Ulat Buku Online

Ulat Buku Online Kami memberikan diskaun berganda, penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia serta servis yang cekap & mesra untuk membantu para pelanggan.

07/02/2017

Buku penyuluh ilmu

15/11/2016

GEMPAR Senari buku power LIKE dan SHARE
KLIK SINI bit.ly/2ftwIcs

"GEMPAR" Senarai buku paling bestLIKE dan SHARbit.ly/2ftwIcs
15/11/2016

"GEMPAR" Senarai buku paling best
LIKE dan SHAR
bit.ly/2ftwIcs

Sila whatsapp kod "HF" di +60137596418 Sila whatsapp kod "HF" di +60137596418  Sila whatsapp kod "HF" di +60137596418  @...
31/10/2016

Sila whatsapp kod "HF" di +60137596418 Sila whatsapp kod "HF" di +60137596418 Sila whatsapp kod "HF" di +60137596418 @ Sila whatsapp kod "HF" di +60137596418 Sila whatsapp kod "HF" di +60137596418 Sila whatsapp kod "HF" di +60137596418 Tuan/Puan boleh juga pm kami di inbox page ya. Atau boleh tinggalkan no tel dibawah untuk kami whatsapp. Perhatian untuk menebus harga promosi,diskaun dan free postage sila whatsapp kami dahulu ya. Insyallah kami akan respond dgan pantas. . Saya bagi percuma penghantaran ke rumah anda dan harga promo jika wassap saya dulu ye. . p/s : Maaf jika tak reply wassap anda, stok promo kami terhad, sebab ramai yang beli dan borong BUKU ni.

RAHSIA MEMBINA KEKAYAAN!!!!!Siapa tak kenal pada Tuan Azizi Ali yang lebih glamor dipanggil Mentor Wang. Jom korek rahsi...
10/10/2016

RAHSIA MEMBINA KEKAYAAN!!!!!

Siapa tak kenal pada Tuan Azizi Ali yang lebih glamor dipanggil Mentor Wang. Jom korek rahsia beliau untuk menjadi kaya πŸ’°πŸ’°πŸ’°πŸ’°

Hari ini saya ingin berkongsi satu β€˜rahsia’ yang boleh menolong anda membina kekayaan. Malah rahsia ini amat powerful sehinggakan yang ianya boleh menambahkan peluang anda untuk berjaya setinggi 90%! Ya, jika anda melakukannya, anda seperti sudah membuat gerenti akan berjaya!

Apakah rahsia tersebut?

Inilah dia jawapannya – habiskan lebih banyak masa dengan orang kaya dan berjaya.

Ya, jika anda ingin menjadi orang kaya, maka anda perlu menghabiskan lebih banyak masa dengan orang kaya.

Mengapakah langkah ini begitu powerful?

1. Anda akan tahu langkah-langkah membina kekayaan
2. Anda akan berfikir seperti mereka
3. Anda akan bertindak seperti mereka
4. Anda akan kaya seperti mereka!

Sebenarnya, rahsia/langkah ini memang masuk akal.

On the other side of the coin, jika anda menghabiskan masa dengan penagih dadah, bagaimana mungkin anda membina kekayaan? It is likely that anda juga akan menjadi penagih dadah tak lama lagi!

Jika anda menghabiskan masa dengan pelepak, bagaimana mungkin anda membina kekayaan?

Tetapi apabila anda menghabiskan masa dengan orang kaya, peluang untuk anda membina kekayaan naik berkali ganda.

Apa lagi??

