anakkita.cookies

anakkita.cookies From special to special.All made by special needs�
Anak Kita Enterprise
202003049583(003081862-U)
(1)

02/06/2026

Boss takde kita enjooyyyy

# okuspecialmade

02/06/2026
Toyo Tires Charity Run 2026Sebelum ini mereka jemput kami berniaga dalam kilang,Hari ini mereka bawa kami bersama turun ...
01/06/2026

Toyo Tires Charity Run 2026

Sebelum ini mereka jemput kami berniaga dalam kilang,
Hari ini mereka bawa kami bersama turun padang.
Terima Kasih Toyo Tires atas peluang untuk anak istimewa.
Bukan hanya menjual cookies,kali ini kami juga dibenarkan menjual makanan yang sedia di makan.
Terima kasih Toyo Tires.

Bukan setakat anjurkan program larian,tetapi berjaya mengeratkan hubungan antara keluarga dan komuniti
Tahniah Toyo Tires.

Penganjuran acara tahunan yang bertujuan untuk mencari dana untuk dip**angkan semula kepada persatuan dan pertubuhan kebajikan ini adalah satu tanggungjawab sosial yang patut diikuti oleh syarikat GLC lain.

Paling manis,peserta dari anak kita berjaya memenangi cabutan bertuah utama berupa 2 set tayar dari syarikat Toyo Tires
Memang rezeki sungguh!
8 biji tayar kami kami angkut bawa balik tadi.
Fuhhh..

Terima kasih atas TT atas peluang hari ini.
Inklusiviti antara komuniti tanpa mengira latarbelakang dan keupayaan.
Kami doakan moga syarikat Toyo Tires lebih maju jaya dan terus menyumbang pada komuniti.

Sedang kami rehat sambil minum petang datang seorang pelangga  kiriman tuhan.Masuk kedai terus minta sea salt choc chip ...
15/05/2026

Sedang kami rehat sambil minum petang datang seorang pelangga kiriman tuhan.
Masuk kedai terus minta sea salt choc chip 10 balang.
Sembang-sembang,rupanya ada rakan guru di sekolahnya mengidam.

Alhamdulillah..moga terubat idamannya.
Tumpang gembira.

Pada 5 & 6 Mei 2026, anak kita diberi penghargaan untuk mengadakan pameran dan jualan bersempena Forum Tadbir Urus dan I...
13/05/2026

Pada 5 & 6 Mei 2026, anak kita diberi penghargaan untuk mengadakan pameran dan jualan bersempena Forum Tadbir Urus dan Intervensi Dasar SDG Zon Utara. Program ini telah berlangsung di The Light Hotel, Seberang Jaya telah memberi peluang kepada kami untuk ketengahkan produk, pengalaman, impak atas usaha kami sebagi rakan solusi Appgm-Sdg.

Forum ini menghimpunkan Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah serta Penolong Pegawai dari negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis membincangkan tadbir urus pembangunan daerah yang lebih lestari dan berimpak kepada komuniti.

Jutaan terima kasih kepada pihak Appgm Sdg, Pegawai Daerah Tuan Nasrul Bin Menhat dari Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang Dan Selama yang sentiasa singgah di reruai kami bertanya khabar,Mr Panir dan Mr Faiz yang sentiasa menjaga kebajikan anak kita sepanjang 2 hari forum berlangsung dan semua tetamu VIP yang singgah.

Pengalaman yang paling manis dan paling berharga pada kami.
Moga memberi impak dan inspirasi.

29.4.2026RabuKedai Anak Kita3.00 petangPerbincangan santai Prof Anna dari Universiti Malaya bersama pelatih anak kita co...
02/05/2026

29.4.2026
Rabu
Kedai Anak Kita
3.00 petang

Perbincangan santai Prof Anna dari Universiti Malaya bersama pelatih anak kita cookies.
Sebelum kejadiaan,semua pakat tertanya kenapa Prof nak jumpa. Risau dan debar semua.
Hinggalah Prof bertanya soalan,beri tugasan dan menguji kemahiran menulis,mengira, memang nampak kerisauan di riak wajah mereka.
Ada yang boleh,ada yang perlu dibantu.
Paling tersentuh,ada yang ambil inisiatif sendiri untuk membantu rakan rakan yang tertinggal.

Nasib baiklah,mereka dibenar meggunakan “hand phone”,maka nampaklah sedikit kelegaan pada mereka.
Ternyata,teknologi kini adalah keperluan yang membantu dan menyokong kearah pembangunan mereka dalam banyak aspek kehidupan.

Pertemuan ini merupakan pemerhatian awal oleh Prof Anna dalam menjalankan kajian Program Usahawan Mikro Neurodivergent. Program ini bertujuan membantu meningkatkan keupayaan digital dalam perniagaan dan kekal berkembang secara berterusan dalam jangka masa panjang.

Semoga dapatannya nanti dapat memberi manfaat kepada semua golongan orang kurang upaya.
Moga Allah permudahkan.
Kita jalan untuk fasa seterusnya.
Terima Kasih Prof!

Selesai 2 hari berjualan di Toyo Tires.Jutaan terima kasih diucapakn kepada pengurusan syarikat TT atas tanggungjawab so...
28/04/2026

Selesai 2 hari berjualan di Toyo Tires.
Jutaan terima kasih diucapakn kepada pengurusan syarikat TT atas tanggungjawab sosial mereka terhadap komuniti golongan kurang upaya.

Siapa sangka, rezeki kami. Pihak syarikat bukan sahaja menempah dengan kami setiap kali perayaan,malah beri peluang p**a untuk kami masuk ke dalam kilang menjual produk hasil tangan anak istimewa.

Inilah bukti,kemenjadian anak istimewa.
Mereka bukan sahaja mahir di dapur,tetapi sedikit demi sedikit kemahiransosial mereka,komunikasi mereka dan keyakinan mereka dapat dibentuk dan ditingkatkan.

Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sehingga usahawan istimewa ini dapat dilahirkan.

Semoga usaha baik pihak syarikat TT menjadi ikutan kepada majikan lain untuk bersama memberi peluang dan kepercayaan kepada golongan ini.

Moga ramai lagi usahawan istimewa dapat dilahirkan.

Menyerap ilmu baru selama 3 hari 2 malam di Hotel Travelodge Ipoh.Peluang datang bergolek. Walau jadual padat,saya gagah...
26/04/2026

Menyerap ilmu baru selama 3 hari 2 malam di Hotel Travelodge Ipoh.
Peluang datang bergolek. Walau jadual padat,saya gagahkan diri juga untuk bermain tiktok melalui Program BANGKIT Market Access - Tik Tok Seller.
Ilmu mahal dari Coach yang sangat hebat.
Terima kasih Coach Ira Aziz dan coach Akie atas perkongsian ilmu yang sangat mahal terutama pada saya yang baru berjinak dengan permainan TT.

Tahniah INSKEN atas penganjuran kursus yang sangat hebat seiring trend terkini.




Esok p**ak terus ada sesi personal dengan coach.
Aduh..debar..dedar semua ada.

Address

76E Jalan Tupai
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00

Telephone

+60135027464

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when anakkita.cookies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to anakkita.cookies:

Shortcuts

Share

Category