih kecil dari timah jadi dapatlah kombinasi batu ladung yang keras, sensitif dan kecil. Kecilnya tidak mengganggu action soft plastic dan tidak mengganggu bila toman nak kunyah soft plastic tu.
Boleh recce dulu kat sini
https://shp.ee/mt9nmbm