Sila taip 'KAYA' ke +60137596418
Sila taip 'KAYA' ke +60137596418
Sila taip 'KAYA' ke +60137596418

Siapa yang nak kaya sahaja ye. Yang tak nak bye bye!!!!πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹

πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Sumber Azizi Ali Mentor Wang

 Tarbiyatul Aulad : Satu perkongsian pengalaman :)Alhamdulillah thumma Alhamdulillah banyak permintaan membeli buku Tarb...
10/10/2016



Tarbiyatul Aulad : Satu perkongsian pengalaman :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah banyak permintaan membeli buku Tarbiyatul Aulad ni ;), sampai rasa nak buat page tak boleh dah dekat private FB ~~ tengoklah macam mana nanti moga Allah susun yang baik2 ;)

ini maybe last review panjang mengenai Buku Tarbiyatul Aulad ni di sini~ kalau ada rezeki buat page.. kalau tak stick dgn buat hantaran sewa veil as part time ;) tp nak beli buku TA ni n buku2 lain pun boleh je (suami kite jual macam2 buku, just wassap gambar je kalau ada stok insyaAllah akan dipos) tp maybe dah tak review pepanjang di sini

Arwah umi membesarkan saya dengan buku Tarbiyatul Aulad ini, sungguh kalau tanya saya secara peribadi saya tidak melihat buku ini sebagai persediaan untuk berkahwin tetapi lebih kepada membina diri dan peribadi mukmin dan mukminah yang lebih unggul

Masa saya kecil arwah umi cerita, arwah umi plan nak namakan saya Abdullah Nasih Ulwan jika saya lelaki, bila Allah izin perempuan Umi plan nak namakan Nasihah adalah sikit sipi2 Dr Abdullah Nasih Ulwan pengarang buku Tarbiyatul Aulad ni :) tp Allah izin dapat nama yang lebih baik Alhamdulillah ;)

Begitu dekat Arwah Umi dengan buku ini sehingga kami adik beradik selalu diceritakan tentang sirah dari buku ini.. Malam2 lepas minum susu segelas setiap orang kami buat bulatan keliling umi. Umi akan buka buku TA dan cerita sirah kira macam bed time storyla .. Arwah umi pilih cerita yang simple dalam 7 minit~ kemudian masuk tidur

Dalam famili saya, halaqah keluarga selalunya berjalan selepas solat oleh Ayah dalam seminggu atau dua minggu sekali Ayah akan bagi penyampaian dan kami dengar, kadang catit kadang tak, kadang saya tertidur je atas riba umi ;)β™‘

Tapi umi is sooo creative, umi akan buat halaqah keluarga setiap hujung minggu.. maksudnya kami ada dua halaqah, satu dari ayah n satu dr umi.. seingat saya halaqah ayah dalam bulatan tapi halaqah umi macam dalam kelas hihi sebab kami akan duduk atas kerusi n meja dan umi akan tampal kertas mahjong/manilakad berisi mindmapping cantik2 kupasan dari buku TA..

Halaqah umi is so enjoyable pada saya sebab kami sambil salin sambil mewarna sambil compare adik beradik siapa punya drawing lagi cantik ^ ^ hehe, umi biasanya akan bagi kami dengar setiap inci mindmapping umi dengan rinci, kemudian baru umi cakap "okay salin :)"

Dulu masa kecil2 dan sampai sekarang saya ni storyteller umi cakap tp lebih kepada penglipurlara :P coz i have a loud voice n terlebih ramah huhu, sampai kalau orang datang rumah tua dan muda beraneka warna ehh umi akan panggil saya layan~ cuma suara saya ni kuat tu buat umi pening at last masa saya darjah 3 ada satu cikgu buat pertandingan sajak kat sekolah, saya ni tak pernah masuk apa2 masa tu confident je la pasal pertandingan dalam kelas tade mic pun.. Malam2 umi latih saya baca sajak bernada penuh bergaya :P esok present tanpa rasa apa2 dan Allah izin dapat no 1 hadiah kek kecil, tapi saya punya s**a sampai senyum senyum balik rumah beritahu umi~ Bila saya dah besar n baca buku TA saya perasan sesuatu Umi hakikatnya ajar saya Adab bercakap (siapa dah beli buku TA boleh rujuk m/s 626, jilid 1) okay terharu di sini :')

