21/07/2021
Info : Ketakutan Matematik
Kredit berita BHonline
==
⬇️⬇️⬇️
➡️Kurang buat latihan
Bagi pelajar yang lemah dalam mata pelajaran ini, anda perlu berusaha lebih gigih membuat latihan tambahan selain daripada apa yang diberikan oleh guru di dalam kelas. Latihan tambahan ini amat membantu untuk memahami dan menguasai sesuatu konsep. Apatah lagi sekarang ini kebanyakan soalan Matematik menerapkan konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Bagaimana menguasai matematik?
✅Didik sejak kecil
Jika ibu bapa mahu menanam minat anak-anak terhadap subjek Matematik, perlulah bermula sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa boleh kaitkan segala yang berada di persekitaran dengan konsep Matematik.
Mulakan dengan memperkenalkan deria nombor seperti bermain dengan jari, urutan nombor, serta kategori jumlah lebih banyak, sama atau kurang. Bagi anak-anak yang sudah pandai bercakap walaupun masih pelat, ibu bapa boleh mula bermain teka-teki dalam bentuk soalan Matematik. Berikan mereka soalan penambahan dan penolakan yang ringkas. Mulakan dengan nombor satu hingga lima terlebih dahulu bagi memastikan mereka dapat menggunakan teknik kira berdasarkan jumlah jari tangan kanan dan kiri.
Apabila sudah mahir, tingkatkan nilai nombor dan ajar anak gunakan teknik simpan dalam kepala. Contohnya 19+4, nombor yang lebih besar disimpan di dalam kepala, dan gunakan jari untuk menambah nombor yang kedua. Apabila anak-anak dapat menguasai teknik ringkas ini, maka akan memudahkan mereka apabila masuk ke sekolah rendah.
Boleh dapatkan bijak matematik/Sifir ⬇️⬇️kids