Warda walimatul urus

Warda walimatul urus Halaman ini bertujuan menjalankan program hantaran Al-Quran untuk perkahwinan, ulangtahun perkahwinan dan juga dihadiahkan kepada insan tersayang.

Kami menyediakan segala maklumat dan gambar berkaitan disini.

CINTA YANG SEBENARRasulullah SAW pernah bersabda, "Tiga perkara yang apabila ada dalam diri seseorang nescaya ia akan me...
15/12/2021

CINTA YANG SEBENAR
Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tiga perkara yang apabila ada dalam diri seseorang nescaya ia akan merasakan manisnya iman: menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain keduanya. Mencintai seseorang, dan ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Benci untuk kembali pada kekufuran sebagaimana ia enggan dilemparkan ke neraka." (HR Bukhari).
Perasaan kasih dan cinta sesama manusia adalah wadah cinta kita kepada Allah. Seseorang yang mencintai Allah akan juga mengasihi manusia lain kerana Allah.

Justeru, manusia yang hatinya penuh cinta dan kasih sesama manusia tidak sesekali memiliki perasaan menyakiti sesama insan.

Tidak membenci makhluk yang lain, malahan rasa cinta itu akan menjadikan mereka manusia yang berjiwa besar untuk terus menjalankan peranan sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

TULANG RUSUK, TULANG PUNGGUNGIslam menjadikan lelaki sebagai ketua keluarga. Islam juga telah membahagikan tugas rumah t...
14/12/2021

TULANG RUSUK, TULANG PUNGGUNG
Islam menjadikan lelaki sebagai ketua keluarga. Islam juga telah membahagikan tugas rumah tangga, ketua keluarga diberikan tugas utama untuk menyelesaikan segala urusan di luar rumah, sedang sang ibu memiliki tugas utama yang mulia, yakni menguruskan segala urusan dalam rumah.
“Para lelaki (suami) itu pemimpin bagi para wanita (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebagian mereka (yang lelaki) atas sebagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (yang lelaki) telah memberikan nafkah dari harta mereka” (QS. An-Nisa: 34).
Namun, zaman kini tidak dinafikan ramai wanita yang harus bekerja dan menanggung keperluan keluarga juga. Mencari nafkah memang bukan kewajiban wanita. Tapi wanita dianjurkan untuk banyak bersedekah.
Selamat berjuang tulang rusuk, tetap tegak walaupun sebenarnya fitrah mu tidak sekuat itu. Semoga Allah SWT sentiasa menjagakan kamu.. InSha Allah..

Jika kita mencintainnya kenali hati budinnya sebaik mungkinBiar mereka yang sentiasa ada dngan kita dengan begitu ikhlas...
14/12/2021

Jika kita mencintainnya kenali hati budinnya sebaik mungkin

Biar mereka yang sentiasa ada dngan kita dengan begitu ikhlas sifatnnya .

10 Cara mudah kenali seseorang lelaki
1. Cara dia melayan ibunya.
2. Cara dia melayan seorang pekerja.
3. Cara dia menceritakan hal orang lain.
4. Cara dia menceritakan hal peribadi.
5. Cara dia atau rakannya melayan antara satu sama lain.
6. Cara dia menepati janjinya.
7. Cara dia melayan anda.
8. Cara dia menguruskan diri sendiri.
9. Cara dia menceritakan tentang bekas kekasihnya.
10. Cara dia meminta maaf.
Semoga bermanfaat buat kita semua, InSha Allah semoga dikurniakan jodoh yang soleh dan solehah semuanya.. Amin YRA..

Apa Itu Solat Istikharah?Solat istikharah membawa maksud solat sunat yang dikerjakan untuk memohon petunjuk kepada Yang ...
23/11/2021

Apa Itu Solat Istikharah?

Solat istikharah membawa maksud solat sunat yang dikerjakan untuk memohon petunjuk kepada Yang Maha Esa dan mengetahui penentuan untuk memperoleh keputusan yang terbaik. Dan juga memohon agar Allah memberi petunjuk, jalan dan dorongan yang baik dengan izinNya
Bilakah waktu yang sesuai untuk beristikharah?
Solat sunat istikharah boleh dilakukan bila-bila masa pun, tetapi masa terbaik yang disarankan adalah pada tengah malam, iaitu tepatnya di sepertiga malam. Solat ini jug sangat sesuai untuk didirikan semasa berqiyamulaiail.

Solat sunat ini sering didirikan selama tiga atau tujuh hari berturut-turut, dan kecendurungan sesuatu keputusan itu boleh dirasakan melalui gerak hati, mimpi dan sebagainya.

Berapakah rakaat solat sunat ini?
Solat istikharah boleh ditunaikan dengan dua rakaat atau sehingga 12 rakaat dengan enam kali salam.


Carilah Jodoh yang menjaga solatBukan hanya tahu solat saja.Sebelum seseorang itu lahir, telah ditetapkan tiga perkara b...
23/11/2021

Carilah Jodoh yang menjaga solat
Bukan hanya tahu solat saja.
Sebelum seseorang itu lahir, telah ditetapkan tiga perkara buatnya iaitu pertama rezeki, kedua jodoh dan ketiga ialah umurnya
Lambat Kahwin Bukan sebab terlalu memilih
"Dalam memilih pasangan, usahlah tergesa-gesa untuk jatuh cinta. Pandulah cinta kita ke arah jalan yang benar untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki.
"Sabda Rasulullah SAW: "Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama (berpegang dengan tuntutan agama), pasti engkau beruntung." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis di atas , jelas menunjukkan wanita dikahwini atas empat perkara berkenaan. Namun, apabila seseorang wanita itu hendak berkahwin dengan lelaki, panduan tersebut boleh digunakan, tetapi ia bermula daripada belakang ke hadapan.
Pertama adalah SOLAT
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuhnya tiang maka, runtuhlah agamanya
Calon pasangan yang menjaga solatnya adalah insan yang menjaga imannya dan juga menjaga hubungannya dengan Allah. Buat para wanita, jika berjumpa dengan lelaki yang menjaga solatnya, maka dialah pilihan yang tepat untuk anda jadikan suami.
Bukan nak tuduh lelaki yang tidak menjaga solat ini kurang baik, tetapi solat adalah kewajipan setiap mukmin. Sekiranya mereka menjaga solat bermaksud mereka mampu membimbing anda ke Jannah bersama-samanya.
Akhir kata..
Jodoh Itu Cerminan Diri, Bila Ingin Pasangan yang Baik Perbaiki diri agar menjadi lebih baik.. INSYAAALLAH 🌹


Address

No-7-1 Lightgrey Jalan Hospital, Jalan Kusta, Kampung Jaya Industrial Area
Sungai Buloh New Village
47000

Telephone

+60192805951

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warda walimatul urus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Warda walimatul urus:

Shortcuts

Share