Semua adik beradik saya umi suruh masuk public speaking, abang saya pernah menang pertandingan sajak n syarahan, kakak kakak saya menang debat n syarahan dan saya yang paling pergi jauh dalam bidang public speaking ni sampai kampus sampai dah kahwin saya masih terlibat dalam bidang ni, n setiap isi syarahan, pidato, forum atau apa sahaja pengucapan awam yang kami masuk masa kecil buku rujukan utama adalah Tarbiyatul Aulad β™‘β™‘

Saya masih ingat umi taip di komputer teks syarahan pertandingan yang saya masuk sambil selak isi penting dari buku TA, ayat Al-Quran dan Hadis. Best betul teks syarahan mak yang buatkan ;) sampai sekolah menengah macam tu~ cuma masa sekolah menengah umi baca saya tulis/taip

Rumah dulu pun penuh dengan tampalan mindmapping umi, dekat dapur umi tampal mindmapping adab makan siap ada quote atas manilakad yg sampai sekarang saya ingat ''Rezeki Allah punya, rezeki Allah kurnia, Saya syukur pada Allah". Dekat sebelah pintu bilik air p**a ada pasal adab adab ke tandas, yang paling saya ingat tentang saranan mengetus/berdehem selepas buang najis untuk lawaskan sisa sisa najis yang masih ada ;)

Bila dah masuk kampus saya kelek buku TA ni juga baca baca untuk tambah ilmu, orang selalu tanya saya hukum hukum kewanitaan atau ilmu agama , banyak jawapan saya rujuk sini sebenarnya selain dari buku buku lain. Kadang orang ingat kita pandai n alim, tapi sebenarnya kita cuma share ilmu dari buku yang kita baca dan masih banyak yang kita tak tahu.. Pernah kawan saya tanya buku apa ni? Saya jawab "buku ni usaha kita hehe untuk jadi hamba n anak yg baik"

Selalu juga masa zaman kampus masuk pertandingan debat n pidato biasanya saya akan ambil sedikit dari buku ni dalam penyampaian saya.. kalau forum apatah lagi tapi rujuk juga buku lain dan para asatiz

Masa kami kecil pun rumah tak ada TV, dan umi larang kami baca novel walaupun dah usia sekolah menengah. Saya baca juga curi2 masa Tingkatan 2 pinjam kawan masa tu tak faham kenapa tak boleh baca lagipun setiap kali pinjam novel kawan saya akan cakap nak novel yang soleh soleh tau. Bila dah baca beberapa buah novel saya stop n gelakkan diri sendiri siapa suruh baca sebab mostly semua ada isi berkaitan perasaan dan cinta bagila novel ada unsur islam macam manapun, zaman tu novel semua mostly keluaran alaf21 n takdek*t (k*t je la) novel islami macam sekarang

Dan akhirnya masa tu saya found out buku TA ada tulis untuk didik diri dekat dengan Allah jauhkan TV atau panggung atau bahan bacaan berunsur cinta yang mampu menaikkan syahwat . Novel pun tak boleh baca selagi belum lepas umur 16 tahun. Alhamdulillah memang lepas tu Allah izin tak baca sampai la lepas SPM keluar buku TautanHati by Ustazah Fatimah Syarha (buku ustazah syarha mmg recommended k ;) siapa tak puas hati dengan tulisan dia meh wassap saya kita diskusi bersama hehe) lepas tu kalau nak baca apa2 memang akan tapis dulu~~

Arwah umi punya buku TA versi lama n saya s**a sangat, alhamdulillah kahwin dengan suami dia pun mmg ada buku TA versi lama dan versi baru dia beli juga sebab suami saya kurang faham sedikit bahasa indonesia dalam buku TA versi lama~

Buku TA ni juga pengarang DANU suggest buku buku karangan ulama' muktabar yang lain, dari satu buku TA je boleh lead n pandu kita beli buku buku lain yang muktabar :) boleh rujuk gambar dibawah β™‘β™‘

