Kedai Buku AsSunnah

Kedai Buku AsSunnah Kedai Buku AsSunnah, menjual buku2 agama Sunni. pakaian muslimin, attar & Aksesori. Ibadah.

27/07/2025
Buku: Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tasawuf (Al-Hikam) Bahagian 1 & 2Karya: Prof Dr K.H. Muhibbuddin WalyPenerbit keluarga A...
21/04/2025

Buku: Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tasawuf (Al-Hikam) Bahagian 1 & 2
Karya: Prof Dr K.H. Muhibbuddin Waly
Penerbit keluarga Almarhum Profesor
250

sinopsis panjang asal untuk buku yg dikeluarkan oleh Pustaka Nasional, tapi selepas hak mencetak telah tamat, maka pihak keluarga Almarhum p**a mengambil insiatif untuk mencetakkab kitab2 tersebut di Acheh Darussalam. Kitab2 ini diinport melalui beberapa tangan dari Acheh ke Malaysia

Pendahuluan buku:
Terkumpul di dalam buku ini kata-kata hikmah dari kitab Al-Hikam yang membicarakan mengenai ilmu TAUHID dan TASAWUF yang berhubungan rapat dengan akidah Islam dan permasalahannya dan yang mencakup segala ciri-ciri utama tentang tasawuf kebatinan yang memang perlu bagi setiap salik yang mencari kebahagiaan hakiki dalam menuju kepada makrifat Allah Maha Pencipta, yang Suci daripada segala hal-hal yang mengelirukan hati serta mengeruhkan keikhlasan diri ketika berhadapan dengan Allah s.w.t.

Semua hikmah-hikmah ini dipetik dari buku induk terutama yang membicarakan tentang pokok-pokok hakikat TAUHID dan TASAWUF, menceritakan tentang orang-orang menceburkan diri ke dalam lautannya yang sungguh dalam, yang jarang-jarang dapat diduga oleh manusia biasa, yaitu buku karya 'Al-Hikam' karya Ibnu Athaillah Al-Sakandari.

Pengarang telah mengumpulkan semua hikmah-hikmah ini secara sederhana dan dibicarakan hanya yang sesuai dengan pengetahuan orang umum Muslimin dengan tujuan membimbing mereka ke arah hakikat TAUHID dan TASAWUF, dua bidang ilmu yang sangat penting dalam membawa diri manusia menuju kepada Allah s.w.t dalam hal mengenal ULUHIYAHNYA (ketuhanan), di samping mengakui UBUDIYAH (kehambaan), atau pengabdian diri yang hina, rendah dan tidak berharga itu kepadaNya. Baik ditatap oleh sekalian masyarakat kaum Muslimin, khususnya orang-orang yang berminat memperdalami pengetahuannya ke dalam dua bidang ilmu ini.

Kitab Al-Hikam yang ditulis oleh Al-Imam Ahmad Abul Fadhal gelar Tajuddin bin Muhammad bin Abdul Karim bin Athaillah Iskandary (Askandary). Beliau adalah Waliyullah,'Arifbillah ahli kasyaf, ahli Arab nahu, ahli fiqh dan ahli hadis, murid dari Imam Abul Abbas Al-Marsy, dan beliau menganut ajaran tasawuf dan tariqat yang telah diajarkan oleh Al-Imam Abul Hasan Asy-Syazily. Dari kedua guru besar beliau itu maka terkenallah baliau sebagai alim besar dalam ajaran Hakikat Tauhid dan Tasawuf. Sebahagian dari karangan-karangan beliau ialah Kitab Al-Hikam tersebut tadi. Al-Hikam adalah Jama' 'Hikmah'; ertinya ialah tiap-tiap kalimat yang terkandung di dalamnya ilmu yang bermanfaat. Sebahagian ulama bahasa Arab berpendapat bahawa 'Hikmah' ertinya ialah 'materi ilmu yang bermanfaat', seperti ilmu Fiqh, ilmu Tauhid, dan ilmu tasawuf. Dan oleh kerana ilmu tasawuf adalah suatu ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri dari sifat-sifat tercela dan menjaga ibadat dan semua amal perbuatan terhindar dari penyakit-penyakit berbahaya seperti takabbur, riya' dan 'ujub, maka mengetahui semuanya ini adalah ilmu yang paling bermanfaat.

