Wawasan Negara Negeri Kedah

Wawasan Negara Negeri Kedah Parti Wawasan Negara Negeri Kedah

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September menjadi simbol penyatuan rakyat dan semangat kebersamaan dalam me...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September menjadi simbol penyatuan rakyat dan semangat kebersamaan dalam membina sebuah Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.

Marilah kita terus bersatu, menghargai kepelbagaian dan melangkah bersama demi Malaysia yang lebih maju serta makmur. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Salam Hari Malaysia daripada
YB Abdul Razak Khamis
Penyelaras Wawasan Negara Negeri Kedah
Timbalan Speaker Negeri Kedah
ADUN Sungai Tiang

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia milik kita bersama.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ MEMPERKUKUH GERAK KERJA, MEMBINA KEKUATAN BERSAMA ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พYB Abdul Razak Khamis , selaku Penyelaras Wawasan Negara Negeri...
14/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ MEMPERKUKUH GERAK KERJA, MEMBINA KEKUATAN BERSAMA ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

YB Abdul Razak Khamis , selaku Penyelaras Wawasan Negara Negeri Kedah, telah dijemput untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua-Ketua Cawangan Parti Wawasan Negara Bahagian Permatang Pauh.

Penyampaian watikah ini bukan sekadar sebuah amanah dan tanggungjawab, tetapi menjadi simbol kepada kesungguhan, komitmen dan kesediaan barisan kepimpinan akar umbi untuk menggerakkan Wawasan Negara dengan lebih tersusun dan bersepadu.

Turut hadir bersama Datoโ€™ Huan, Naib Presiden, Saudara Khalid Mehtab, Penyelaras Negeri, Saudara Richi, Majlis Tertinggi, serta Puan Azah, Setiausaha Negeri Parti Wawasan Negara Pulau Pinang.

๐Ÿ’ช Tahniah dan syabas kepada Saudara Uzair, selaku Ketua Bahagian Penaja, serta seluruh barisan pimpinan Wawasan Negara Bahagian Permatang Pauh.

Kekuatan sesebuah gerakan bermula dari akar umbi. Dengan kepimpinan yang kukuh, pasukan yang bersatu dan gerak kerja yang konsisten, Insya-Allah Wawasan Negara mampu melangkah lebih jauh dan terus memperluaskan kekuatan di seluruh negara.

Kita bina bersama. Kita gerakkan bersama. Kita jayakan bersama.

Terima kasih kepada seluruh pimpinan Wawasan Negara Permatang Pauh atas jemputan dan sambutan yang diberikan.

Teruskan perjuangan. Teruskan gerak kerja. Demi Wawasan Negara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค








๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 13 SEPTEMBER 2026 | SABTUYB Abdul Razak Khamis , selaku Penyelaras Wawasan Negara Negeri Kedah, telah merasmikan Ruma...
13/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 13 SEPTEMBER 2026 | SABTU

YB Abdul Razak Khamis , selaku Penyelaras Wawasan Negara Negeri Kedah, telah merasmikan Rumah Wawasan Negara Bahagian Merbok.

Tahniah diucapkan kepada Sdr Hakimi Marzukhi, selaku Ketua Bahagian Wawasan Negara Bahagian Merbok (Penaja) serta seluruh kepimpinan Wawasan Negara Bahagian Merbok atas inisiatif dan usaha yang telah diambil.

Insya-Allah, bersama-sama kita terus membina keluarga besar Wawasan Negara Kedah yang lebih kukuh, bersatu dan progresif demi masa depan yang lebih baik.

Tahniah dan syabas kepada seluruh kepimpinan Wawasan Negara Bahagian Merbok! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ




๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œMenghargai Perjuangan, Menjunjung Kedaulatanโ€Kemerdekaan yang kita kecapi ...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œMenghargai Perjuangan, Menjunjung Kedaulatanโ€

Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan insan-insan terdahulu yang tidak pernah mengenal erti menyerah. Mereka meninggalkan satu amanah besar kepada kita โ€” untuk terus menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan dan memastikan Malaysia kekal menjadi tanah air yang aman serta dihormati.

Sebagai pemimpin dan sebagai rakyat, kita mempunyai tanggungjawab yang sama untuk memastikan semangat Merdeka terus hidup dalam setiap jiwa.

Rakyat bukan sekadar suara yang didengari, tetapi amanah yang wajib dijaga.

Teruslah kita memperkukuh perpaduan, membantu mereka yang memerlukan, membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda dan memastikan pembangunan negara sentiasa membawa manfaat kepada seluruh rakyat.

Selagi kita bersatu, selagi kita saling menghormati dan selagi kita meletakkan kepentingan rakyat serta negara di hadapan, insya-Allah Malaysia akan terus melangkah gagah menuju masa depan yang lebih baik.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi tanggungjawab untuk kita terus berkhidmat, berbakti dan mempertahankan tanah air tercinta.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69.
Demi rakyat. Demi negeri. Demi Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

YB Abdul Razak Khamis
Bersama Rakyat, Terus Berkhidmat.

TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH! ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Abdul Razak Khamis  atas penerimaan w...
29/08/2026

TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH! ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Abdul Razak Khamis atas penerimaan watikah pelantikan sebagai Ketua Bahagian (Penaja) Pendang, Parti Wawasan Negara.

Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, istiqamah dan membawa manfaat kepada seluruh masyarakat. ๐Ÿค

Selamat menjalankan amanah! ๐Ÿ’™โค๏ธ

Bersama sama kita menyaksikan Ayuh semua
28/08/2026

Bersama sama kita menyaksikan
Ayuh semua

Saksikan Siaran Langsung Majlis Penyerahan Watikah Ketua-Ketua Bahagian Parti Wawasan Negara di Facebook Rasmi Parti Wawasan Negara.

Tarikh : 28 Ogos 2026
Masa : 3.00 petang

Salam Maulidur Rasul ๏ทบSelawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, insan mulia yang menjadi teladan sepanjang...
26/08/2026

Salam Maulidur Rasul ๏ทบ

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, insan mulia yang menjadi teladan sepanjang zaman.

Semoga dengan memperingati kelahiran Baginda, hati kita semakin dekat dengan sunnah, akhlak dan ajaran Rasulullah ๏ทบ.

Marilah kita memperbanyakkan selawat, memperkukuhkan ukhuwah dan mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ

๐Ÿ—“ 23.08.2026โฐ๏ธ 3.30 Petang๐Ÿ“ Jeneri, S*k. Majlis Kesyukuran Anakanda Datuk Ardanan & Datin Nuraya melanjutkan pelajaran k...
24/08/2026

๐Ÿ—“ 23.08.2026
โฐ๏ธ 3.30 Petang
๐Ÿ“ Jeneri, S*k.

Majlis Kesyukuran Anakanda Datuk Ardanan & Datin Nuraya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Turut bersama YB Abdul Razak Khamis selaku Penyelaras WAWASAN NEGARA, Negeri Kedah dan barisan pimpinan serta ahli-ahli WAWASAN NEGARA, Negeri Kedah.

Tahniah diucapkan kepada anakanda Datuk Ardanan & Datin Nuraya. Semoga perjalanan menuntut ilmu dipermudahkan.

Terima kasih diucapkan kepada Datuk Ardanan & Datin Nuraya yang merupakan penggerak WAWASAN NEGARA, Bahagian S*k di atas jemputan ini.

๐Ÿ—“ 23.08.2026โฐ๏ธ 9.30 Pagi๐Ÿ“ Hotel Darul Aman, Tanah Merah. Jitra, Kedah.Majlis Santai Bersama YB Datuk Wan Saiful Wan Jan ...
23/08/2026

๐Ÿ—“ 23.08.2026
โฐ๏ธ 9.30 Pagi
๐Ÿ“ Hotel Darul Aman, Tanah Merah. Jitra, Kedah.

Majlis Santai Bersama YB Datuk Wan Saiful Wan Jan (Naib Presiden WAWASAN NEGARA) anjuran Penggerak WAWASAN NEGARA, Bahagian Kubang Pasu.

Turut bersama YB Haji Dzowahir Haji AB. Ghani selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi WAWASAN NEGARA. YB Abdul Razak Khamis selaku Penyelaras WAWASAN NEGARA, Negeri Kedah.

Tahniah diucapkan kepada Penggerak WAWASAN NEGARA, Bahagian Kubang Pasu terutama Pak Su Pijan selaku penggerak awal gerakan RESET Kubang Pasu dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

Terima kasih diucapkan kepada tetamu yang hadir dengan kehadiran yang diluar jangkauan dan terima kasih juga diucapkan kepada penggerak-pengerak Bahagian, Wanita & Pemuda dari seluruh Negeri Kedah yang hadir bagi memeriahkan suasana.

1.LANGKAWI: โœ…
2.JERLUN: โœ…
3.KUBANG PASU: โœ…
4.PADANG TERAP: โœ…
5.POKOK SENA: โœ…
6.ALOR SETAR: โœ…
7.KUALA KEDAH: โœ…
8.PENDANG: โœ…
9.JERAI: โœ…
10.SIK: โŒ
11.MERBOK: โŒ
12.SUNGAI PETANI: โœ…
13.BALING: โœ…
14.PADANG SERAI: โœ…
15.KULIM-BANDAR BAHARU: โŒ

Jom bersama kami Parti Wawasan Negara Negeri Kedah Ayuh semua Bertindak Pantas
21/08/2026

Jom bersama kami Parti Wawasan Negara Negeri Kedah

Ayuh semua Bertindak Pantas

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JOM DAFTAR AHLI WAWASAN NEGARA โ€“ BAHAGIAN PENDANG! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ayuh bersama kita membina masa depan dan membawa Pendang ke arah yang lebih baik! ๐Ÿ’ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Terbuka kepada semua yang ingin bersama-sama menyumbang idea, tenaga dan semangat dalam membina gerakan yang lebih kuat serta dekat dengan masyarakat.

๐Ÿ“Œ Jom daftar sebagai ahli Wawasan Negara Bahagian Pendang!

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan & pendaftaran boleh hubungi:

Rosli: +6013-7803210
Khairul: +6014-3087523

Bersama Kita, Bina Masa Depan.
โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™ Pendang Yang Lebih Baik!





Address

Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 06:00 - 14:00
Tuesday 06:00 - 14:00
Wednesday 06:00 - 14:00
Thursday 06:00 - 14:00
Friday 06:00 - 12:00
Saturday 06:00 - 14:00
Sunday 06:00 - 14:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wawasan Negara Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share