Apa yang saya tulis diharap dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan yang ditanya oleh PM adik2, kakak2 makcik2 tentang mempraktikkan secara amali buku TA ni~ Saya dan keluarga saya masih sangat banyak kelemahan di sana sini , Doakan kami β™‘β™‘ doakan saya dan suami insyaAllah saya doakan anda juga~

Mengenang madrasah pertama seorang anak iaitu ibunya, khususan ila Umi Norlida Ramli, Allahumma firlaha warhamha wa'fuanha :') Amin~

glosari mudah faham : Halaqah = Usrah/ perjumpaan/ diskusi ilmiah / muhasabah/ row call

Berminat ? Jilid 1 RM 65, jilid 2 RM 75, kos postage ik*t tempatβ™‘ insyaAllah boleh PM tepi 013-7596418 :) :)

Sumber: Az-Zahra Azmi

**PENTING: Produk kategori ini tidak termasuk dalam promosi Free Shipping & sebarang kupon tidak boleh digunapakai ke atas produk ini.**
Buku-buku penghabisan stok yang terdapat dalam kategori ini adalah buku-buku terbitan lama. Tidak semuanya berada dalam keadaan sempurna 100%.
Mohon maaf atas kesulitan.

SPM TAK SAMPAI SEBULAN LAGI!!!!!!!Ramai yang berpengalaman jika sudah hampir SPM, jalan terakhir adalah menjawab soalan-...
10/10/2016

SPM TAK SAMPAI SEBULAN LAGI!!!!!!!

Ramai yang berpengalaman jika sudah hampir SPM, jalan terakhir adalah menjawab soalan-soalan tahun sebelumnya. Ik*ti salah satu pengalaman seorang bekas calon SPM kita.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada saat entri ini ditulis, tinggal 45 hari sahaja lagi sebelum menjelangnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM. Ujian paling penting bagi semua pelajar sekolah. Ujian yang sedikit-sebanyak menentukan hala tuju pelajar selepas tamatnya alam persekolahan.

11 tahun lalu, saya berada di dalam kasut para pelajar yang bakal menghadapi SPM tahun ini. Izinkan saya berkongsi pengalaman yang saya lalui pada waktu lebih sedekad lalu. Pengalaman yang saya rasakan dapat berikan setitis inspirasi dan motivasi kepada yang membaca.

Semoga bermanfaat.

Dahulu, saya tidak tergolong dalam pelajar cemerlang. Sewaktu saya tingkatan 4 dan 5, saya menganggap diri saya sebagai pelajar yang hanya suam-suam kuku. Malah, pernah sekali guru bahasa Inggeris menggelar saya mediocre.

Sebabnya?

Saya tidak belajar. Saya lebih tumpukan perhatian saya ke arah perkara-perkara lain; game, komik, tarian breakdance dan lain-lain. Akibatnya, saya menjadi pelajar sederhana, seperti yang dikatakan guru bahasa Inggeris saya. Sekiranya saya tidak hadir ke sekolah pun, tentu guru-guru dan rakan-rakan tidak perasan.

Saya berperlakuan begitu hinggalah selepas tamat peperiksaan percubaan. Dalam peperiksaan percubaan saya, saya hanya mendapat sedikit A, beberapa C dan 2 E! Kedua-dua subjek yang saya dapat E itu, markahnya hanya 40. Cukup-cukup makan untuk lulus.

Pada waktu itu, lebih kurang sebulan lagi peperiksaan SPM akan bermula. Keputusan yang teruk itu telah memberikan impak kepada saya. Saya rasa seolah-olah p**i saya ditampar bertubi-tubi sambil dijeritkan ke telinga saya, "Bangun! Bangun! Jangan tidur lagi!"

Tiba-tiba sahaja mata dan minda saya terbuka luas. Hati saya p**a berteriak, "SPM lebih kurang sebulan sahaja lagi! Apa yang aku sedang lakukan?!"

Sejak itu, saya mula belajar.