Justeru itulah, maka dalam Kitab Al-Hikam diterapkan lebih banyak tentang hakikat ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf. Memang indah kalimat-kalimat Al-Hikam dengan rumusan-rumusannya yang mendalam, kalimat-kalimatnya menarik dan bersajak, dan merupakan mutiara-mutiara yang terpisah-pisah, tetapi terikat dengan ikatan untaian yang indah p**a. Al-Hikam mengungkapkan jalan makrifat kepada Dzat Allah dan sifat-sifatNya yang Maha Agung, apakah melalui dalil naqli dan aqli, ataupun melalui penglihatan batin dan matahati. Dalam pada itu p**a Al-Hikam mengungkapkan hal-hal yang dikaitkan dengan jiwa kita, hati kita dan roh kita bersih dari segala macam kotoran, makrifat kita kepada Allah akan menjelma dengan segera tanpa dibuat-buat atau disengajakan. Kerana itu Imam Ghazali berfatwa bahawa mempelajari ilmu keterpaduan antara Tauhid dan Tasawuf itu hukumnya fardhu 'ain, kerana di samping Tauhid itu sendiri juga hati manusia tiada sunyi dari 'aib atau penyakit hati kecuali hanya para Nabi a.s.

Allamah Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud, seorang ahli tasawuf besar Mesir dan Dunia Islam telah berkata:
Kitab Al-Hikam adalah kump**an hikmah-hikmah yang murni , baik di sudut bahasanya dan sasteranya, kerana itu maka Al-Hikam adalah contoh yang tinggi dalam sastera dan adab. Kitab Al-Hikam telah menjadikan pengarangnya, Ibnu Athaillah dalam barisan sasterewan Arab yang besar-besar. Ditinjau dari sudut kedalaman berfikir, maka Al-Hikam merupakan contoh yang tinggi murni dalam lapangan fikirran tasawuf dan sufi, atau merupakan contoh utama bagi sinar cahaya kesufian. Atau juga menjadi teladan yang tinggi untuk kenaikan roh yang suci murni ke tingkat yang meletakkan pengarangnya Ibnu Athaillah dalam saf pertama barisan hamba-hamba Allah yang Muqarrabin. (Lihat Tahqiq Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud cs. atas Kitab Al-Hikam Ibnu Athaillah halaman 18, percetakan Cairo)

Berkata Ibnu 'Ibaad An-Nafzy Ar-Randy:
Kitab Al-Hikam adalah kitab yang afdhal dari semua kitab yang ditulis di dalam ilmu Tauhid, dan sebesar-besar pegangan setiap hamba Allah yang hendak berjalan kepadaNya. Maka Al-Hikam adalah pegangannya untuk difahami dan dipelihara isinya, meskipun kitab itu kecil dan tipis, tetapi mengandung ilmu yang agung susunannya enak didengar, dan pergertiannya indah dan bagus.
Al-Hikam bertujuan menerangkan jalan hamba-hamba Allah yang 'Arifin dan Muwahhiddin dan menyatakan p**a jalan-jalan apakah harus dilalui oleh Saalikin dan hamba-hamba Allah yang betul-betul menjurus tujuannya kepada Allah s.w.t. (Lihat Muqaddimah Syarhul Hikam oleh Ibnul 'Ibaad, juz pertama halaman 2 percetakan Semarang Indonesia)

Kalimah-kalimah Hikmah yang terkandung dalam Al-Hikam menurut penyelidikan sebanyak 264 Hikmah. Inilah tulisan berharga yang ditinggalkan oleh Al-Imam Ibnu Athaillah kepada ummat Islam kapan saja dan di mana saja. Beliau telah mendahului kita menuju hadirat Allah s.w.t pada tahun 1309H di Madrasah perguruan Almanshuriah, Cairo.

'Allah memberikan Hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.' (Al-Baqarah: 269)

21/04/2025
09/06/2024

Address

SAVE, , No. 4, Bazar Wakaf Masjid Darul Ehsan, Jalan SS 15/2E, Subang Jaya Selangor, Ss 15, Subang Jaya DE
Subang Jaya
47500

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+60133430522

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Buku AsSunnah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kedai Buku AsSunnah:

Shortcuts

Share

Category