08/11/2025
Tentu sedih kan bila Aokmer bermimpi nak bercuti ke luar negara tapi bertukar jadi mimpi ngeri.
Kisah dua pasangan yang ditahan di lapangan terbang kerana disyaki menjadi "keldai dadah" ini patut jadi pengajaran buat semua.
Sebenarnya, kisah begini selalu jadi. Ada saja mangsa yang terkena saban tahun.
Dulu, saya pun sama. Masa kami baru landed di Ciampino Airport, Rome, ada seorang gadis local yang macam resah.
Tiba-tiba disapanya, dan tak semena-mena minta tolong. Kalut semacam. Mungkin dia nampak yang kami ni gaya pelancong. Walaupun hidung dan tona kulit persis Italian.
Katanya, dah penuh tangan nak bawa bagasi. Lepas screening yang lalu machine tu nanti, dia akan ambil balik.
Kita ni biasalah baik orangnya. Orang Malaysia kan. Tapi saya jenis beringat.
Tolak dengan baik saja permintaan tu.
Alhamdulillah.
Semuanya ok-ok.
Tak tahulah apa jadi kalau saya kata ya.
Jadi, sebagai traveller Malaysia yang nak melancong ke luar negara, ambil tahu pesanan penting ini:
1. Jagalah bagasi sendiri. Jangan sesekali tolong orang bawa barang yang tak tahu isinya. Dan pastikan beg Aokmer sentiasa dalam pengawasan.
2. Jika nak check in, elakkan daripada dicampur dengan barang yang dilarang seperti powerbank dan lain-lain.
3. Jika ada orang tak dikenali minta tolong bawa barang, tolaklah saja. Jika perlu, laporkan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang.
4. Bawa semua dokumen perjalanan yang sah. Pastikan juga visa dan pasport masih valid.
5. Buat pengetahuan, kesalahan bawa dadah ni sangatlah berat. Ada negara bagi hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati. Tak perlulah pertaruhkan masa depan dengan upah yang menggelapkan mata ni. Tak berbaloi!
Ingat Aokmer, bercuti sepatutnya mencipta kenangan indah, bukan untuk menghabiskan usia dalam penjara.
Selamat bercuti dan jagalah diri!
LIVE TO LIFT
π«
Captain Gazze Azri