Ya, saya hanya mula belajar selepas peperiksaan percubaan. Pada waktu itu jugalah, barulah hati saya terbuka bagi membeli buku-buku rujukan. Hinggakan pak cik saya berseloroh kepada saya, "SPM sudah benar-benar hampir, baru kamu mahu beli buku?" Saya sekadar tersenyum. :)

Saya tidak mempedulikan kata-kata sesiapa. Keazaman sudah tertaut kukuh dalam jiwa saya. Saya sudah bertekad, saya mahu mendapat keputusan cemerlang dalam SPM walaupun masa yang tinggal sangat sedikit. Saya tidak melepaskan sebarang harapan.

Tempoh masa yang sedikit antara percubaan dan SPM sebenar, saya isikan dengan waktu belajar yang berkualiti:

Saya menghafal (secara harfiah) buku teks Sejarah tingkatan 4 dan 5.
Saya buat nota yang berwarna-warni untuk subjek Kimia.
Saya menghabiskan beberapa buah buku latihan Matematik Tambahan.
Saya berguru dengan seorang pakar Fizik, pada waktu rehat setiap hari.
Buku rujukan yang baru saya beli, sudah menjadi lunyai disebabkan saya membeleknya setiap masa.
Saya tumpukan perhatian kepada subjek-subjek yang saya lemah. Subjek yang saya mahir, saya tinggalkan dahulu.
Dugaannya sangat besar, tetapi saya berjaya mengatasinya. Pada masa seluruh ahli keluarga sedang menonton televisyen dengan gembira, saya duduk bersendirian di balkoni sambil menghafal nota. Namun, saya abaikan perasaan terpinggir. Saya tahu, sebulan terakhir ini sangat penting kepada diri saya.

Sejak peperiksaan percubaan, saya belajar dengan sepenuh tumpuan secara konsisten setiap hari hinggalah tibanya hari pertama SPM.

Alhamdulillah, buat kali pertamanya, saya berasa begitu yakin menjawab soalan. Selepas menjawab paper terakhir, saya keluar dari dewan dengan perasaan yakin dan puas.

Beberapa bulan kemudian, keputusan SPM keluar. Saya masih ingat, sayalah orang pertama di dalam kelas itu yang mengambil slip keputusan. Dan, guru yang memberikan slip keputusan adalah guru sama yang menggelar saya mediocre.

Saya mendapat 9A dan 1B.

Kedua-dua subjek yang saya dapat E dalam percubaan, saya dapat A dalam SPM. Dengan keputusan itu, saya menjadi pelajar terbaik jurusan Awam dan menerima Anugerah Sime Darby bagi subjek Matematik Tambahan.

Syukur, syukur.

Adik-adik yang dihormati, tiada istilah terlambat. Pelajar yang mendapat keputusan teruk dalam peperiksaan percubaan SPM tidak sepatutnya mengalah terlalu awal. Selagi ada masa, selagi itulah ada peluang untuk mengubah keputusan, daripada G kepada A. Daripada gagal kepada cemerlang.

Teruskan berusaha hingga detik terakhir sebelum peperiksaan bermula. Pada masa kita menyerah kalah, pada saat itu sebenarnya kita sudah kalah.

Selamat berusaha kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan. Semoga usaha kita semua diredai oleh Allah Yang Maha Mengasihani.

Wassalam.

Sumber Nazry Salam

http://nazrysalam.blogspot.my/2012/09/entri-12-kisah-seorang-mediocre.html?m=1

"GEMPAR" Lelong Buku Online - Diskaun 60%LIKE dan SHARE "KLIK SINI"bit.ly/2ftwIcs
09/10/2016

"GEMPAR" Lelong Buku Online - Diskaun 60%

LIKE dan SHARE

"KLIK SINI"
bit.ly/2ftwIcs

Address

Sg Buloh
Sungai Buloh
47000

Telephone

+60137596418

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ulat Buku Online posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category